Nota Kepada Juara

*Nota ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

A : Kepada Juara –


Tahniah kepada anda kerana berjaya menjadi pemenang pusingan lepas. Ini bermakna anda berjaya melepasi saringan pertama: mengenalpasti bakat.

Dengan erti kata lain, pihak SV telah sahkan bakat dan kebolehan anda menyanyi.

Tapi perjalanan anda baru bermula.

Pada saringan kedua (terakhir) ini, kami ingin menguji 3 kriteria pula:
i) kepimpinan,
ii) komitmen dan
iii) kekuatan sokongan anda.

Mari kita kaji satu per satu kriteria ini:­

i) kepimpinan:

Dalam saingan ini, TIADA SIAPA yang akan ketuai projek ini melainkan anda sendiri. Tiada  siapa yang akan beri anda apa-apa arahan.

Kami hanya akan bantu: apabila dipinta saja.

Kami akan kerahkan segala yang terdaya dalam kemampuan kami.

Tapi anda sendiri yang harus mulakannya.

 

ii) komitmen:

Daripada daya kepimpinan di atas, kami akan  menilai sejauh mana kesungguhan dan kemahuan  anda untuk berjaya.

 

iii). kekuatan sokongan padu peminat / penyokong anda.

Di sini kami nilai kan secara objektif: jualan minimum 50 pembeli CD single anda.

 

Kenapa ini penting?

Ini untuk menguji sejauh mana keberkesanan dan mengendali­kan projek di atas.

Kerana harus diingat, meraih peminat adalah usaha berterusan, tidak terhenti dalam skop ini sahaja.

Di sini kami berharap untuk mengajar anda ‘menangkap ikan sendiri’, berbanding anda disuap begitu saja.

Walaupun selepas projek ini selesai pun.

 


B : Objektif Projek

a) Utama: meraih kutipan RM 2,000 (minimum) untuk anda mendapat perjanjian dengan pengedar rasmi SV.

b) Sekunder: dalam RM2,000 di atas, RM1,000 mesti  dijana melalui tempahan 50 CD berharga RM 20.

Jadi, dengan 2 objektif diatas, kita boleh simpulkan :

Soalan :

1. Mengapa perlu buat CD, sedangkan zaman sekarang orang dah tak beli CD?

Kerana pihak mengedar ada meminta  CD untuk diberikan kepada pihak radio, majalah, dan media yang lain.

 

2. Untuk apa dana ini?

Untuk melakukan i) produksi rakaman (SV telah menaja RM1,500), ii) sesi fotografi, iii) desain inlay CD, iv) video klip lirik/ringkas, dan v) cetakan CD.

 

 


C : Strategi Penjualan Tempahan 50 CD

 

Baiklah, kita fokuskan pada strategi penjualan 50 CD dahulu.

 

C1. Pemotongan Cukai sv pada peserta MonGalaxy SV

Untuk siapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai projek ini, KLIK SINI.

Kini saya mewajibkan setiap peserta menolak RM20 dari pendapatan mereka. Sistem penolakan ini adalah secara terus, bermakna tiada siapa dapat mengelak.

Pendapatan maksimum mereka boleh mencecah RM 240, jadi RM 20 hanyalah 8%. Jadi apa sangatlah kan.

Setakat Disember 2017, terdapat 20 peserta aktif.

Jadi mereka dapat menyumbangkan RM 400 (RM 20 × 20 peserta). Jadi RM400 sudah dalam gengaman anda (maksimum).

.RM 1000 : 50 penjualan CD → Rm400 datang dari 20 Peserta MonGalaxy SV ini.

Setiap Juara SV mendapat sekali saja setiap bulan.

Jadi pada bulan seterusnya, juara seterusnya pula dapat.

Nota: Pihak SV tidak tahu berapa lama lagi projek ini akan berterusan. Ia mungkin akan ditamatkan bila-bila masa, atau mungkin juga jumlah peserta akan ditambah. Kita tak boleh jangka.

Jadi kita buat apa yang kita boleh buat: tolak RM20 sekarang.

 

C2. Ibubapa, famili, dan kenalan.

Ok, kita dah bantu 40%, jadi bagaimana selebihnya?

Ini kami serahkan pada usaha Juara itu sendiri untuk memujuk dan meyakinkan kaum kerabat mereka sendiri untuk membantu.

Inilah medan penguji si Juara.

Jadi, bagaimana untuk mereka menambah peminat?

Teruskan pembacaan anda.

 


D : Selebihnya: RM1,000 tunai yang kedua.

Baiklah, saya ulangi kembali. Anda mesti mengumpul RM 2,000. RM1,000 pertama adalah melalui pembelian CD.

50 CD bernilai RM20. Dan Rm 1,000 kedua melalui simpanan dan usaha sendiri. Jadi kita akan membin­cangkan ini sekarang.

Ada banyak idea untuk mengumpul RM 1,000 dalam masa 6 bulan, ataupun 26 minggu.

 

D1. Simpan Duit Sendiri

a) Simpan RM40 seminggu, ataupun RM 160 sebulan.

b)  Jika anda peserta Mongalaxy SV, pendapatan maksimum sebulan anda sudah pun mencapai Rm 240.
Dalam masa 4 bulan, anda sudah boleh menyimpan RM 920.

 

 

D2. Showcase di LOKASI

Untuk membuat persembahan akustik di sini, pembayaran RM 20 dikenakan untuk anda membuat persembahan 3 buah lagu. Pemuzik juga di bawah tanggungjawab sendiri (paling sempoi anda sendiri bermain gitar sambil menyanyi).

 

Jadi bagaimana anda boleh menjana pendapatan?

Setiap tiket yang anda jual, anda akan mendapat  RM 5 sekeping tiket bernilai Rm 20.

Jika anda mengajak 10 orang, komisen anda adalah RM50. Tolak kos anda RM20 tadi, kutipan bersih anda adalah RM 30.

Untuk menaikkan lagi kutipan ini, kita boleh meminta bantuan svian lain, katakan 3-8. orang lagi boleh bersama membuat persembahan, dan mereka mengajak lagi rakan taulan mereka.

Jadi kita boleh namakan persembahan ini khas untuk kutipan dana anda. Jadi kita mampu menggandakan kutipan RM100 lebih.

 

Kelebihan lain di LOKASI:

 

a) Promosi Bersilang

Dalam setiap showcase bulanan di Lokasi, selalunya ada 8 penyanyi yang akan mengambil persembahan.

Walaupun kebanyakkan adalah penganyi amatur, ada diantara mereka yang aktif di media sosial dan punyai pengikut yang ramai samada di Facebook, YouTube, Instagram dan sebagainya.

Mana tahu anda boleh dapat tempias pengikutnya?

 

b) Belajar mengendali persembahan sendiri.

Mungkin ada inginkan sedikit latihan untuk membuat persembahan Live.

Di sini anda boleh belajar mengawal perasaan gemuruh anda. dengan cukup latihan, anda akan berasa relaks dan juga seronok melakukan persembahan pentas lagi.

 

 

D3. Pertandingan (event) di Smule

Dengan bantuan Zie kita boleh mengendalikan pertandingan nyanyian di Smule. Ini kerana Zie mempunyai bilangan pengikut seramai 250,000, jadi semestinya mudah  untuk beliau mencari penaja dan pengikut untuk membantu anda.

 

Bagaimana?

Sebelum pertandingan: Zie akan mencari 10 penaja, dengan bayaran RM 100 minimum seorang. Jadi, apa yang penaja ini dapat?

i) pengikut Smule,
ii) rakaman single seminit khas (untuk 3 sahaja).

Format Pertandingan :

Peringkat pertama: Lagu Bebas

Peringkat kedua : Single Anda Sendiri!

Saringan Lagu single anda untuk tujuan promosi. Jadi wang penaja tadi boleh digunakan untuk menjana pendapatan untuk anda.

 

Anda berpotensi mendapat pendapatan dari penaja sehingga ke RM1,000.

Boleh hubungi Zie untuk lebih lanjut.


 

Setakat ini. ini saja idea menjana dana untuk anda.

Dan kami akan mengemaskini jika terdapat idea-idea baru.

Walaubagaimanapun, saya yakin jika anda benar-benar fokus dengan idea di atas anda pasti berjaya.


Jadual Strategi : 

Sila Klik

 

 

Video Penerangan: 

 

 

Kedudukan Artis SV

  
      

PERCUMA!