Eiz – Juara Pusingan 3 Musim 5

Reviu Tim SV

8.7 Tim Arab SV
8.2 Mata (27 Tamu SV)
Azhar Imran
Setakat ni anda lah yg meyampaikan lagu ni dgn terbaik. Feel dan teknik yg secukup rasa. Tapi harus juga ingat. Kita menyanyi utk org, eye contact tu harus juga ada. Ini langsung tak buka mata. Harus kongsi dunia anda dgn org ramai. Lagu ini tidak banyak high notes, tapi part yang ada tu kelihatan anda agak strain dan sempit lontarannya. Phrasing anda original di part akhir chorus. Overall bagus, dan layak untuk dinobatkan sbg juara p3.
Zainal Zulia
Terus terang, saya berpendapat Eiz membawa lagu ini dengan sempurna sekali. Layak untuk bergelar juara. Kebanyakkan orang menyanyikan lagu ini dengan mengambil melodi asal tanpa ubah sedikit pun. Ini yang membezakan Eiz, anda menyuntik feel sendiri dan mengalunkan melodi mengikut citarasa anda sendiri. Inilah tujuan asal Pertandingan SV : mencari penyanyi yang 'memandu lagu ke destinasi' sendiri. Tahniah.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti


1. Mana Eiz dengar mengenai SV ini?

Saya dengar tentang pasal SV ni unexpected actually sebab pada awalnya saya nak search “pertandingan nyanyi” berdekatan tempat saya belajar.

Masa tu lah SV punya website terpapar dan saya pon berminat nak join 😄. So memang tak plan nak masuk but secara kebetulan saja tapi alhamdulillah saya seronok join team SV ni.

 

2. Apa strategi / tips yang Eiz buat untuk menyertai dan memenangi SV ini?

Strategi saya untuk menyertai SV ni takde hahah sebab saya tak plan nak masuk but once saya dah masuk and saya tengok environment memang sngat best.

Bila dah start masuk contest , strategi untuk menang tu saya banyak refer pada cikgu vokal saya yang sebelum2 ni and team SV juga banyak bantu serta komen2 yg sngat membantu itu lah yg jadi saya punya notes for my study untuk plan my strategy for the contest.

 

3. Bagaimana Eiz melihat saingan peserta lain?

Pada awalnya saya tak tahu apa2 info pasal SV tapi bila dah active dalam group SV ni saya sedar bahawa ramai yg berbakat besar serta mampu pergi jauh.

Saya sangat kerdil bila masuk dlm ni haha saya pon tak expect tinggi dalam SV ni. Cuma dalam ni saya hanya nak cari pengalaman dan belajar sikit demi sedikit tentang apa yang ada dalam dunia nyanyian yg kat luar .

Selalu kita dgn diri kita je tapi bila masuk dlm ni kita kenal org luar and banyak ilmu yg kita tahu☺️.

 

4. Cadangan Penambaihbaikkan SV.

Cadangan untuk penambahbaikan SV ni pada saya, SV ni yang saya tahu sudah jadi nama besar dan pernah keluar media , rancangan tv dan sebagainya dan bnda2 mcm ni tak kira sama ada peserta ataupun orang atasan need to be , act , speak , comment , as professional.

Because katakan one of SVians menyertai industri music tanah air, attitude as a celebrity already there and need to maintain only tak perlu nak banyak belajar sbb kita dah terapkan “professional attitude” dalam SV☺️

 

5. Ceritakan sedikit latar belakang Eiz.

Nama diberi Mohd Eizmal Fareiz bin Mohd Jamal and org panggil saya eiz. Tinggal di Shah Alam and masih belajar di UNITEN BANGI.

Saya mula nyanyi semasa umur 5 tahun and selepas itu persembahan depan khalayak ramai yg pertama kali adalah semasa saya berumur 10 tahun.

Semasa sekolah menengah saya mula menjadi free lance singer dan selepas itu saya mula bergiat menyanyi di UNITEN dan mempunyai band sendiri.

 

 

Pautan

     

Pos Berkaitan: