Amie J – Juara Pusingan 1 Musim 6

Reviu Tim SV

7.5 Tim Arab SV
8.4 Mata (25 Tamu SV)
Azhar Imran
Anda mempunyai lenggok vokal yang cantik. Anda juga mempunyai vibrato yang paling natural, konsisten dan effortless dalam SV ni. Tapi sy rasa key ni agak rendah untuk anda. Intensity hanya kedengaran di part modulasi. Pegangan setiap note anda pun harus lagi firm. Kelonggaran disana sini itu merosakkan nyanyian anda yg baik. Pitching pon ada lari. Tapi yg paling utama anda harus memperkukuhkan kawalan suara. Setiap note itu penting dan harus firm.
Zainal Zulia
Nampak majoriti SVian memilih anda sebagai juara. Syabas saya ucapkan, ini bermakna nyanyian anda berjaya menyentuh perasaan mereka.Namun bagi saya, agak 'shaky', agak longgar pegangan note di beberap tempat. Ia ada menganggu feel keseluruhan. Nasibaiklah tak banyak.Nyanyian diiringi alat muzik ringkas seperti Piano/Gitar menyerlahkan kelebihan Amiey dengan tone, vibrato dan lenggok ala Dayang Nurfaizah (seperti lagu Terbang Bersamamu sebelum ini, dimana anda juga juara). Anda pantas mengambil peluang ini. Tak ramai penyanyi lain punya kelebihan ini.Cuma perlu perbaiki tempo dan pitching yang shaky tadi. Pasti sempurna.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti


1. Mana Amie dengar mengenai SV ini?

Secara jujurnya saya tidak pernah tahu mengenai SV ini. Sehinggalah saya terjumpa dalam Google, di mana ketika itu saya sedang mencari pertandingan karaoke sekitar Selangor.

Tujuan untuk melatih vokal dan teringin sangat nak menyanyi depan orang ramai…🙈🙈…. ( Rindu nak nyanyi atas pentas )….

Saya rasa tertarik dengan pertandingan nyanyian SV ni sebab kalau menang dapat single Percuma….waaahhhh sangat menarik….maka saya pun daftarlah dengan SV…dan dari SV juga saya baru tahu aplikasi telegram…😬😬😬…terima kasih SV

 

2. Apa strategi / tips yang Amie buat untuk menyertai dan memenangi SV ini?

Saya akan memilih lagu yang rasanya sesuai dengan genre saya iaitu lebih pada balada serta pilih lagu dan irama yang mesra pendengar.

Sekiranya nasib menyebelahi saya untuk menjadi juara musim ke 6 nanti, saya yakin lagu yang saya pilih itu akan di terima baik para penggemar muzik di luar sana…😊

 

3. Bagaimana Amie melihat saingan peserta lain?

Sangat memberi saingan pada saya, semuanya memiliki kelebihan tersendiri. Apalagi bila ada di kalangan mereka mempunyai vokal yang kebanyakkannya trend terkini.

Dahulunya masa d Sabah saya ada belajar sedikit teknik vokal semasa bengkel vokal bersama Dhia Fadilah….jadi saya Cuba praktiskan apa yang saya pelajari, terutamanya penghayatan lagu.

Dan saya juga ada belajar melalui YouTube…tapi saya akui masih banyak yang perlu saya pelajari teknik vokal ini.

4. Cadangan Penambaihbaikkan SV.

Saya tidak pandai nak bagi cadangan…😬…apa yang saya nampak sekarang ini sudah okay. Saya yakin pihak SV ada perancangan yang terbaik….👍👍👍

 

5. Ceritakan sedikit latar belakang Eiz.

Nama saya Norzainie Binti Joba, di Sabah saya lebih dikenali sebagai Amie Joba nama pentas ini diberi oleh Pelakon/pelawak n penyanyi negeri Sabah Abu Bakar Ellah atau lebih dikenali sebagai Ampal 😁. Berasal dari daerah Kota Marudu,Sabah. Dilahirkan pada 23 Mei 1987.

Saya mula menyanyi semasa di usia 6tahun .Aktif menyanyi di sekolah rendah dengan mengikuti nasyid dan pernah mewakili sekolah ke pertandingan bintang kecil.
Di sekolah menengah saya aktif dalam koir.
Pada tahun 2006 saya pernah menjadi TOP 3 dalam satu pertandingan nyanyian sempena perayaan Kaamatan ( Sugandoi) peringkat negeri sabah. Setelah itu saya pernah mengeluarkan album dalam bahasa suku kaum saya ( Dusun Kimaragang ) semasa usia saya 19tahun…

Serta pernah bekerjasama dengan Asmin Mudin untuk menyertai Carta Lagu Artis Sabah di RTM,pernah terlibat dalam menjayakan salah satu rancangan hiburan TV ( RTM dan ASTRO) bersama artis tempatan sabah.

Trivia Istimewa

Amie J pernah menjadi Juara P5M4, dan Naib Juara P6M4. Kali ini, Juara P1M6.

Antara Peserta SV yang cemerlang. Sila klik profil beliau di bawah.

 

 

Pautan

     

Pos Berkaitan: