Temuramah Zarul Umbrella Siri 1

Perbezaan Industri Muzik Dulu dan Sekarang 

Zarul Umbrella, penyanyi era-90 an yang masih hangat, dek kerana menduduki tempat ke-3 dalam Gegar Vaganza baru-baru ini, memberikan serba sedikit pendapat dan pengalamannya, perbezaan dalam industri muzik sekarang dan dahulu.

 

1 – Produksi Muzik 

Dulu : Pra-produksi (demo) dan rakaman instrumen dan vokal dilakukan di studio besar.
Sekarang : Pra-produksi boleh dilakukan di rumah saja, dan sebahagian rakaman instrumen dan vokal dirakam di studio besar.

 

2 – Adunan (Mixing)

Dulu : Selesai rakaman, adunan hanya boleh dilakukan di studio rakaman tersebut sahaja.
Sekarang : Di mana-mana pun boleh. Hatta seberang laut pun, email saja wav file ke situ.

3 – Harga Produksi

Dulu : Kos sebuah album boleh mencecah ratus ribuan.
Sekarang : Boleh rakam single saja, dan boleh rakam di studio rumah sahaja, dalam beberapa ribu sahaja.

 

4 – Kualiti Nyanyian

Dulu : banyak lagu ‘aliran utama’ dinyanyikan dengan lebih dinamik dan berjulat besar.
Sekarang :  tak perlu julat vokal yang besar, macam Yuna, Elizabeth Tan.

 

5.  Stail Lagu

Dulu – lagu lebih kompleks, dan ada seninya.
Sekarang – lebih ringkas dan cathcy

 

6. Lirik

Dulu : lebih indirect, berkias
Sekarang : ringkas dan mudah difahami

 

7. Persaingan

Dulu : lebih ramai artis label, dengan label muzik  seperti Polygram, BMG, Sonycanyon
Sekarang : banyak artis bergerak sendiri, dan label semakin kurang yang aktif

 

8. Siaran Radio:

Dulu : radio tak banyak, dan mudah lagu mendapat siaran
Sekarang : sekarang susah dapat sebab ada fungsi iklan, radio ada kriteria mereka sendiri

 

     

Pos Berkaitan: