Iecha


Biodata

Nama : Nur Aishah binti Mohd Hassan
Pekerjaan : tiada (pelajar ASWARA)
Asal : Kedah
Tempat tinggal : Setapak,
Kuala Lumpur.
Minat : Berminat dalam bidang nyanyian dan lakonan
Kelebihan : Menari,Menjahit, Membuat Kek perkahwinan dan pertunangan.

 

Pencapaian

Naib Juara SVM7(A)
Ke-5 P2M5
Ke-3 (12 Peserta) P1M5 .
Ke-9 (12 Peserta) P6M4 .


SVM7(A) :
Naib Juara (6 Peserta)

(19 Tamu SV)


7.5 Tim AJK SV
7.9 Mata (19 Tamu SV)
Azhar Imran (Pengulas Vokal)
Bagi saya ni penyertaan iecha yg terbaik. Visual pon comel 😉. Oleh kerana key yg agak rendah, kami dapat dengar tekstur yg lain dlm suara anda. Lebih weight dan lebih controlled. Anda lebih restrained dalam nyanyian ni berbanding dgn yg lepas. Itu tasteful. Bagi saya anda adalah antara peserta SV yg paling besar bakatnya dan paling boleh improve sebab anda ada range, warna dan alunan yang selaras dgn artis2 moden skrg ni. Pakej juga ada. Anda hanya memerlukan bimbingan yang betul. Nyanyian anda bukanlah perfect. Ada isu pitch sedikit. Tapi saya percaya bukan masalah besar untuk anda improve bab tu.
Hatta (Pengulas Karakter)
Ketika durasi awal saya menonton Charlize Theron di dalam filem Atomic Blonde, saya tertanya adakah akan wujud John Wick versi lelaki di dalam filem ini seperti yang digembar gemburkan? Begitu jugalah saat saya melihat Iecha menyanyikan lagu ini. Saya sesekali terasa yang Iecha seperti tidak selesa dengan lagu ini. Tetapi kelebihan Iecha ialah Iecha seorang awek yang tahu apa yang dia ada. Dan Iecha menggunakan kelebihan itu.Satu lagi saya gemar dengan effort Iecha dalam mempersembahkan persembahan. Nampak keyakinan dalam cuba memberi persona.Tetapi harus diingat juga, terlalu mahu memberi persona juga boleh memerangkap. Sofea Jane yang sanggup berkemban juga gagal merangkul Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 11!
Zainal Zulia (Pengulas Konteks)
Penyertaan kali kedua dengan lagu yang sama, Tidurku Lena (memang lagu fav Eicha kan). Tapi kali ini berbeza, menampakkan kematangan, mungkin juga anda memasuki alam dewasa (tahun lepas masih pelajar kan).Dulu julat alto, dan kali ini tenor. Eicha sebenarnya mempunyai julat suprano. Biarpun rendah bagi anda, tapi saya masih rasakan feel dan 'intensity'nya.Tahniah, kali ini lebih relaks, tapi lebih mengesankan kepada kebanyakkan orang. Best juga tone dan vibrato anda walau rendah. Dan iecha masih muda dan comel. Ada nilai komersil. Paling penting, tidak mudah berputus asa. Wanita pertama yang menyertai kali-4!
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}

Pusingan 2 Musim 5 :
Ke-5 (12 Peserta)

(31 Tamu SV)


7.6 Tim Arab SV
7.5 Mata (31 Tamu SV)
Azhar Imran
Bila seseorang tu mempunyai 12 color pencil di tangannya, haruskah dia memakai kesemuanya untuk mewarnakan sekuntum bunga? Jawapannya anda ditangan anda.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya memasuki pusingan kali ini dengan penyertaan anda buat kali ketiga. Tone anda sememangnya sangat lazat di dengar. Pitching anda tiada masalah dan tempo anda ada sedikit cepat dan sedikit lambat pada sesetengah tempat. Pengawalan suara dan teknik pernafasan anda sangat baik. Lontaran anda sangat padu dan ada dinamik nya. Anda berjaya mewarnainya dengan feel anda dan saya sangat terhibur. Signature "ngilaian" anda sangat kene pada part adlibs. Ianya memberi satu tenaga pada kekuatan vocal anda di mana saya percaya tiada seorang pun peserta2 atau ahli2 sv khususnya perempuan yang mampu untuk sampai notes tinggi signature anda itu. Sebutan juga jelas di dengari dan persembahan anda saya sangat suka kerna ianya ada kreativiti. Saya berharap anda dapat menempah tiket untuk ke final nanti. Syabas dan tahniah sekali lagi di atas usaha anda yang semakin hari semakin ada improvement nya.
Zainal Zulia
Iecha, anda punyai pakej ; rupa, bakat dan teknik. Antara penyanyi SV yang boleh diketengahkan dengan serius. Bagi pendapat saya, antara Top 3 dalam P2M5. Nyanyian anda memang impresif. Lagu Kaca ini memerlukan penghayatan yang jitu, dan anda berjaya membawanya dengan berkesan.Anda tidak sebarang masalah seperti kebanyakkan peserta lain, iaitu dari segi pic dan tempo. Level anda agak advance berbanding mereka.Jadi, agak menghairankan mengapa anda tidak pernah menjadi juara (ini penyertaan kali ke-3). Apa yang boleh saya kata kan, mungkin 'feel kejujuran' itu tidak sampai kepada penonton. Anda mungkin sibuk mempersembahkan segala teknik, tapi feel kejujuran itu tidak sampai. Anda ada feel bagi saya, saya boleh rasakan, tapi tidak sampai kepada kebanyakkan penonton
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}


Pusingan 1 Musim 5 :
Tempat ke-3 (12 Peserta)

(39 Tamu SV)


8 Tim Arab SV
7.4 Mata (39 Tamu SV)
Azhar Imran
Mid tone yg baik; ada presence. Tapi hilang kawalan at higher registers. Key mungkin terlalu tinggi. Practice projection, bulatkan tone di nada tinggi.IechaLow to mid tone yg baik; ada presence. Anda ada "smoky tone" yang unik dibanding dgn peserta P1 yg lain. Vibrato yg strong dan terkawal.Tp suara hilang kawalan di higher registers. Key mgkin terlalu tinggi. Practice projection, bulatkan tone di nada tinggi. Anda terlalu byk menggunakan "head voice" di high register membuatkan lontaran jadi tak sampai. Bakat anda besar. Sy tau anda mampu buat lebih baik lagi. Nampak ketika live performance hari tu. Presence anda hidup. Tapi kena hidupkan di recording juga. Lontaran kena bulat dan solid. Cuba lagi di pusingan seterusnya ok!
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda telah berjaya menduduki top 3. Anda mempunyai tone yang sangat empuk dan lunak. Video persembahan yg berada di dua lokasi yang berbeza adalah buat pertama kali uniknya di dalam sejarah SV ini. Saya amat kagum dengan persembahan anda. Pitching anda tiada masalah dan masih ada pada paksi nya. Tempo pun begitu juga. Cuma anda ada masalah high note tu dan tidak lepaskan habis dan saya yakin dengan kemampuan suara anda, anda mampu utk beri yang the best lagi. Kebanyakan nyanyian anda lebih banyak menggunakan teknik falsetto seolah olah sama seperti penyanyi yang masyhur ning baizura. Feel anda sangat terbaik dan ianya berjaya menembus permukaan hati saya. Jikalau anda tidak menang di dalam M5P1 ini, saya harap anda dapat beri yang lebih terbaik vocal anda pada pusingan seterusnya. Syabas sekali lagi untuk anda.
Zainal Zulia
Video persembahan Iecha agak impresif dan dramatik. Mungkin kerana mengambil jurusan drama di Aswara. Ada kreativiti di situ.Tapi saya lebih impress dengan lantunan vokal dan vibrato anda. Jika tak silap saya, kita pernah kaji julat vokal anda mencapai julat suprano.Tapi kekunci lagu ini agak tinggi juga, kerana intonasi vokal agak menipis ketika tarikan di hujung lagu.Iecha merupakan calon fav untuk menang, tapi kesilapan kecil sebegini kan memberi kesan kerana pusingan ini sangat kompetitif.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}


Pusingan 6 Musim 4 :
Tempat ke-9 (12 Peserta)

(28 Tamu SV)


7 Tim SV
6.8 Mata (28 Tamu SV)
Kelebihan
  1. Zainal Zulia :Iecha merupakan penyanyi yang mempunyai julat vokal paling tinggi yang pernah sertai SV setakat ini. Soprano. Projeksi vokal anda sangat baik dan jitu. Vibrato juga kemas.
  2. Shahrul Hafiz : Anda mempunyai vocal range yang sangat tinggi sehingga ia mencapai ke tahap suprano. Pengawalan vocal dan penjagaan notes yang baik sehingga satu part high notes itu anda berjaya hit ia dengan kemas. Ia membuat kami seakan akan terpinga dan terpaku kerana ia adalah jarang di dengar daripada mana-mana peserta perempuan yang sudah memasuki pertandingan nyanyian sajakiri sebelum ini. Vibrato yang sangat lembut dan terbaik. Lontaran yang cukup lembut dan padu sehingga ia menampakkan projection anda sangat bagus pada lagu.
Kekurangan
  1. Zainal Zulia : Cuma mungkin lagu ini agak tinggi juga, ada masalah pada penghujung lagu.
  2. Shahrul Hafiz : Di saat akhir pada lagu ada sedikit kekurangan tenaga pada lontaran kerana terlebih penekanan pada notes sehingga ada terputus sedikit kekuatan vibrato anda. Jikalau vibrato itu ada, pasti ia akan menampakkan lagi kekuatan range tinggi anda. Bak kata, didalam power itu ada lemahnya. Jikalau pandai dan fokus pada range tinggi, nescaya anda seorang peserta penyanyi yang tiada tandingannya. Kene pandai corakkan lagu kerana itu adalah salah satu bonus di dalam ciri-ciri seorang penyanyi dan menghidupkan apa lagu yang diberi atau dinyanyikan.
Kesimpulan
  1. Zainal Zulia : Apa yang Iecha boleh buat, adalah mempekemaskan lagi lantunan vokal. Diharap boleh sertai lagi SV pada musim depan. Ada potensi besar untuk menjadi artis.
  2. Shahrul Hafiz : Anda mempunyai range yang sangat tinggi dan salah seorang peserta yang dapat menggugatkan peserta-peserta lain. Anda juga mempunyai tone vocal yang unik dan personaliti suara yang tersendiri.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}