Oniey


Biodata

Nama : Nur Khaironi binti Udin

Pekerjaan : pelajar
Asal/tempat tinggal : asal terengganu menetap di KL
umur : 21tahun (2017)

Impian dalam bidang seni : berhasrat untuk kembangkan bakat dalam nyanyian dan menjadi penyanyi yangg berkualiti di malaysia insyaAllah

 

Pencapaian

Ke-5 P3M5
Ke-6 P2M5
Ke-9 P1M5 .


Pusingan 3 Musim 5 :
Ke-5 (12 Peserta)

(26 Tamu SV)


7.7 Tim Arab SV
7 Mata (26 Tamu SV)
Azhar Imran
Video ni disubmit pada hari yg sama selepas menghadiri kelas vokal. Mmg nampak improve dari segi projection dan pernafasan berbanding dgn yang lepas. Onie sememangnya mempunyai "distinctive" tone dimana sesiapa yang mendengar terus tahu suara siapa ini. Dan anda mewakili segelintir sahaja peserta yang mampu menyuntik identiti dan kreativiti sendiri. Walauapapun, anda masih ada sedikit kelemahan di bab pitching yang harus diperbaiki. Dengan menghadiri banyak lagi kelas vokal, mungkin dapat perbaikinya.
Zainal Zulia
Oniey : Seperti pernah kita komen, vokal Oniey 'stand out' kerana punyai karekter tersendiri. Orang boleh kenal siapa nyanyi ni. Tak semua penyanyi ada kelebihan ini.Feel juga secukup rasa, sedap didengar berulang-kali. ada sedikit kesilapan di hujung solo, dan sedikit masalah pernafasan. Tapi apapun ia masih persembahan yang memuaskan.Oniey konsisten mendapat tempat Top-6 terbaik. Saya mengharapkan anda boleh jadi juara satu hari nanti. Ternyata anda bukan 'penyanyi pertandingan', dan sebenarnya boleh berdiri sendiri, jika diberi peluang.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}

Pusingan 2 Musim 5 :
Ke-6 (12 Peserta)

(31 Tamu SV)


7.4 Tim Arab SV
7.1 Mata (31 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone serak2 basah yang mahal. Anda adalah "stylistic" singer. Penyanyi yg sebegini mungkin sukar utk excel di semua genre. Anda mempunyai specific style yang duduk cantik di dalam sesetengah genre shj.Rata2 nampak byk improve dari P1 dulu. Tiada lagi falsetto dan anda menggunakan full voice keseluruhan lagu. Effort tu harus dipuji. Genre lagu mungkin bukan makanan anda tapi anda berjaya membawa lagu ni ke tempat baru.
Shahrul Hafiz
Tahniah buat penyertaan anda buat kali kedua. Memang tidak di sangkal lagi kerana anda mempunyai tone yang unik. Kali ini anda memberi satu pattern yang sangat menarik pada lagu genre rock ni dengan gaya tersendiri. Lontaran anda biasa saja tapi uniknya ada. Pitching ada juga lari skit dan ada certain part notes tu hold tidak kemas. Feel anda sampai. Tahniah kerana membuat satu kejutan dari anda di dalam pusingan kali ini.
Zainal Zulia
Oniey adalah antara penyanyi yang mempunyai identiti yang dapat dikenali sekali lalu, kerana keunikkan tone dan penyampaian vokal. Cara persembahan Oniey adalah kontemporari, seperti mana penyanyi Yuna dan Elizabeth Tan. Mid-range adalah kawasan jelajahan vokal anda.Untuk lagu Kaca ini, lagu ini mempunyai julat vokal lagu yang besar, bermakna Oniey mempunyai kelebihan di situ juga, julat vokal yang besar.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}

 

Pusingan 1 Musim 5 :
Tempat ke-9 (12 Peserta)

(37 Tamu SV)


7 Tim Arab SV
6.2 Mata (37 Tamu SV)
Azhar Imran
Kekuatan : Ton vokal yang berkrim. Warna dan tekstur suara baik. Low to mid range yangg enak. Salah satu peserta yg mampu dan berani mengolah phrasing setiap lagu yg dinyanyikan. Itu harus dipuji. Ini menunjukkan originality. Selain Rifqi, anda pun layak diserap di dalam "academy".Kelemahan: Tiada kekuatan di high range. Tone berubah menjadi nipis dan kdg2 tak sampai. Pitching pun perlu improve lagi. Perlu byk praktis turun naik major scale.
Shahrul Hafiz
Anda mempunyai tone anda tersendiri. Pandai main pada note untuk melenggokkan lagu. Keseluruhan sebutan tiada masalah dan ada sedikit sengau untuk beberapa perkataan. Feel anda ada dan saya teringat pattern feel anda sama dengan penyanyi kaer azami - izinkan ku pergi. Vibrato yang tiada kedengaran dan jikalau anda pandai adakan vibrato itu nescaya ia akan jadi best lagi. Persembahan awak agak kurang kerana eye contact awak tak fokus pada kamera. Ia ada menampakkan awak seolah segan atau tak yakin pada diri sendiri. Tempo ada sedikit tak masuk utk certain part. Tahniah kerana anda berani mencuba membawa lagu ini dan juga merupakan ahli baru dalam sajakiri vocal.
Zainal Zulia
Tahniah Oniey, anda membawa lagu mengikut alunan anda tersendiri. Tidak mudah, kerana melodi lagu sudah berdiri kuat dengan sendirinya. Ruang-ruang untuk improvasi agak terhad, tapi anda berjaya juga.Cuma nampak ketidakselesaan anda berakasi di depan kamera. Anda kekok dan banyak memandang tepi. Ini walaupun agak remeh dan tidak menjejaskan nyanyian, tapi boleh mempengaruhi undi Tamu SV kepada anda.
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti

Komen Lain : Tulis Di Sini :
Sort by:

Be the first to leave a review.

User Avatar
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}