5 Sebab Mengapa Anda Mesti Sertai Pertandingan SV

Apa faedah menyertai pertandingan SV?

Pada mulanya, Sajakiri ini ditubuhkan sebagai platform untuk saya berkarya. Apabila cukup 20 buah lagu,  saya terfikir, elok juga ya buat pertandingan nyanyian.

Lantas saya menukar nama laman ini menjadi Sajakiri-Vokal.

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penyanyi amatur di seluruh negara.

Saya tanya mereka, apa yang mereka dapat dengan menyertai pertandingan seumpama ini?

Ini jawapan komposit mereka.

 

1 – Mencari dan mencipta identiti sendiri.

Pertandingan SV ini berbeza dengan pertandingan karaoke dan nyanyian yang lain, kerana pertandingan lain hanya meminta mereka menyanyikan lagu yang sedia ada.

Jadi anda hanya perlu menyampaikan lagu sehampir sama dengan penyanyi asal untuk memenangi pertandingan.

Ini membataskan ruang anda untuk bereksperimen dalam menyampaikan gaya sendiri. Silap langkah, anda akan dicerca!

Jadi formulanya sama: tiru gaya, fil dan tone penyanyi asal. Jika tidak sumbang, insyallah anda boleh menang!

Selesai pertandingan, anda tidak akan diingati.

Ini berbeza dengan pertandingan SV, kami hanya menawarkan lagu original. Demo yang saya buat, hanya ‘plain’ saja persembahannya.

Dan oleh kerana tiada siapa penyanyi  rasmi yang menyanyikan lagu tersebut, ia adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyanyikan dengan fil, gaya dan corak anda sendiri.

 

 

2 – Setiap Minus One mempunyai 3 tangga nada (key) berbeza.

Kami juga memahami setiap penyanyi mempunyai julat vokal yang berbeza. Pemisah terbesar adalah antara lelaki dan perempuan.

Oleh kerana itu, kami menyediakan 3 kekunci: Baritone,  Tenor dan Alto.

Malah kami juga membenarkan peserta untuk ‘transpose’ key itu menggunakan apa saja perisian, sehinggalah anda mencapai key yang paling tepat.

Ini bertujuan supaya anda dapat menyampaikan lagu dengan  paling berkesan. Disamping belajar mengenal julat vokal sendiri.

 

Pertandingan Sajakiri-Vokal

 

3 – Mendapat komen profesional dan juri awam.

50% markah adalah daripada juri pro, dan 50% adalah daripada komuniti SV.

Juri Pro mengadili dari 3 perspektif:
i) pemuzik : Jaja (bekas pemain bass Hujan/Estranged),
ii) komposer : Zainal Zulia (pengasas Sajakiri), dan
iii) vokal : Muadz

Juri awam pula adalah 30 (maksimum) SVian yang aktif.

Kesemua mereka ini akan menilai dari segi 3 aspek:
i) Pic dan intonasi,
ii) penghayatan, dan
iii) originaliti.

Daripada kesemua komen dan markah solid ini, anda sebagai penyanyi dapat belajar banyak, dan kami simpan  kesemua pembelajaran ini dalam profil SV anda.

Untuk rujukan anda di masa depan.
 

4 – Mengenal ramai rakan seperjuangan.

Apabila anda menghantar penyertaan, ramai SVian akan mendengar dan mengenal anda.

Dalam Grup Telegram :  komuniti SV terdapat 300 ahli. Meskipun yang aktif hanya 20%, itupun sudah  ramai, iaitu sekitar 60 orang juga.

Dan keahlian makin bertambah setiap hari.

Bagaimana mereka boleh membantu?

i) Sokongan : anda berasa tidak keseorangan lagi dalam memperjuangkan seni dan bakat anda. Anda boleh kenal dengan lebih ramai kenalan di serata negara. Mana tahu ada antara mereka ada apa yang anda cari?

ii) Berkongsi ilmu dan pendapat: Anda boleh berbincang ilmu dan teknik nyanyian. Kita juga ada ‘in-house vocal coach’, yang akan berkongsi ilmu serta melayan persoalan anda.

iii) Projek khas: anda juga boleh membuat projek khas bersama ahli komuniti ini seperti aktivi smule, jamming mahupun penerbitan muzik.

 

 

5 – Prospek Menjadi Artis.

Semestinya, jika anda bernasib baik, ada kemungkinan memenangi pusingan, dan seterus berpeluang untuk  menjadi artis.

Semestinya juga, ia tidak semudah itu. Selepas bergelar  juara, kami akan menguji anda dengan satu tugasan :

: menjual 100 tempahan CD anda dalam masa 60 hari.

Ini bukan tugas mudah, kami faham. Tetapi kami ada  sebab mengapa berbuat sedmikian :

i. menjana tunai supaya kami boleh membuat persiapan untuk anda: rakaman, fotografi, videoklip ringkas, desain CD, cetakan CD dan sebagainya.

Pihak SV menaja hampir separuh daripada kesemua perbelanjaan ini.

ii. Menguji adakah anda ‘ada permintaan’: dengan erti kata lain: adakah anda punyai peminat yang ‘cukup’.
Ini adalah penting, kerana dengan adanya media sosial, tanggungjawab mencari peminat adalah tanggungjawab artis itu sendiri, bukan lagi pada label rakaman.

Pergilah label rakaman mangan, soalan mereka sama:

Berapa ramai peminat anda?

Kerana mereka inilah yang akan membantu menggerakan karier anda kejalan yang lebih jauh.

iii komitmen – terakhir sekali, ia sekali lagi adalah medan penguji komitmen dan kesungguhan anda.

Dari sini kami boleh nilai kan. Kami faham, tidak  mudah tugasan menjual tempahan 100 CD ini. Tapi kita akan bekerjasama seperti sebuah pasukan.

BONUS :  setiap Juara pusingan akan mendapat sesi  rakaman di studio PERCUMA! Yahoo!

Marilah sertai pertandingan SV ini!

Pertandingan Sajakiri-Vokal

 

     

Pos Berkaitan: