Pelacancaran MV Animasi : Kau Tak Pernah Tahu oleh Sam Muhammad.

Februari 2013

Sam Muhammad memenangi lagu pada awal 2013 lagi, iaitu sebagai Juara Sajakiri Vokal Musim 1.

Ini video pertama kami:

Terimakasih kepada Zukhri Mustapha, videographer yang menaja video ini.

Video ini mencapai tontonan sehingga 75,000!

Teruskan Bacaan....»

Perubahan Format

Sebelum ini, juara kami terus menangi single, buat rakaman, muat-naik dan terus berlalu begitu saja.

Jadi apa beza format kali ini?

Format SV
(terkini pada 17 Julai 2018)

Teruskan Bacaan....»

Kenapa YouTube Penting untuk Artis?

Pada musim 1,2,3 dan 4, siapa Juara terus berpeluang merakamkan single. Tapi saya belajar, cara ini terlalu simplistik: tiada langsung promosi sendiri dari pihak mereka.

Silap saya sendiri kerana terlalu mengharapkan mereka sepenuhnya.

Selepas saya bereksperimen dengan cara biayasama (crowdfmding) juga tidak berjalancar kerana mendapati agar sukar meminta orang ‘duit’ kecuali Muadz Roslan, Juara Musim 6, dimana dia berjaya mengumpul RM2,000 ntuk singlenya.

Jadi dari situ saya nampak ia tidak diteruskan kerana ‘probability of success’ nya sangat rendah.

Jadi apa format terbarunya?

Saya berjumpa dengan beberapa pengedar digital, dan belajar bagaimana untuk menjana pendapatan di internet.

Saya juga belajar yang pengguna ‘dah tak beli CD’, malah mp3 sekalipun. Mereka lebih gemar melalui ‘streaming’ seperti Spotify.

lni pun taklah banyak artis dapat.

Teruskan Bacaan....»

Pelancaran Kelas Vokal SV

Salam SVian semua.

Berkurun lama sudah saya tidak menulis secara peribadi. Hampir setahun lamanya. Blog sejak itu hanya terbit sekadar pengumuman, atau penulisan penulis jemputan semua.

Jadi apa khabar semua! Harap sihat-sihat belaka.

Almaklumlah raya sebulan hampir tamat, dan saya percaya ramai yang naik berat badan dek memenuhi undangan rumah terbuka.

Baiklah, moh kita ke inipati Sajakiri Vokal.

Kelas Vokal baru dilancarkan!

Saya baru membeli kibod yang akan digunapakai oleh Cikgu Muadz kita, cikgu vokal pertama SV.

Kelas akan diadakan secara individu, selama 45 minit parsesi, ada 4 sesi secara keseluruhan.

Kelas akan diadakan di LOKASI bysynth, Kota Damansara (WAZE: LOKASI BYSYNTH).

Harga kelas RM 367, atau boleh buat pembayaran3 kali chorus ada kad debit/kredit.

Berminat?

Kelas Vokal

Ini bukan kali pertama SV menganjur kelas vokal.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Zulkif Headwind [PERCUMA]

Abah saya yang memperkenalkan pada saya gitaris hebat ini ketika saya kanak-kanak lagi. Ketika itu Zulkif menerbitkan album gitar solonya.

Teruskan Bacaan....»