Pio – Juara Pusingan 1 Musim 5

Reviu Tim SV

8.2 Tim Arab SV
8 Mata (35 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone n control yg baik. Satu2 nye peserta yg mampu dan berani mengolah lagu jadi lagu sendiri. Anda mempunyai Natural singing tone yang sedap di dengar. Be careful on the runs. Kalau sikit2 dia "tasty". Kalau byk sgt dia jadi "tawar". Contoh part "Naamuunn...", lenggok di "...muuun" tu sedap. Tp klu boleh jgn buat setiap kali lenggok yg sama. Cuba variasikan. Sy percaya Pio boleh buat lebih lagi sbb masih kedengaran Pio tak all out.Tp sy suka part last chorus bila pio main n lenggokkan phrasing tu. Itu tasty. Itu creative n original. Ia menunjukkan Pio ada knowledge mengenai choice of notes. Dan sebab ini lah, pio berjaya mendapat markah tertinggi dari saya utk P1 ni. Tahniah.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya menduduki top 3. Saya amat suka dengan tone anda dan scalling turun naik note anda yg cukup kemas. Feel anda sangat kene dengan lagu ini dan ianya nmpk lagu ini hidup. Anda pandai mewarnakan lagu ini dan berjaya membawa lagu ini ke dimensi RnB anda. Lagu anda nyanyikan ini mempunyai dinamik yang sangat bagus. Persembahan anda agak sempoi juga tapi saya tidak menghiraukan persembahan anda kerana hati sudah terpukau dengan gaya nyanyian anda. Tempo anda juga ada sikit saja lari waktu scalling itu dilakukan. Anda juga salah seorang peserta favourite saya. Tone anda ini ada seakan Haziq AF, tapi beliau adalah versi lagu asli dan anda pula adalah versi Haziq bergenre RnB. Lenggok kemas harus diteruskan utk nyanyian pada lagu2 lain tetapi kene berhati hati juga dengan tempo kerana takut nanti akan jadi tak sedap. Lenggok seakan macam ini adalah secukup rasa dan jangan berlebihan sangat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan pada anda.
Zainal Zulia
Bagi pendapat saya, Pio layak memenangi pusingan ini. Lenggok R&B anda ini secukup rasa, tidak keterlaluan sepertimana Tebang Bersamamu tika P6M4. Penuh dengan feel dan kesyahduan juga. Dari segi teknikal juga baik, pemilihan kekunci nada yang betul, dan pic juga spot on. Anda boleh dibandingkan dengan Juara SVM1, iaitu Sam Muhammad, yang membawa lagu ini dengan gaya sendiri, dimana saya sebagai komposer telah 'lock' lagunya Kau Tak Pernah Tahu sebagai miliknya, tidak boleh 'ditarik-balik' sampai bila-bila. Adakah sama dengan lagu ini untuk Pio?
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Teruskan Bacaan....»

Persembahan Pertama SV di Merdekarya

Saya (Zainal Zulia) dan Shahrul (Guru Vokal SV) membuat persembahan akustik duo  di sebuah kafe di Petaling Jaya, Merdekarya, pada Selasa lepas, 8 November pukul 9 malam.

Teruskan Bacaan....»

Relesion – Juara Pusingan 2 Musim 4

Reviu Tim SV

6.3 Tim SV
6.9 Mata (19 Tamu SV)
Kelebihan
Julat vokal anda sesuai dengan lagu. Persembahan anda relaks dan menghiburkan. Atitud lagu sesuai dengan atitud anda.
Kekurangan
Ada sedikit 'pitchy' sana sini, mungkin kerana anda bergerak aktif. Tempo juga ada lari sikit2 tapi boleh dimaafkan.
Kesimpulan
Anda adalah peserta terkuat dalam Pusingan 2 ini. Anda membawa pembaharuan dalam pertandingan ini kerana fokus kepada 'joget'/ pergerakkan badan. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Peserta sebelum ini, kerana mereka hanya fokus kepada nyanyian semata. Nyanyian anda masih belum sempurna, tapi penyampaian keseluruhan adalah baik.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan
Teruskan Bacaan....»

Nina – Juara Pusingan 1 Musim 4

Reviu Tim SV

8.7 Tim SV
7.5 Mata (15 Tamu SV)
Kelebihan
Penghayatan, lontaran vokal, sebutan, vibrato, pic, tempo, persembahanan, kesemuanya secukup rasa. Anda adalah Peserta favourite untuk memenangi Pusingan 1 Musim 4 ini. Rata-ratanya Juri SV juga bersetuju.
Kekurangan
Tiada kelemahan ketara, tapi ada kemungkinan anda mungkin bernasib baik kerana key lagu ini sangat sempurna dengan julat vokal anda. Maksud kami, bagaimana jika lagu ini dalam key lelaki? Bukan kata anda tidak boleh, hanya belum diuji.
Kesimpulan
Diharap Nina akan terus menyertai Pusingan seterusnya, kerana anda menaikkan kualiti persaingan secara sihat, dan kami mahu melihat anda menyanyi genre berlainan juga.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan

Latar Belakang

Nina Pelez adalah juara Pusingan 1 Musim 4 ini. Berasal dari Teluk Intan, gadis genit berusia 22 tahun ini, berstatus pelajar Unisel cawangan Bestari Jaya, mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, yang akan mengambil setahun lagi untuk habis.

Teruskan Bacaan....»

Merangka Progam SM

Pada Khamis lepas (14 April), saya menyiapkan gambarajah di atas. Bagaimana saya mendapat idea ini?

Terimakasih kepada Grup Telegram Tetamu SM saya, yang berjumlah 60 orang ketika ini. Merekalah yang mengilhamkan saya bagaimana SM boleh membantu mereka dalam mengembangkan karier mereka sebagai penghibur dan pengkarya.

Jika ada ingin menjadi Tetamu SM, sila daftar di sini : sajakiri.com

Jika sudah daftar, sila komen ‘mahu jadi tetamu SM’ dalam komen di dalam Bilik SM : sajakiri.com/bilik.

Apa itu Program SM?

Program SM bertujuan ‘pembangunan penghibur/pengkarya’. Ada 4 cara (dalam pemikiran saya sekarang) :

1 – pergi kelas ilmu

2 – Merakam dalam studio

3 – membuat persembahan live

4 – bergaul dengan rakan seperjuangan

5 – memasuki pertandingan vokal

Ini yang saya terfikir di kala ini, dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Jika anda ada idea tambahan, saya alu-alukan dibahagian komen.

Ok, mari saya huraikan satu per satu di bawah ini.

Teruskan Bacaan....»