Akademi Fantasia : Pengalaman Menyertai Ujibakat

Terdapat 4 Tetamu SV yang menyertai Ujibakat Akademi Fantasi AF2016 baru-baru ini.

Cici, Zulaikha, Isma dan Azizi.

Tapi mereka semua TIDAK berjaya untuk melangkah melepasi Peringkat (Stage) 2. Walaupun begitu, pengalaman mereka berharga untuk dilepaskan begitu saja. Maka pihak SV abadikan dalam bentuk blog ini, dan dapat memberi kita sedikit gambaran apa yang berlaku, dan juga panduan untuk mereka yang ingin menyertai di masa depan.

Ini soalan yang SV tanyakan mereka :

1 – Sampai Peringkat Mana?
2 – Lagu apa yang dinyanyikan?
3 – Siapa yang menjadi juri, dan apa katanya?
4 – Apa yang anda pelajari dari semua ini?
5 – Nasihat kepada orang di luar yang ingin sertai.

1. Cici

Biodata 

Nama : Siti Zuraidah binti Abdul Karim
Umur : 19 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Menetap : Pulau Pinang
Impian Seni : Ingin menjadi seorang penyanyi yang hebat dan berbakat besar.
Pekerjaan : TM Installer

Profil 

1. Sampai Peringkat Mana?

Pada hari pertama saya sampai stage 1 sahaja, dan pada hari kedua ujibakat, saya sampai stage 2.

Stage 1, mereka akan fokuskan kepada vokal kita, kita harus menyanyi tanpa diiringi muzik lansung 100% hanya vokal kita sahaja.

Stage 2 pula mereka amat fokuskan vokal kita dengan iringan muzik, jadi kita harus fokuskan vokal dengan muzik sekali. Mereka nak tengok, bolehkah kita menyanyi bersama muzik dengan baik?

2 – Lagu apa yang dinyanyikan?

Lagu pada hari pertama ialah ‘Anggapanmu’ dari Ziana Zain, agak sukar untuk saya sampaikan, sebab saya sangatlah gugup pada masa tu. Haha, biasalah pertama kali pergi ujibakat Af.

Saya mula menyanyi. Juri pertama suka, juri kedua tak berapa suka, jadi saya dikenakan kad merah.

Jadi pada hari kedua, saya tak putus asa, saya pergi untuk mencuba lagi. Pada hari kedua, saya membawa lagu ‘Joget Sayang Disayang’ yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak. Saya menyanyi sambil berjoget hahaha. Dan kali ini, saya berjaya ke stage kedua. Alhamdulillah.

3 – Siapa yang menjadi juri, dan apa katanya?

Pada stage 1, jurinya anak murid cikgu Shah, guru vokal AF 2015. Dia cakap saya ada tone tersendiri, cuma pitching saya agak lari sedikit disebabkan saya terlampau gugup.

Jadi pada stage 2, macam biasalah, jurinya Edry KRU dan cikgu Shah yang pakai spek tu, memang guru vokal AF. Kali ini saya berjoget, dan memang saya sangat gugup. Jadi muzik dihentikan dengan tiba-tiba.

Meeeka kata, saya terlampau gugup, tak dapat kawal darah gemuruh dan menyebabkan saya tak dapat menyanyi dengan baik. Mereka mencadangkan agar saya kumpul duit dan pergi kelas vokal, ada rezeki cuba lagi dimasa akan datang.

4 – Apa yang anda pelajari dari semua ini?

Okay, apa yang saya pelajari dari sini adalah, kita harus buat persediaan yang sangat rapi apabila mahu buat persembahan, tidak kiralah, menari, menyanyi, berlakon dan sebagainya. Ini akan membantu kita lebih berkayakinan dan kurang gugup. Jika kita terlampau gugup, itu akan menjejaskan persembahan kita, dimana akan ada kesilapan dan cacat cela yang tidak seharusnya berlaku.

5 – Nasihat kepada orang di luar yang ingin sertai.

Dan nasihat saya kepada orang luar yang nak menyertai ujibakat AF ni:
i)  silalah buat persediaan yang rapi, jangan main hentam kromo tanpa ada arah tuju, setiap perkara kita harus rancang dan teliti dengan baik. Barulah kita akan puas hati.
ii) apabila kita buat persediaan yang secukupnya, insyaAllah kita akan peroleh keputusan setaraf dengan usaha yang kita lakukan.
iii) jangan pernah kenal erti putus asa, dan BUKAN SENANG KITA NAK JADI SESEORANG YANG TERBAIK DALAM KALANGAN TERBAIK. ‘Not easy to be somebody’ 😊

 

2. Zulaikha

AF Zulaikha

Nama: Nur Zulaikha Bt Samsuddin
Umur: 23 Tahun
Asal: Perak
Menetap: Kajang, Selangor
Impian seni: Solo / Duet bersama Dato’ Siti NurHaliza
Pekerjaan: Pelajar uitm
Link youtube:https://youtu.be/eD3f3igw1t

Profil Zulaikha

1. Sampai Peringkat Mana?

Saya hanya mampu ke stage 1.

2 – Lagu apa yang dinyanyikan?

Lagu wajib yang saya nyanyikan ialah ‘Seluruh Cinta’ oleh Cakra Khan dan Dato Siti. Dan diminta beberapa lagu oleh juri seperti lagu klasik, ‘Anggapanmu’ Ziana Zain, lagu Ayda Jebat, dan lagu Dayang. Mereke akan uji kita dari smua aspek, untuk melihat samada kita versatil atau tidak

3 – Siapa yang menjadi juri, dan apa katanya?

Juri pada petang Ahad tu cuma Michael Ong dan seorang wakil Astro. Komen mereka pada lagu wajib saya dah ok. Kemudian lagu klasik. Kmudian lagu ayda jebat. Mereka mengatakan mgenai tone suara sy macam bertenaga pada mulanya, tapi tetiba hilang pada pertengahan lagu. Semestinya ini akan terjadi pada kita yang belum pernah belajar vokal.

Saya gugup keraan pertama kali, tiada buat apa persediaan. Hanyalah persediaan saat akhir sahaja.

4 – Apa yang anda pelajari dari semua ini?

 Apa yang sy pelajari ialah supaya lebih ‘all out’ suara, tidak perlu tersekat-sekat malu bila nyanyi. Dan saya tak boleh gugup bila menyanyi.

5 – Nasihat kepada orang di luar yang ingin sertai.

Tips dari salah seorang pihak Astro pada saya ialah bila kita mnyampaikan sesuatu lagu itu, tidak boleh malu-malu, mesti ‘all out’ vokal, jangan tersekat-sekat malu. Kena versatil. Boleh mnyanyi setiap genre.

Pastinya penampilan juga perlu dijaga. Kena buat persediaan sebetul-betulnya. Jangan mini terakhir.

Kena buktikan kesugguhan kita bila sedang menyanyi. Gerakkan badan mengikut rentak lagu. Dan yang penting jangan tiru suara artis. Guna suara sendiri. keran mereka akan lihat pada keunikan suara sebenarnya (originaliti).

 

3. Azizi

rsz_af_azizi

Biodata

Nama : Azizi
Umur : 20
Asal : Selangor
Menetap : Shah Alam
Impian Seni : menjadi seorang penyanyi
Pekerjaan : pelajar
Link YouTube : Butter scotch

1. Sampai Peringkat Mana?

Peringkat 3.

2 – Lagu apa yang dinyanyikan?

‘Potret’, ‘Sudah Kutahu’  dan ‘sampai mati’.

3 – Siapa yang menjadi juri, dan apa katanya?

Stage 2 Edri dan Sharina, dan stage 3 adalah Mas Idayu.

Di stage 3 juri akan suruh kita menari dan kemungkinan juga dia akan suruh kita berlakon. Jadi sebelum kita sertai ujibakat AF ni kita perlu buat persediaan, macam menari tu dia nak tengok kita yakin atau tidak bila berhadapan kamera atau juri.

4 – Apa yang anda pelajari dari semua ini?

Saya belajar untuk kawal ketakutan atau perasaan gementar saya kali ini walaupun saya gagal untuk ke stage seterusnya.

Tapi saya tak rasa kecewa sebab saya dapat atasi ketakutan saya.

5 – Nasihat kepada orang di luar yang ingin sertai.

Nasihat saya kepada kawan2 yang kat luar tu kalau nak sertai mana-mana ujibakat pun;
i) buat latihan ‘warmu’p suara kita dulu sebab kalau tak, nanti terseksa tekak kita,
ii) kita harus hilangkan gementar itu kerana, yelah kalau berlatih dari pagi ke malam tapi masa ujibakat, tetap gugup, memang tak boleh macam tu,
iii) kita sertai ujibakat menyanyi ni sebab kita nak kejar kerjaya kita sebagai seorang penyanyi yang berjaya, kita nak jadikan menyanyi ni sebagai karier kita,
iv) contoh esok kita nak kerja sebagai tukang cuci kereta nervous tak? takkan? samalah macam menyanyi sebab kita nak jadikan ia sebagai kerjaya kita suatu hari nanti.

 

 

 

4. Nurismah

rsz_af_ismah

Biodata

Nama : Norismah
Umur : 32thn
Asal : Negeri Sembilan
Menetap : Cheras, K.Lumpur
Impian Seni : Ingin menyanyi secara profesional dan menjadi penghibur yg dikenali
Pekerjaan : Tiada

Profil Isma

1. Sampai Peringkat Mana?

Untuk tahun ni sampi stage 1 je. Semasa 2004 ujibakat AF2, saya sampai stage 3. Masa tu (arwah) Adnan Abu Hassan jadi juri stage 1.

2 – Lagu apa yang dinyanyikan?

Lagu yang saya nyanyikan semasa ujibakat AF baru-baru ini adalah ‘Anggapanmu’ (Ziana Zain).

3 – Siapa yang menjadi juri, dan apa katanya?

Juri stage 1, saya tak kenal siapa dia. Mungkin pihak Astro. Tiada apa yg juri komen. Juri hanya minta saya menyanyi lagu lain selain ‘Anggapanmu’. Selepas tu juri menyuruh sy nyanyikan lagu ‘Memori Berkasih’. Kemudian juri terus beri saya kad merah.

4 – Apa yang anda pelajari dari semua ini?

Apa yang saya pelajari daripada semua ini adalah kesabaran dan ianya menguatkan mentaliti saya. Kecewa gagal ujibakat ni 2 kali, tapi kekuatan mental itu penting utk kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan untik ketengahkan bakat saya ini.

5 – Nasihat kepada orang di luar yang ingin sertai.

Nasihat saya kepada yang ingin sertai pelbagai ujibakat tak kira AF, Bintang Rtm mahupun Mentor, buatlah persiapan sebelm pergi ujibakat.

Buatlah latihan vokal dan bersedia dari segi fizikal dan mental. Kalau dah berusaha, masih tidak berjaya, jangan putus asa walaupun kita rs kecewa. Fikirlah banyak cabang lain dan cara lain yang kita boleh usahakan.

 

 

Sertai Ujibakat Sajakiri-Vokal!

     

Pos Berkaitan: