Salam dan selamat sejahtera .

Zainal-Zulia

Terimakasih kerana sudi melawat laman rasmi Sajakiri Vokal ini. Nama saya Zainal Zulia, komposer dan arenjer utama dalam Sajakiri Music. Saya mula mencipta lagu seawal umur 14 tahun lagi. Kini saya sudah mencipta beratus lagu, hanya puluhan saya yang diterbitkan secara rasmi.

Sila Baca :

Kisah Terperinci Bagaimana Saya Bermula

Bagaimana Sajakiri ini bermula?

Pada mulanya fokus kami adalah kepada semua lapisan pemuzik. Tetapi sejak kami mengendalikan Pertandingan Sajakiri Vokal sejak 3 tahun lepas (2013) secara suka-suka, kami menerima banyak pendaftaran daripada penyanyi berbakat di seluruh tanah air.

Dengan erti kata lain, pengunjung laman ini 90% adalah penyanyi.

Jadi kami mengambil keputusan menukar nama asal Sajakiri Muzik kepada Sajakiri Vokal.

 

Bagaimana Sajakiri Vokal ini membantu Vokalis?

  • Menganjurkan pertandingan nyanyian secara online.
  • Menerbitkan konten blog berkualiti tinggi untuk para penyanyi.
  • Temuramah bulanan bersama penyanyi terkenal.
  • Menubuhkan komuniti dalam Telegram (Juri SV) supaya mereka boleh berkongsi bakat dan pembelajaran.
  • Menganjurkan kelas vokal.
  • Servis ‘mengenal kekuatan vokal anda’ selepas kelas tersebut.
  • Aktiviti Rombongan ke studio.
  • Produksi menghasilkan single bajet, single Pro dan single band.

 

Mari daftar bersama kami Klik sini.

Jumpa ada di sana.

Zainal Zulia
7 Jun 2016
Shah Alam, Selangor DE

 

 

Tim SV

rsz_zainalzuliatabung (1)Zainal Zulia : Komposer/
Produser
rsz_aliyas-croppedShahrul : Guru Vokal
rsz_jedi-croppedJD : Jurutera Muzik
rsz_rafik-croppedRafik : Penasihat Vokal/Arenjer

 

rsz_syahir-croppedSyahir – Gitaris/Produksi
rsz_1azhar_imranAzhar – Bass/Guru Vokal
rsz_miorShahril – Penulis Lirik/Pemasaran
rsz_rafikEmily – Setiausaha/Korporat

Logo Rasmi


Logo


Sila Baca : 

Kisah Terperinci Bagaimana Saya Bermula