Tak Berani Sertai Pertandingan?

Sekarang ini, terdapat banyak ujibakat nyanyian diadakan : Akademi Fantasia, Mentor, The Voice, Gegar Vaganza dan sebagainya. Saya terfikir juga, mengapa hanya difokuskan pada acara nyanyian saja?

Saya berpendapat ianya :
i) mudah (tidak perlukan skil dalam, hanya berkebolehan saja),
ii) menarik minat (hiburan) dan
iii) terbukti boleh menarik perhatian ramai (lihatlah AF sudah berusia 10 tahun, masih mempunyai tempat).

Atas dasar inilah juga mengapa kami menawarkan pertandingan nyanyian secara online (tidak juga, sebenarnya kerana saya banyak mencipta lagu, jadi alang-alang kan).

Sertai Pertandingan SV

Tidak Ramai Berani

Walaubagaimanapun, tidak semua berani untuk sertai. Saya tidak bercakap mengenai ujibakat television, saya bercakap mengenai pertandingan SV. Dalam 350 pendaftar (setakat ini), hanya sebilangan kecil saja (6%) saja yang menjadi Peserta. Mengapa ini terjadi?

Boleh jadi juga kerana mereka merasakan penyertaan SV ini tidak menarik. Baiklah, saya tidak mahu menyentuh isu itu.

Untuk alasan selain itu, Saya ingin menyentuh isu ini : selain mereka di atas;

mengapa anda tidak berani untuk menyertai pertandingan?

Satu kelainan SV, walaupun secara online, kami mewajibkan penyertaan video. Ini untuk menggalakkan peserta agar ‘lebih berani’ melihat persembahan mereka dalam skrin.

Baiklah, ini 3 sebab utama (yang saya fikirkan) mengapa mereka tidak berani menyertai pertandingan SV :

 

1 – Takut kalah

Ini adalah alasan yang klise. Kita tidak sanggup melihat diri kita ‘tidak menang’. Mereka yang berasa takut kalah mempunyai masalah ego, dan ini sangat normal.

Biasalah, dalam pertandingan sebegini, kemungkinan untuk ‘kalah’ adalah lebih besar daripada menang. Kata orang, ‘naib juara’ adalah mereka yang mengetuai barisan yang kalah ini.

2 – Takut Dikritik

Mereka yang takut dikritik, adalah mereka yang senang mendengar pujian. Bila mereka mendengar pujian, mereka akan mengganggap ‘inilah perkara sebenar’ mengenai mereka. Inilah yang menjadi masalah bila mereka dikritik ; mereka tidak dapat menerimanya.
Apatah lagi jika dikritik secara awam, semacam pertandingan ini. Merobek ego mereka juga.

3 – Terlalu Bersandar Harapan

Mengikut kiraan matematik, jika terdapat 1000 Peserta, kebarangkalian kalian untuk anda menang adalah 0.01%. Dari segi logiknya, anda harus menjangkakan yang anda tidak akan memenangi, berbanding menang.

Yelah, ini mungkin tidak mengujakan. Siapa yang mahu sertai jika tidak mahu menang. Saya faham ini. Jika begitu, lebih mudah sekiranya anda sertai pertandingan dengan set minda ini : mahu mempelajari / mencari pengalaman.

 

 

SOLUSINYA

1. Anggap Medan Latihan

Dalam pertandingan SV, anda boleh lihat ramai Tetamu SV lain mengomen nyanyian peserta. Lihat :

 

Bukan saja itu, malah mereka memberi bintang berdasarkan gaya, pitching dan lantunan.
Jadi peserta, walaupun tidak menang, tapi mendapat feedback yang baik, dan klu bagaimana mereka boleh memperbaiki nyanyian.

2. Analisa Setiap Kritikan

Malah kami juga sebagai Tim SV memberi komen membina kepada setiap peserta. Peserta yang bijak akan baca setiap komen (kami ada sediakan profil untuk mereka) dan menilai sendiri apa yang mereka harus lakukan.

Mereka juga boleh bertanya lebih lanjut dalam grup Telegram Tetamu SV tentang cara yang lebih spesifik.

3. Dokumentasi Setiap Persembahan

Sepertimana kita beritahu di atas, setiap Peserta akan mendapat laman profilnya sendiri, hanya dengan menyertai pertandingan SV. Secara percuma!

Ini selari dengan niat kami untuk membuat SV ini lebih daripada sekadar pertandingan, tetapi sebagai medan latihan nyanyian. Dengan adanya profil SV ini, kami menggalakkan penyertaan berulangkali, dan insyallah, jika mereka terus sertai, kita akan melihat penambahbaikkan mereka dari masa ke semasa.

Mari sertai SV!

     

Pos Berkaitan: