Cici – Juara Pusingan 3 Musim 4

Reviu Tim SV

7 Tim SV
7.4 Mata (21 Tamu SV)
Kelebihan
Persembahan Cici adalah bertenaga dan dinamik. Segala bait melodi juga dipelajari dengan tekun.
Kekurangan
Adlib permulaan lagu tak masuk. Ada pic lari sana sini sikit, dan masalah pernafasan juga. Tapi tidak menjejaskan keseluruhan persembahan.
Kesimpulan
Persembahan Cici ini menjadi pilihan kebanyakkan Juri SV, bermakna video ini popular dan mudah digemari. Umpama penyeri kepada keseluruhan P3.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan


1. Mana Cici dengar mengenai SV ini?

Macam biasa kot jawapan yang kita selalu dengar? Cici memang minat menyanyi, suatu hari tu Cici search kat Mr Google, “Ujibakat Nyanyian 2016”. First sekali dia keluar pertandingan sajakiri vokal musim ke 4. Cici pun masuk dan daftar. Daftar masuk nama penuh email dan sebagainya.

Then tunggu babah sendiri approve iaitu Encik Zainal Zulia ni. Hehe. Okay lepas pada tu. Babah suruh cici download apps Telegram dan tunggu giliran kemasukan. Pada masa tu giliran cici kalau tak salah 77. Cici masukkan nama impian umur dan sebagainya rasanya. Then masuk. Hehe 👍

 

2. Apa strategi / tips yang Cici buat untuk menyertai dan memenangi SV ini?

Okay, mcm ni, cici tak harap utk menang pada pusingan ni, seperti biasa pada tetamu sv yang lain memang tau, cici pernah masuk pusingan pertama tapi menduduki tangga yang ke 5. Tak bermakna kalau tak dapat no 1 kita dianggap kalah atau gagal. Mulai dari tu. Cici fokus dan tumpu pada lagu yang betul sesuai dengan julat atau vokal suara cici. Cici praktis. Dan fahami lagu.

Buat homework dan sebagainya utk memasuki pusingan ke 3. Dengan berkat usaha yang agak keras. Cici memenanginya. Alhamdulillah. Cici tak pernah sangka cici akan menang pusingan 3. Tapi mgkin ini satu rezeki atau kebetulan.

Tips yang betul2 cici buat ialah, pada mulanya dengar kesemua lagu yang disediakan, dengar dan hayati kesemua lagu dengan sempurna. Lepas habis kesemua lagu. Cuba pulak utk menyanyi setiap lagu yang didengar, cici buat macam tu. Lepas tu. Bru kita akan rasa sndiri? “Ohh, aku rasa lagu ni sesuai dengan suara aku”. Haa lebih kurang mcm tu lah. Ni yang semua cici lakukan 😉

 

3. Bagaimana Cici melihat saingan peserta lain?

Memang semua tidak dinafikan lagi pandai menyanyi. Cuma ada sesetengah yang tersalah pilih lagu yang sesuai dengan julat masing2. Tapi memang agak sukar utk menang sbb yg lain semua org kata agak PRO. Cuma ini adalah satu pertandingan. Dimana kita tahu hanya SEORANG saja yang akan dinobatkan sebagai juara.

Semua pandai menyanyi. Tetapi tak semua pandai untuk menguasai ilmu vokal dan sewaktu dengannya dengan begitu mudah. Orang kata, contoh 5 finalis, semuanya bagus2, tetapi seorang saja yang akan menang. Tak bermakna yang sorang ni menang. Yang empat lagi yang lain tak bagus. Itu dinamakan. Tiada rezeki berpihak.

 

4. Cadangan Penambaihbaikkan SV.

bagi cici tiada tambahan yang mampu cici kemukakan. Cici rasa setakat ni alhamdulillah memang dh okay perjalanan atau sistem yang diaturkan oleh admin iaitu babah atau encik Zainal zulia kita ni. Tapi ni bagi cici ja. Bagi org lain cici tak tahu lah. Cici rasa setakat ni sistem dh okay.

Cma jika babah atau sapa2 tetamu sv yg lain ingin mengemukakan cadangan? Boleh kemukakan. Dan kita boleh mntak persetujuan semua. Kan? Bagi cici setakat ni semua dh okay 🙂 😘

 

5. Ceritakan sedikit latar belakang Cici

Okay part ni agak mcm org kata sempoi lah. Hahaha nak cerita latar belakang cici eh? Okay nama penuh cici SITI ZURAIDAH BINTI ABDUL KARIM, cici berumur 19 tahun tapi tak cukup lagi sebab besday 2/12/1997. HAHAHA. Cici ada 5 org adik beradik. Cici yang ke 5. Tu yang ramai kata cici ni manja lah sweet lah apa lah.

Cici bekerja sebagai TM installer sejak bulan 11 ka 12 tahun lepas. Hampir setahun jugak lah cici bekerja pi pasang wifi rumah org ni. Hahaha. Agak limited atau special sikit sbb cici perempuan. Jadi tu saja kot cici pnya latar belakang yang ringkas. Kalau nak tau lebih lanjut? Boleh pm? Hahaha. Gurau ja. Okay semua. Loveyou allss. Thanks for your support. Dan terima cici dalam group SV ni. Muahhh 😍😘

 

 

Pautan

     

Pos Berkaitan: