Interpretasi Lagu Gemuruh [Search dan Wings]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa pernah dengar lagi ni? Lagu ni cerita pasal ape yek? Mungkin ada yang perasan, ada jugak yang tak perasan, atau pun tak peduli pun sebab yang penting dapat melalak kat karaoke/smule sambil budget2 awieee..

Jom layan balik lagu ni, sambil menghayati liriknya. Ada beberapa versi tafsiran di google oleh orang2 yang berlainan. Boleh dikatakan hampir sama, walaupun ada sedikit perbezaan. Kali ni aku pulak nak menginterpretasikan lagu ni. Sebelum tu, aku nak cakap awal-awal yang artikel ini mengandungi unsur-unsur 18 SX..

 

Ingin Belajar Vokal?

 

Gemuruh [Search dan Wings]

Lagu : M Nasir
Lirik : Loloq

Di Dalam Gerimis Penuh Rahmat..Dia Tersentuh
Cendawan Akrab Sesegar Pagi..Nan Permai Damaikan
Tunggul Di Pinggir Rimba Lantas Mendambakan
Cinta Sempurna Dari Jiwa Bakal Surinya

Di Dalam Kelambu,Mendung Ungu..Dia Kesali
Hilang Kayangan, Pedoman,Ikhtiar Dan Arah
Persis Si Buta Mengangankan
Hidup Sederhana
Menjamahi Hari-Hari..Mimpi-Mimpinya

Sendiri Meratapi..Sekalungan Sengsara
Dan Menelan Sisa Pahit Maung Madah Pujangga
Terbukti Kasihnya Hanya Serampang Berbisa
Menguntum Gerigis Besi,Kaca dan Pawaka

Tak Tersedar Menyeresapi
Ke Pusar Keinsanan
Membibitkan Titis-Titis
Sepekat Warna Darah Dan Dosa

 

Teruskan Bacaan....»

Kenapa YouTube Penting untuk Artis?

Pada musim 1,2,3 dan 4, siapa Juara terus berpeluang merakamkan single. Tapi saya belajar, cara ini terlalu simplistik: tiada langsung promosi sendiri dari pihak mereka.

Silap saya sendiri kerana terlalu mengharapkan mereka sepenuhnya.

Selepas saya bereksperimen dengan cara biayasama (crowdfmding) juga tidak berjalancar kerana mendapati agar sukar meminta orang ‘duit’ kecuali Muadz Roslan, Juara Musim 6, dimana dia berjaya mengumpul RM2,000 ntuk singlenya.

Jadi dari situ saya nampak ia tidak diteruskan kerana ‘probability of success’ nya sangat rendah.

Jadi apa format terbarunya?

Saya berjumpa dengan beberapa pengedar digital, dan belajar bagaimana untuk menjana pendapatan di internet.

Saya juga belajar yang pengguna ‘dah tak beli CD’, malah mp3 sekalipun. Mereka lebih gemar melalui ‘streaming’ seperti Spotify.

lni pun taklah banyak artis dapat.

Teruskan Bacaan....»

5 Sebab Mengapa Anda Mesti Sertai Pertandingan SV

Apa faedah menyertai pertandingan SV?

Pada mulanya, Sajakiri ini ditubuhkan sebagai platform untuk saya berkarya. Apabila cukup 20 buah lagu,  saya terfikir, elok juga ya buat pertandingan nyanyian.

Lantas saya menukar nama laman ini menjadi Sajakiri-Vokal.

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penyanyi amatur di seluruh negara.

Saya tanya mereka, apa yang mereka dapat dengan menyertai pertandingan seumpama ini?

Ini jawapan komposit mereka.

Teruskan Bacaan....»

Asas Nyanyian

Apa Itu Nyanyian?

Nyanyian adalah sesuatu kegiatan ataupun perbuatan membunyikan suara untuk menghasilkan sesebuah irama. Secara amnya, setiap orang boleh menyanyi. Namun perbezaan dalam keupayaan menyanyi itu terletak kepada bakat seni dan usaha di antara setiap seseorang individu. Nyanyian merupakan salah satu cabang seni yang berdasarkan daya kreativiti seseorang penyanyi.

Asas nyanyian terbahagi kepada 5 komponen iaitu Nada (Pitch), Irama (Rhythm), Pernafasan, Suara dan Sebutan.

Apa Itu Seni?

Seni adalah suatu saluran komunikasi manusia yang berdasar pada pengalaman, perasaan dan naluri. Antara sifat-sifat dasar seni adalah Ekspresif, Abadi dan Semesta. Karya seni ditujukan kepada penghayatan sepanjang zaman. Terdapat 2 unsur dalam seni muzik iaitu Vokal dan Instrument. Vokal adalah alunan nada-nada yang keluar dari suara manusia. Instrument adalah nada-nada yang keluar dari alat muzik yang digunakan.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah Zarul Umbrella Siri 1

Perbezaan Industri Muzik Dulu dan Sekarang 

Zarul Umbrella, penyanyi era-90 an yang masih hangat, dek kerana menduduki tempat ke-3 dalam Gegar Vaganza baru-baru ini, memberikan serba sedikit pendapat dan pengalamannya, perbezaan dalam industri muzik sekarang dan dahulu.

 

1 – Produksi Muzik 

Dulu : Pra-produksi (demo) dan rakaman instrumen dan vokal dilakukan di studio besar.
Sekarang : Pra-produksi boleh dilakukan di rumah saja, dan sebahagian rakaman instrumen dan vokal dirakam di studio besar.

 

2 – Adunan (Mixing)

Dulu : Selesai rakaman, adunan hanya boleh dilakukan di studio rakaman tersebut sahaja.
Sekarang : Di mana-mana pun boleh. Hatta seberang laut pun, email saja wav file ke situ.

Teruskan Bacaan....»