Cara Membuat Lagu : Kenaikkan Kekunci Lagu

Sering kita dengar di bahagian korus akhir lagu, dimana kekunci (key) lagu dinaikkan (tranpose), untuk menambah dinamik dan ‘semangat’ lagu tersebut.

Bagi saya, sebab utama kenaikkannya, adalah kerana pengulangan korus pertama. Jadi untuk membuatnya ia berbeza, adalah menaikkan kekunci lagu itu.

Dengar lagu ini : 

 

Kita boleh dengar korus pertamanya (minit 1:02-1:43), korus keduanya ( minit 2:17-2:56) ialah dalam kekunci yang sama (E Major). Jadi korus yang sama telah diulangi sebanyak 4 kali.

Pada korus ketiga (2:57), kekunci dinaikkan 2 semitone ke F# Major. Ini akan menambah variasi dan rasa ‘bersemangat’.

 

Lagu saya : 

Di sini, anda boleh dengar korus pertama (minit ke 1:00-1:35), dan separuh dari korus kedua (minit 2:30) pada kekunci D Major, sebelum dinaikkan ke E Major (minit 2:49) sehinggalah habis.

 

Kesimpulan

Tips ini haruslah digunakan secara jarang. Tidak semua lagu anda harus letakkan. Kerana kita mahukan elemen ‘kejutan’ (surprise) kepada pendengar.

 

Anda ada dengar lagu, atau lagu sendiri yang menukar kekunci di saat akhir? Kongsikan di bawah ini :

     

Pos Berkaitan: