Single SV : Mimpi oleh Arm Ariey

Setelah hampir 3 tahun, akhirnya pihak SV mengeluarkan single terbaru nyanyian Arm Ariey, berjudul Mimpi.

Ciptaan Zainal Zulia, dan lirik oleh Shah Aspura.

 

Profil Ariey Arm

Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian sejak kecil mendorong Ariey menyertai pertandingan pentas Bintang Kecil (2001),sekaligus mengaktifkan diri di peringkat sekolah dengan menyertai pertandingan nasyid dari usia 10 tahun & memenangi tempat ke-2 di peringkat negeri.

Ariey turut menyertai pertandingan nyanyian di Kem PLKM dan memenangi tempt pertama, menambahkan lagi semngatnya untuk meneruskan langkah serta menyerlahkan bakat dari tahun demi tahun dengan mencabar dri menyertai nyanyian realiti tv program iaitu Akademi Fantasia (2009,2014 & 2016).

Langkahnya diteruskan dengan menceburi bidang nyanyian di tempat awam serta kafe hotel di Melaka dan menyertai program nyanyian realiti tv3 iaitu 3 Juara.

 

Cerita Lagu

Mimpi merupakan sebuah lagu yang akan membawa seseorang itu terkenang akan orang yang pernah disayangi namun terpaksa dilepaskan atas sebab-sebab tertentu.

Lagu ini menceritakan tentang kehidupan seseorang itu yang selalu terkenangkan kisah lama sehingga terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.


 

Muat-Turun

 

 

     

Pos Berkaitan: