Neyjam – Juara Pusingan 2 Musim 5

Reviu Tim SV

7.9 Tim SV
7.7 Mata (31 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone dan styling anda memang kena dgn lagu Kaca ni. Walaupun pergerakan terhad sbb dalam Smule tapi nampak anda selesa dan ada 'style' dalam persembahan. Kemungkinan anda juga selesa diatas pentas. Itu penting sebagai seorang singer/performer. Tapi masih ada sedikit off pitch. Boleh didengar ketika chorus masuk. Semasa melontarkan suara di part tinggi, pitch juga harus dijaga. Jangan terlalu ghairah melontarkan suara sampai abaikan pitch. Tempo ok. Intonation pun ok. Dynamic pun ada. Keep it up.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya memasuki pusingan kali ini buat kali kedua. Sememangnya anda adalah salah seorang peserta favourite saya. Anda merupakan salah satu pakej yang lengkap untuk memasuki di persada seni tanah air ini. Tone anda sangat rock di mana teran serak anda itu melambangkan signature anda. Pengawalan pernafasan anda sangat bagus sekali. Pitching anda tiada permasalahan yang ketara. Penjagaan tempo anda cukup bagus. Lontaran anda sangat padu dan berdinamik. Sebutan juga jelas di dengari. Volume control pada suara sangat balance. Feel anda sangat layan cuma kalu anda pandai mewarnainya sedikit pasti ianya akan tembus lebih dalam lagi di hati saya. Satu aje pesanan saya, jangan selalu menggunakan satu teknik saja ya untuk high note. Saya nampak anda force pada tekak anda untuk serak. Cuba anda belajar untuk dapatkan clean voice pada high notes tu. Seseorang rockers harus menguasai kedua dua cara tersebut yakni clean dan distort tone. Saya berharap anda dapat menempah tiket ke final nanti. Saya yakin dengan kehadiran anda di final mampu untuk menggoyahkan perasaan seseorang peserta daripada yakin hingga rasa patah semangat yang ingin beradu nasib di final M5 ini. Tahniah dan syabas sekali lagi di atas usaha anda. Rock never dies bro! 🤘
Zainal Zulia
Saya cipta lagu ini dengan bervisikan vokal tenor anda. Terbukti Neyjam berjaya membawa lagu ini dengan baik sekali. Projeksi anda superb, dan secara peribadi saya mengharapkan Neyjam menang dengan lagu ini. Tiada apa isu, cuma ada orang mempertikaikan originaliti anda, tapi bagi saya asalkan feelnya sampai, sudah bagus.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti


1. Mana Neyjam dengar mengenai SV ini?

Saya tidak pernah tahu tentang adanya Sajakiri ini. Saya dapat tahu semasa saya sedang search google tentang pertandingan nyanyian, disitu saya terjumpa Sajakiri. Saya amat tertarik dengan hadiah utama pertandingan iaitu single.

Bagi saya itu hadiah yang paling bermakna jika saya berjaya jadi juara. Jadi saya tertarik dengan Sajakiri.

 

2. Apa strategi / tips yang Neyjam buat untuk menyertai dan memenangi SV ini?

Saya tidak mempunyai apa-apa strategi dalam pertandingan ini. Saya cuma berbekalkan keyakinan dalam diri saya untuk menyertainya.

Saya berterima kasih kepada Tim SV dan rakan-rakan kerana sedikit sebanyak telah menbantu saya. P2M5 ini adalah penyertaan saya buat kali kedua, dan seperti penyertaan yang lepas iaitu P6M4 saya bersyukur kerana dapat menjadi juara untuk kedua kalinya.

Walaupun ada yang mempertikaikan tentang originaliti saya, insyaallah saya akan beraksi sehabis baik untuk final nanti bagi mempertahankan persembahan terbaik yang pernah saya menangi di final Sajakiri Vokal Musim 4.

 

3. Bagaimana Neyjam melihat saingan peserta lain?

Sejujurnya saya tidak menyangka yang saya akan menjadi juara dlm P2 ini, kerana semua peserta mempunyai kelebihan dan potensi untuk menang.

Dalam p2 ini ada peserta yang menunjukkan peningkatan yang baik berbanding pusingan lepas, mungkin nasib mnyebelahi saya kali ni.

 

4. Cadangan Penambaihbaikkan SV.

Buat masa ini saya rasa tiada yang perlu diperbaiki kerana bagi saya format dan sistem yang SV ada sekarang ini memuaskan.

 

5. Ceritakan sedikit latar belakang Neyjam.

Saya Shahrizam bin Asmar a.k.a Neyjam Asmar berasal dari Sandakan, Sabah dan berusia 24 tahun. Sekarang saya menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Sya sangat meminati bidang nyanyian, ketika di Sabah, saya selalu menyertai pertandingan dan saya bersyukur saya selalu menjuarainya.

Saya harap SV akan terus maju dan kekal pada masa akan datang.

 

 

Pautan

     

Pos Berkaitan: