Perlukah Anda Belajar Instrumen Muzik?

Anda minat menyanyi, tetapi perlukah anda belajar instrumen muzik seperti gitar, ukelele atau keybord?

Mengapa ianya perlu?

Adakah ia akan membantu nyanyian anda?

 

1. Memudahkan Anda Membuat Latihan

Bagi pengalaman saya, penyanyi yang berkebolehan bermain instrumen mempunyai kelebihan mengenal nada dengan lebih tepat.

Kenapa?

Berkebolehan bermain akan menyebabkan anda berlatih menyanyi dengan lebih kerap, berbanding mengharapkan nyanyian dari minus one, karaoke, atau pun jamming semata.

Dengan erti kata lain,

Boleh Main Instrumen —->  lebih kerap praktis —-> lebih penambahbaikkan

2. Mengikut Kesusaian Vokal Anda

Jika tanpa instrumen, anda masih boleh buat latihan, tetapi memerlukan anda memasang CD, ataupun menggunakan aplikasi di telefon pintar anda (seperti Smule).

Tetapi dengan menggunakan instrumen, anda boleh menukar tempo dan kekunci lagu mengikut julat dan feel anda ketika itu.

Ini berbeza jika anda menggunakan Minus One, dimana tempo dan kekunci lagu adalah tetap.

Jadi anda akan berasa lebih seronok membuat latihan nyanyian lagu kegemaran anda.

 

3. Anda belajar sesuatu mengenai muzik

Untuk mengubah tempo dan kekunci lagu, secara tidak langsung, anda akan mempelajari sesuatu mengenai muzik.

Ini bukanlah sesukar mana, tapi ia lebih sukar jika anda tidak pandai main instrumen langsung.

Bukan saja itu, anda juga akan lebih memahami tentang vokal anda sendiri ; apa nada yang sesuai, apa tempo yang anda ada feel, dan sebagainya.

Anda akan ‘celik’ muzik, akan lebih ‘kurang pitching ke laut’, kurang syok sendiri dan lebih berkeyakinan dalam sesuatu persembahan itu.

 

Guitar Player

Bestnya dapat main gitar!

 

4. Bonus : Menaikkan kemungkinan anda boleh mencipta lagu

Ini tidak semestinya. Ada juga penyanyi yang boleh mencipta melodi tanpa sebarang instrumen. Tapi ini sangat jarang. Ada juga pemuzik yang handal juga, tidak boleh mencipta lagu pun.

Tapi mana tahu, anda mungkin punyai bakat terpendam?

Kerana lama-kelamaan, anda akan memahami struktur kord lagu-lagu popular tidaklah begitu berbeza. Lebih kurang sama saja. Jika anda memahami pattern ini, anda boleh mengambil kord yang sama, dan cipta saja melodi anda sendiri.

Jika anda sudah cukup praktis, anda akan kenal mana melodi yang masuk ataupun tidak.

Ini bukanlah jaminan, tapi apa salahnya mencuba kan?

Cadangan Popular

Untuk kebanyakkan orang, mereka bermula dengan instrumen gitar, kerana
i) murah
ii) mudah didapati
iii) mudah dipelajari
iV) mudah dibawa ke sana ke mari

Buat permulaan, anda hanya perlu belajar 8 kord asas ini dahulu :

Am – G – F – E/Em – Dm/D – C

Kord Gitar

Kerana dengan kord ini saja, anda boleh cuba bermain kebanyakkan lagu pop yang ada sekarang.

p/s : kepada mereka yang memahami, mungkin ada lagu yang bermula dengan kekunci lain, katakan C Minor, tetapi kita akan bantu tukarkan kekunci kepada Am.

 

Anda ada lagu yang mahukan kord? Sila komen, insyallah kami akan bantu.

     

Pos Berkaitan: