Amie J – Juara Pusingan 1 Musim 6

Reviu Tim SV

7.5 Tim Arab SV
8.4 Mata (25 Tamu SV)
Azhar Imran
Anda mempunyai lenggok vokal yang cantik. Anda juga mempunyai vibrato yang paling natural, konsisten dan effortless dalam SV ni. Tapi sy rasa key ni agak rendah untuk anda. Intensity hanya kedengaran di part modulasi. Pegangan setiap note anda pun harus lagi firm. Kelonggaran disana sini itu merosakkan nyanyian anda yg baik. Pitching pon ada lari. Tapi yg paling utama anda harus memperkukuhkan kawalan suara. Setiap note itu penting dan harus firm.
Zainal Zulia
Nampak majoriti SVian memilih anda sebagai juara. Syabas saya ucapkan, ini bermakna nyanyian anda berjaya menyentuh perasaan mereka.Namun bagi saya, agak 'shaky', agak longgar pegangan note di beberap tempat. Ia ada menganggu feel keseluruhan. Nasibaiklah tak banyak.Nyanyian diiringi alat muzik ringkas seperti Piano/Gitar menyerlahkan kelebihan Amiey dengan tone, vibrato dan lenggok ala Dayang Nurfaizah (seperti lagu Terbang Bersamamu sebelum ini, dimana anda juga juara). Anda pantas mengambil peluang ini. Tak ramai penyanyi lain punya kelebihan ini.Cuma perlu perbaiki tempo dan pitching yang shaky tadi. Pasti sempurna.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Teruskan Bacaan....»

Final SVM5

Final SVM5 berlangsung pada 29 April 2017 di Steakhouse Ayer8, Putrajaya dengan jayanya. Disaksikan Juara Keseluruhan oleh Eiz Fareiz, dan Persembahan Terbaik oleh Pio Rusley.

 

Laporan Penuh Final SVM5

 

 

Kredit Konsert Final SVM5

Teruskan Bacaan....»

Eiz – Juara Pusingan 3 Musim 5

Reviu Tim SV

8.7 Tim Arab SV
8.2 Mata (27 Tamu SV)
Azhar Imran
Setakat ni anda lah yg meyampaikan lagu ni dgn terbaik. Feel dan teknik yg secukup rasa. Tapi harus juga ingat. Kita menyanyi utk org, eye contact tu harus juga ada. Ini langsung tak buka mata. Harus kongsi dunia anda dgn org ramai. Lagu ini tidak banyak high notes, tapi part yang ada tu kelihatan anda agak strain dan sempit lontarannya. Phrasing anda original di part akhir chorus. Overall bagus, dan layak untuk dinobatkan sbg juara p3.
Zainal Zulia
Terus terang, saya berpendapat Eiz membawa lagu ini dengan sempurna sekali. Layak untuk bergelar juara.Kebanyakkan orang menyanyikan lagu ini dengan mengambil melodi asal tanpa ubah sedikit pun. Ini yang membezakan Eiz, anda menyuntik feel sendiri dan mengalunkan melodi mengikut citarasa anda sendiri.Inilah tujuan asal Pertandingan SV : mencari penyanyi yang 'memandu lagu ke destinasi' sendiri. Tahniah.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Teruskan Bacaan....»

Neyjam – Juara Pusingan 2 Musim 5

Reviu Tim SV

7.9 Tim Arab SV
7.7 Mata (31 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone dan styling anda memang kena dgn lagu Kaca ni. Walaupun pergerakan terhad sbb dalam Smule tapi nampak anda selesa dan ada 'style' dalam persembahan. Kemungkinan anda juga selesa diatas pentas. Itu penting sebagai seorang singer/performer. Tapi masih ada sedikit off pitch. Boleh didengar ketika chorus masuk. Semasa melontarkan suara di part tinggi, pitch juga harus dijaga. Jangan terlalu ghairah melontarkan suara sampai abaikan pitch. Tempo ok. Intonation pun ok. Dynamic pun ada. Keep it up.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya memasuki pusingan kali ini buat kali kedua. Sememangnya anda adalah salah seorang peserta favourite saya. Anda merupakan salah satu pakej yang lengkap untuk memasuki di persada seni tanah air ini. Tone anda sangat rock di mana teran serak anda itu melambangkan signature anda. Pengawalan pernafasan anda sangat bagus sekali. Pitching anda tiada permasalahan yang ketara. Penjagaan tempo anda cukup bagus. Lontaran anda sangat padu dan berdinamik. Sebutan juga jelas di dengari. Volume control pada suara sangat balance. Feel anda sangat layan cuma kalu anda pandai mewarnainya sedikit pasti ianya akan tembus lebih dalam lagi di hati saya. Satu aje pesanan saya, jangan selalu menggunakan satu teknik saja ya untuk high note. Saya nampak anda force pada tekak anda untuk serak. Cuba anda belajar untuk dapatkan clean voice pada high notes tu. Seseorang rockers harus menguasai kedua dua cara tersebut yakni clean dan distort tone. Saya berharap anda dapat menempah tiket ke final nanti. Saya yakin dengan kehadiran anda di final mampu untuk menggoyahkan perasaan seseorang peserta daripada yakin hingga rasa patah semangat yang ingin beradu nasib di final M5 ini. Tahniah dan syabas sekali lagi di atas usaha anda. Rock never dies bro! 🤘
Zainal Zulia
Saya cipta lagu ini dengan bervisikan vokal tenor anda. Terbukti Neyjam berjaya membawa lagu ini dengan baik sekali. Projeksi anda superb, dan secara peribadi saya mengharapkan Neyjam menang dengan lagu ini.Tiada apa isu, cuma ada orang mempertikaikan originaliti anda, tapi bagi saya asalkan feelnya sampai, sudah bagus.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Teruskan Bacaan....»

Pio – Juara Pusingan 1 Musim 5

Reviu Tim SV

8.2 Tim Arab SV
8 Mata (35 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone n control yg baik. Satu2 nye peserta yg mampu dan berani mengolah lagu jadi lagu sendiri. Anda mempunyai Natural singing tone yang sedap di dengar. Be careful on the runs. Kalau sikit2 dia "tasty". Kalau byk sgt dia jadi "tawar".Contoh part "Naamuunn...", lenggok di "...muuun" tu sedap. Tp klu boleh jgn buat setiap kali lenggok yg sama. Cuba variasikan. Sy percaya Pio boleh buat lebih lagi sbb masih kedengaran Pio tak all out.Tp sy suka part last chorus bila pio main n lenggokkan phrasing tu. Itu tasty. Itu creative n original. Ia menunjukkan Pio ada knowledge mengenai choice of notes. Dan sebab ini lah, pio berjaya mendapat markah tertinggi dari saya utk P1 ni. Tahniah.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya menduduki top 3. Saya amat suka dengan tone anda dan scalling turun naik note anda yg cukup kemas. Feel anda sangat kene dengan lagu ini dan ianya nmpk lagu ini hidup. Anda pandai mewarnakan lagu ini dan berjaya membawa lagu ini ke dimensi RnB anda. Lagu anda nyanyikan ini mempunyai dinamik yang sangat bagus. Persembahan anda agak sempoi juga tapi saya tidak menghiraukan persembahan anda kerana hati sudah terpukau dengan gaya nyanyian anda. Tempo anda juga ada sikit saja lari waktu scalling itu dilakukan. Anda juga salah seorang peserta favourite saya. Tone anda ini ada seakan Haziq AF, tapi beliau adalah versi lagu asli dan anda pula adalah versi Haziq bergenre RnB. Lenggok kemas harus diteruskan utk nyanyian pada lagu2 lain tetapi kene berhati hati juga dengan tempo kerana takut nanti akan jadi tak sedap. Lenggok seakan macam ini adalah secukup rasa dan jangan berlebihan sangat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan pada anda.
Zainal Zulia
Bagi pendapat saya, Pio layak memenangi pusingan ini. Lenggok R&B anda ini secukup rasa, tidak keterlaluan sepertimana Tebang Bersamamu tika P6M4. Penuh dengan feel dan kesyahduan juga. Dari segi teknikal juga baik, pemilihan kekunci nada yang betul, dan pic juga spot on.Anda boleh dibandingkan dengan Juara SVM1, iaitu Sam Muhammad, yang membawa lagu ini dengan gaya sendiri, dimana saya sebagai komposer telah 'lock' lagunya Kau Tak Pernah Tahu sebagai miliknya, tidak boleh 'ditarik-balik' sampai bila-bila.Adakah sama dengan lagu ini untuk Pio?
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Teruskan Bacaan....»