Pitching Kelaut..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dan sedikit pengetahuan saya dalam bidang nyanyian. Seingat saya, sejak sekolah rendah saya sudah mula menyanyi. Lirik dan melodi lagu tersebut masih saya ingat sehingga kini.

Zaman Kanak-Kanak

ABC

Ini merupakan lagu terawal yang saya pelajari. “A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z”

Kemudian saya diajar dengan banyak lagi lagu lain seperti “Bapaku Pulang Dari Kota” , “Ais Kacang”, dan juga “Bangau Oh Bangau”.

Ketika dalam persatuan pengakap, lebih banyak lagi lagu yang diajarkan kepada kami. Antara lagu yang saya masih ingat ialah..Suranggani.

“Suranggani..suranggani..suranggani kamalu kanava va va va, mallu mallu mallu..suranggani kamalu..surangganu kamalu kanava va va..”

Sampai sekarang saya tak tahu apa maksud lagu ini. Lirik pun tak tahu la betul ke tidak. Tapi yang penting memang menyeronokkan bila menyanyikan lagu ini beramai-ramai. Dan yang paling best masa nyanyi part “Va va va!”. Ketika itu kami menyanyi dengan penuh rasa gembira.

Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan pitching kami lari. Ataupun, mungkin cikgu yang mengajar kami juga tidak tahu apa itu pitching, kerana ketika itu belum wujud lagi Akademi Fantasia.

Zaman Akademi Fantasia

Akademi_fantasialogo

Bila Akademi Fantasia sudah menjadi fenomena, antara komen yang sering diberi oleh juri kepada peserta adalah:

“Pitching awak lari..”

“Pitching awak berterabur..”

“Pitching kelaut..”

“Pitching..pitching..pitching”

Saya mula bertanya diri sendiri..Apa itu pitching? Adakah pitching saya juga lari? Kalau dia lari, dia lari kemana? Mujur ada google dan youtube.

Saya pun cari apa itu pitching? Macam-macam penerangan yang saya jumpa dari pelbagai sumber. Ada penerangan yang kompleks dan mungkin sukar untuk difahami jika seseorang itu tidak mempunyai asas dalam bidang muzik.

Tapi kalau orang tu pergi sekolah mesti ada belajar muzik kan? Ingat lagi pasal Do Re Mi?

 

Kursus Online : Becoming Natural Singer

 

Do Re Mi

do re mi

Pitch dalam bahasa paling mudah ialah tinggi rendah sesuatu nada.

Setiap suku kata dalam lirik mewakili satu tangga nada. Contoh lirik Negaraku.

Ada 4 pitch yang terlibat..Ne(C) Ga(C) Ra(A) Ku(F).
PITCH

C Do
B Ti
A La Ra
G So
F Fa Ku
E Mi
D Re
C Do Ne, Ga

Jadi kalau nak nyanyi “Do” mesti tepat pada “C”. Kalau nak nyanyi “Mi” mesti tepat pada “E”.

Maksud pitching lari ialah nada yang kita nyanyikan tidak tepat pada pitch yang sepatutnya. Bayangkan perkataan pertama dalam satu lagu saja sudah melibatkan 4 pitch. Kalau satu lagu berpuluh-puluh pitch kita kena jaga.

Nak menyanyi dengan pitch yang sempurna kena latihan yang banyak. Kadang-kadang kita rasakan pitch kita nyanyi tu dah betul, tapi sebenarnya tak sempurna.Mungkin ter “flat” atau ter “sharp”.

Kepada yang tak faham, ter “flat” maksudnya pitch yang kita guna tu ter “rendah” sikit. Kalau ter “sharp” maksudnya pitch yang kita guna tu ter “tinggi” sikit.

Macam Memasak

memasak

Kalau nak senang faham, cuba anggap menyanyi ni macam memasak…kalau nak masakan kita sedap, sukatan garam kita kena tepat. Kalau terlebih atau terkurang ia akan memberi kesan kepada masakan kita. Pitching yang ter “flat” umpama masakan yang kurang garam, kalau ter “sharp” pula macam masakan yang terlebih garam.

Juri-juri professional sangat arif dan peka terhadap bunyi. Mereka dapat mengesan kekurangan atau kecacatan sesuatu nyanyian, walaupun pada pendengaran orang biasa, nyanyian itu sudah sedap atau sempurna. Kalau dalam dunia masakan, mereka ni macam Master Chef. Sekali rasa dah tahu, masakan tersebut kurang garam ke, lebih garam, kurang halia ke dan sebagainya. Tapi orang biasa hanya tahu……makan.

Kadang-kadang kita dengar, juri komen..
“pitching awak ada lari sikit, tapi keseluruhan nyanyian memuaskan”

Memuaskan?

Maksudnya kalau dalam masakan, lebih kurang macam ni.. “masakan awak terlebih garam sikit(mungkin terlebih dalam 3 cubit garam)..tapi yang lain-lain sedap”. Lari sikit-sikit tak mencacatkan keseluruhan nyanyian, umpama makanan yang masih sedap ditelan walaupun sukatan garamnya tidak sempurna.

Macammana pula dengan komen ini.. “pitching awak kelaut..saya harap awak tersingkir..”

Pitching Ke Laut?

Peserta yang pitching kelaut ni umpama masakan yang garamnya terlebih atau terkurang sampai 3 sudu. Rosak masakan walaupun sukatan santan, gula, kari dan lain-lain sudah sempurna. Penyanyi yang pitching kelaut ni umpama tukang masak yang sukatan garamnya pun kelaut. Hampir keseluruhan nyanyian sumbang, terlalu banyak kecacatan.

Makanan yang tersangat masin atau tak rasa garam sangat sukar ditelan. Dengan mudah kita akan cakap makanan itu tidak sedap. Macam tu juga dengan nyanyian, bila pitching kelaut..orang biasa yang tak tahu menyanyi pun akan cakap tak sedap. Kesimpulannya..rosak garam rosaklah masakan, rosak pitching rosaklah nyanyian (ni pepatah baru..:p).

Kalau penghayatan tahap A+, baju ropol-ropol beribu ringgit, penguasaan pentas tip top,muka cantik macam artis K-POP, semuanya tidak melayakkan seseorang itu menjadi penyanyi jika pitching kelaut. Kadang-kadang kita rasakan nyanyian kita dah sedap bila ada 2-3 orang cakap nyanyian kita sedap. Sedangkan yang cakap sedap tu..nyanyian dia pitching kelaut tahap dewa..:p

Kesimpulan

Tidak kira kita menyanyi untuk menjadi seorang artis, penghibur jalanan ataupun menyanyi untuk diri sendiri..kita akan lebih menikmati nyanyian kita jika dapat menyanyi dengan pitching yang lebih baik. Lebih ramai yang akan menikmati masakan kita sekiranya sukatan garam kita berada pada sukatan yang tepat.

Nak tingkatkan mutu masakan, carilah kelas memasak. Nak tingkatkan mutu nyanyian, carilah kelas vokal. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menyanyi..sila mendaftar dengan Sajakiri Vokal  untuk maklumat lanjut. Insya-Allah pitching yang kelaut akan dibawa kembali ke landasan yang benar…

 

Kursus Online : Becoming Natural Singer

 


Artikel oleh :
Shahril Gamblerzrsz_shahril

“Life is like playing a guitar. What you get out of it, depends on how you play it.”

     

Pos Berkaitan: