Emily


Biodata

Nama: Emily Adnan
Pekerjaan: Pegawai Kerajaan
Asal/tempat tinggal: Putrajaya
Umur: 35 (2016)

 

Pencapaian

Ke-3 P3M5
Ke-3 P2M5
Ke-4 (11 Peserta) P5M4 .


Pusingan 3 Musim 5 :
Ke-3 (12 Peserta)

(26 Tamu SV)

7.8 Tim Arab SV
7.8 Mata (26 Tamu SV)
Azhar Imran
Sememangnya nampak peningkatan anda berbanding dgn yg lepas. Dua pusingan nyanyikan lagu yg sama, menunjukkan betapa gigihnya usaha anda untuk improve. Antara semua peserta sv ni saya rasa anda yg paling banyak menyerap dan belajar dari kritikan serta tunjuk ajar kami. Untuk lagu ini, ada kedengaran pitch sedikit off di certain parts tapi tidak banyak. Projection byk improve. Intonation agak stabil. Kekurangannya disini adalah pada tone+styling. Anda nyanyi baik, tapi lacking in color/styling yang membuka mata seseorang.
Zainal Zulia
Bagi pendapat saya, nyanyian Emily kali ini lebih baik berbanding penyertaan lepas. Projeksi dan tone kali ini lebih firm dan bulat. Lagu Mutiara ini lagu yang sangat mencabar, tak ramai yang berani bawa lagu ini. Setakat 2 pusingan ini, Emily adalah penyanyi terbaik untuk lagu ini. Tapi Pusingan ini tetap kompetitif sepertimana Pusingan lalu, adakah Emily boleh menjadi Juara? Di peringkat ini, tiada lagi masalah teknikal, hanya 'feel' yang menentukan pemenangnya.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}

Pusingan 2 Musim 5 :
Ke-3 (12 Peserta)

(31 Tamu SV)

7.3 Tim SV
7.8 Mata (31 Tamu SV)
Azhar Imran
Emily ni seorang penyanyi yg steady dan konsisten. Tiada byk masalahnya. Pitching dan tempo bagus. Intonation boleh bagi solid lagi. Tapi kekurangan nya disini adalah dynamic anda. Anda punya tone, volume and projection sama shj dari awal sampai habis. Tapi ini bkn maknanya tak bagus. Ia okay, cuma ia kekurangan character yang "distinctive" yang mampu membuat orang ingat suara anda. Falsetto tu takda masalah, stengah part tu falsetto membawa kaler kpd nyanyian tu. Cuma bila kurang lontarannya, intensity pun sedikit kurang. But its ok to stick to ur zone. Kita boleh push n push utk improve tapi at the end of the day kita kena selesa dgn apa yg kita nyanyi. Walauapapun, saya tau emily cuba sedaya upaya utk keluar dari comfort zone tu. Itu harus dipuji.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya memasuki pusingan kali ini. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah berjaya membuat satu improvement dari masa ke semasa. Saya amat suka dengan tone anda. Penjagaan note anda dalam lagu ini sangat sentuh kesemuanya. Tempo tiada masalah. Anda pandai mengawal lagu ini dengan baik. Lontaran anda agak kurang momentum kerana saya dengar volume anda kesemuanya sama saja. Untuk notes yang tinggi cuba anda gunakan normal voice atau teknik mixing voice kerana ia akan membezakan volume anda antara verse dan chorus seterusnya part attacking. Jangan gunakan falsetto pada part note tinggi kerana ia akan menenggelamkan jiwa pada lagu itu sendiri. Senang katanya adalah mematikan feel itu sendiri. Sebutan anda jelas di dengar. Satu masalah yang saya nampak pada anda ialah pernafasan anda. Ia nampak seakan kurang cukup untuk menghabiskan sesuatu notes itu dengan timing tempo yang cun. Pelajari teknik breathing untuk memanjangkan lagi pernafasan anda. InsyaAllah kalau anda menguasi teknik breathing ini, nescaya apa lagu pun anda bawa pasti akan jadi lebih sedap dan bertenaga. Jikalau anda terpilih untuk ke final, buat lebih daripada video ini lagi ya.
Zainal Zulia
Lunak rone vokal Emily untuk lagu ini. Disamping bibir seksi di awal lagu. Tertanya persembahan ini memberi kesan kepada Tetamu SV, dimana anda mendapat mata tertinggi iaitu 7.8. Anda merupakan pesaing kuat dalam pusingan ini. Saya selaku komposer juga berpuas hati dengan penyampaian anda, secukup rasa. Cuma, rasanya anda sedar juga, di akhir lagu, falsetto itu mengurangkan dinamik yang intense di hujung lagu.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}


Pusingan 5 Musim 4 :
Tempat ke-4 (11 Peserta)

(26 Tamu SV)

6.3 Tim SV
6.5 Mata (26 Tamu SV)
Kelebihan
Ton Emily enak didengar, pemilihan key juga benar. Penghayatan juga sangat baik.
Kekurangan
Tiada kelemahan nyata, cuma semasa korus akhir, anda kelihatan terlalu berhati-hati, tidak mengeluarkan energi sepenuhnya. Jadi ini mengurangkan impaknya.
Kesimpulan
Diharap Emily boleh sertai lagi Pusingan ini. Persembahan kali ini sangat baik dan kemas, tapi tiada impak untuk memungkinkan anda boleh bergelar juara.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}