Persembahan Pertama SV di Merdekarya

Saya (Zainal Zulia) dan Shahrul (Guru Vokal SV) membuat persembahan akustik duo  di sebuah kafe di Petaling Jaya, Merdekarya, pada Selasa lepas, 8 November pukul 9 malam.

Anda boleh menempah slot persembahan di merdekarya.com.

Kami mempersembahkan 3 buah lagu :

  1. Mawarni
  2. Cinta Dua Dunia
  3. Sering Tertanya

 

Antara Tetamu SV yang hadir memberi sokongan adalah Shahril Gamblerz, Ahmad Shauqi, Ibrahim, dan Hafshemi.

Terimakasih kepada yang hadir, terutama kepada Ahmad Shauqi kerana mencadangkan tempat ini, serta mengambil video ini.

Ini adalah permulaan perjalanan yang panjang, jika boleh kami mahu mendapatkan slot tetap untuk menampilkan Tetamu SV yang berlainan setiap persembahan.

     

Pos Berkaitan: