Aku menggunakan plugin `Cloudbounce` untuk mastering karya ku yang BUKAN rilisan rasmi.
Cloudbounce adalah plugin mastering online.
Untuk rilisan rasmi, aku menggunakan khidmat sahabat ku JD (Studio 2015), jadi aku tidak mahu mengganggu hasilnya dengan plugin ini.
Cloudbounce ini aku gunakan untuk karya tidak rasmi, seperti demo, variasi ataupun saduran ( cover ).
Aku berpuas hati dengan hasil yang baik (tidak sebaik dengan hasil manusia), tapi mudah penggunaannya dan pantas penghasilannya.
#cloudbounce