Temuramah Zarul Umbrella Siri 1

Perbezaan Industri Muzik Dulu dan Sekarang 

Zarul Umbrella, penyanyi era-90 an yang masih hangat, dek kerana menduduki tempat ke-3 dalam Gegar Vaganza baru-baru ini, memberikan serba sedikit pendapat dan pengalamannya, perbezaan dalam industri muzik sekarang dan dahulu.

 

1 – Produksi Muzik 

Dulu : Pra-produksi (demo) dan rakaman instrumen dan vokal dilakukan di studio besar.
Sekarang : Pra-produksi boleh dilakukan di rumah saja, dan sebahagian rakaman instrumen dan vokal dirakam di studio besar.

 

2 – Adunan (Mixing)

Dulu : Selesai rakaman, adunan hanya boleh dilakukan di studio rakaman tersebut sahaja.
Sekarang : Di mana-mana pun boleh. Hatta seberang laut pun, email saja wav file ke situ.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Zarul Umbrella

Zarul Umbrella adalah penyanyi era-90, yang popular dengan lagu ‘Ramalanku Benar Belaka‘ bersama bandnya Umbrella.

Kini beliau bertugas sebagai Pramugara MAS, dan masih aktif melahirkan beberapa single diatas pembiayaan sendiri.

Yang terkini adalah lagu di atas ini, Jangan Pernah.

Di atas pengalamannya yang luas dalam industri hiburan sejak 20 tahun, saya mengambil inisiatif untuk menemubualnya melalui telefon pada 5 Ogos 2016.

Terimakasih kepada abang Zarul kerana sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar dalam industri. Semestinya, ilmu ini sangat bernilai untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang nyanyian secara serius.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Azlan Abu Hassan

Walaupun beliau komposer yang hebat, tapi kerendahan hatinya berkongsi pengetahuan dan pengalaman (malah memberi saya pinjam bukunya lagi!) membuatkan saya lebih hormat kepadanya. Pertemuan kita berlangsung selama 3 jam di studio rumah ‘Groovework Studio’ di Kajang, pada 4 September 2013 lepas.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Rosli Ahmad

Rosli Ahmad adalah seumpama ‘bapa’ kepada saya. Sering memberi saya kata-kata semangat. Telah menerbitkan beratus-ratus lagu. Temuramah ini dijadikan di Devi’s Corner (gerai) di Hartamas (berdekatan dengan ofis beliau, di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Damansara), pada Rabu 28 Mac 2012) selama sejam setengah.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Zulkif Headwind

Abah saya yang memperkenalkan pada saya gitaris hebat ini ketika saya kanak-kanak lagi. Ketika itu Zulkif menerbitkan album gitar solonya, Pada Selasa 17 April 2012 yang lalu, saya berkesempatan bertemu dan menemubual gitaris idola , Zulkif dari band Headwind. Bertempat di halaman rumahnya, USJ 13.

Teruskan Bacaan....»