Sempena kegawatan yang tercetus oleh pandemik Coronavirus ini, banyak aktiviti, terutama aktiviti di luar rumah akan terjejas. Mudah untuk berasa putus asa dengan hidup jika hidup tidak bersenam, tidak berjumpa kawan, tidak membuat persembahan, atau apa saja.
Sebagai seniman, jika anda berasakan anda ini benar seniman, anda harus terus berkarya, melakukan seni di dalam rumah, walau apapun terjadi di luar sana.
Berseni tidak perlu terlalu lama ; cukup 30 minit (katakan) berkarya dalam sehari.
Yang penting anda tidak ‘putus hari’ dalam berkarya.
Keupayaan anda berseni dalam situasi ini yang membezakan anda dengan seniman amatur di luar sana.
Teruskan Bacaan....»