Pio – Juara Pusingan 1 Musim 5

Reviu Tim SV

8.2 Tim Arab SV
8 Mata (35 Tamu SV)
Azhar Imran
Tone n control yg baik. Satu2 nye peserta yg mampu dan berani mengolah lagu jadi lagu sendiri. Anda mempunyai Natural singing tone yang sedap di dengar. Be careful on the runs. Kalau sikit2 dia "tasty". Kalau byk sgt dia jadi "tawar".Contoh part "Naamuunn...", lenggok di "...muuun" tu sedap. Tp klu boleh jgn buat setiap kali lenggok yg sama. Cuba variasikan. Sy percaya Pio boleh buat lebih lagi sbb masih kedengaran Pio tak all out.Tp sy suka part last chorus bila pio main n lenggokkan phrasing tu. Itu tasty. Itu creative n original. Ia menunjukkan Pio ada knowledge mengenai choice of notes. Dan sebab ini lah, pio berjaya mendapat markah tertinggi dari saya utk P1 ni. Tahniah.
Shahrul Hafiz
Tahniah kerana anda berjaya menduduki top 3. Saya amat suka dengan tone anda dan scalling turun naik note anda yg cukup kemas. Feel anda sangat kene dengan lagu ini dan ianya nmpk lagu ini hidup. Anda pandai mewarnakan lagu ini dan berjaya membawa lagu ini ke dimensi RnB anda. Lagu anda nyanyikan ini mempunyai dinamik yang sangat bagus. Persembahan anda agak sempoi juga tapi saya tidak menghiraukan persembahan anda kerana hati sudah terpukau dengan gaya nyanyian anda. Tempo anda juga ada sikit saja lari waktu scalling itu dilakukan. Anda juga salah seorang peserta favourite saya. Tone anda ini ada seakan Haziq AF, tapi beliau adalah versi lagu asli dan anda pula adalah versi Haziq bergenre RnB. Lenggok kemas harus diteruskan utk nyanyian pada lagu2 lain tetapi kene berhati hati juga dengan tempo kerana takut nanti akan jadi tak sedap. Lenggok seakan macam ini adalah secukup rasa dan jangan berlebihan sangat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan pada anda.
Zainal Zulia
Bagi pendapat saya, Pio layak memenangi pusingan ini. Lenggok R&B anda ini secukup rasa, tidak keterlaluan sepertimana Tebang Bersamamu tika P6M4. Penuh dengan feel dan kesyahduan juga. Dari segi teknikal juga baik, pemilihan kekunci nada yang betul, dan pic juga spot on.Anda boleh dibandingkan dengan Juara SVM1, iaitu Sam Muhammad, yang membawa lagu ini dengan gaya sendiri, dimana saya sebagai komposer telah 'lock' lagunya Kau Tak Pernah Tahu sebagai miliknya, tidak boleh 'ditarik-balik' sampai bila-bila.Adakah sama dengan lagu ini untuk Pio?
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti


1. Mana Pio dengar mengenai SV ini?

Honestly, saya tidak mengenali apa itu SV dan tidak pernah terfikir yang SV ini wujud. Tapi sebab saya jenis suka explore, jadi saya search Google ‘Pertandingan Nyanyian Seluruh Malaysia’. First saya perasan Sajakiri Vokal dan dia tulis, “Ingin sertai pertandingan, ingin ada single sendiri….”.

Saya terus klik Sajakiri Vokal tu dan daftar seperti yang disuruh. Masa tu pun install jugak Telegram sebab saya bukan pengguna Telegram dulu. Itulah bermulanya saya dalam Sajakiri Vokal.

 

2. Apa strategi / tips yang Pio buat untuk menyertai dan memenangi SV ini?

Ini merupakan penyertaan saya yang kedua dan saya bersyukur kerana berjaya memenangi SV P1M5. Memang pada permulaan saya sertai ujibakat Sajakiri Vokal untuk P6M4 cuma hentam ‘kromo’, tak buat persediaan apa-apa, main hantar video ujibakat tu. Namun selepas kritikan dan teguran daripada Tim SV dan Tetamu SV, saya terus perbaiki cara nyanyian saya. Saya ada mentor saya sendiri yang ajar vokal dan saya suka buka Youtube untuk belajar vokal selain daripada Tim SV sendiri.

So, bermulanya P1M5 saya terus berlatih, berlatih dan berlatih. Bukan setakat berlatih vokal semata-mata tapi berlatih dari segi gaya dan penghayatan. Sehingga saya puas hati semuanya, saya terus record video dan terus hantar. Tips saya simple je, bagi segala yang kita ada, jangan simpan-simpan. Nyanyi bukan sekadar nyanyi semata tetapi penghayatan kita, jiwa kita dan gaya kita perlu dibawa sekali bersama dengan bait-bait lagu itu. Sememangnya jangan putus asa. Tak dapat/lepas boleh cuba, cuba dan cuba sehingga berjaya. In Sha Allah!

 

3. Bagaimana Pio melihat saingan peserta lain?

Tidak dinafikan dengan peserta-peserta lain semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya ada kelebihan dan paling penting ada gaya yang tersendiri. Namun saya tak pernah anggap pesaing-pesaing ini sebagai satu halangan malah satu motivasi buat saya. Saya selalu berkata dalam hati, “Kalau mereka ada kelebihan mereka, aku pun ada juga kelebihan yang boleh aku tonjolkan.”.

Kena sentiasa ada keyakinan diri untuk menang atau lebih mudah selalu berfikiran positif. Selalu mentor saya pesan, “Kalau berfikiran positif, positiflah yang dapat dan kalau berfikiran negatif, negatiflah dapat.”. So, saya sematkan dalam hati saya, “Aku yakin aku boleh menang!” yang menjadikan satu motivasi buat saya untuk bersaing dalam apa-apa pertandingan yang disertai.

 

4. Cadangan Penambaihbaikkan SV.

Bagi saya mungkin tak ada lagi untuk ditambahbaik sebab totally semuanya okey. Mungkin pada lagu saya rasa perlu ada pelbagai genre sebab tak semua boleh rock, tak semua boleh balada dan sebagainya. Mungkin untuk kredit SV perlu dikurangkan sedikit (Hahahaha! Gurau bang. Harga tu dah okey dah). So far, tiada masalah buat masa ini.

 

5. Ceritakan sedikit latar belakang Pio.

Nama diberi Mohammed Fiqrie bin Mohd Rosli, orang mengenali saya sebagai Pio Rusley. Pio ni sbb orang anggap saya ‘poyo’ namun hakikatnya tak. Rusley pulak sbb FB ayah saya dia letak namanya, Mohd Rusley. So saya ikutkan sahaja, hahahaha! Saya dilahirkan di Machang, Kelantan pada 4 Februari 1996 dan dibesarkan di Kajang, Selangor serta merupakan seorang pelajar.

Bermulanya saya dalam nyanyian ketika usia 6 tahun. Saya dahulu lebih kearah nasyid sehingga sekarang. Sekolah rendah saya juara nasyid 4 kali berturut-turut, selebihnya naib juara dan saguhati. Sekolah menengah 3 kali berturut-turut peringkat daerah (Mula masuk group nasyid sekolah menengah masa form 3).

Di Universiti, naib juara peringkat daerah dan negeri (Ini pencapaian tertinggi). Sekarang saya merupakan coach nasyid di SMK Saujana Impian, Kajang. Saya juga merupakan seorang penulis dan hampir 2 tahun saya menulis (Boleh search sangpenulishati.blogspot.com). Saya juga merupakan seorang penulis lirik lagu (Biasa-biasa je).

*So yang paling penting, ‘Usaha tangga kejayaan!’. Assalamualaikum. 😁

 

 

Pautan

     

Pos Berkaitan: