Salam sejahtera kepada pengunjung Sajakiri Muzik.

Zainal-Zulia

Terimakasih kerana sudi singgah.

Nama saya Zainal Zulia, pengasas dan pemilik laman ini.

Nota : Saya telah merombak beberapa kali muka “Tentang Kami” ini, demi menyesuaikannya dengan program, polisi dan sistem terbaru Sajakiri Muzik (SM). Ini agak memenatkan. Oleh kerana itu, saya berpendapat adalah lebih baik jika saya menulis sesuatu yang tetap (permanent), seperti perjalanan seni SM dari awal.

Semacam journal.

 

 

Latar Belakang Saya (1979 – 1992)

Saya dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan pada 6 September 1979. Anak ke-dua daripada 6 adik beradik, dibesarkan di Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Mula bermain gitar pada usia 12 tahun (belajar sendiri), dan organ 14 tahun. Saya ingat saya bermimpi berulang kali bermain gitar sendiri, sebelum ibubapa saya bersetuju membeli gitar akustik berjenama ‘Fairlady’ di Ampang Park pada 1991.

 

Buku Gitar

Buku Gitar

Buku Keybord

Buku Keybord

Sehingga kini saya simpan kerana nostalgia.

 

 

Band Pertama (1993 – 1999)

Mula menubuhkan band Foreo ketika 14 tahun (1993), dan mula mencipta lagu pada usia 15 tahun (faham teori muzik setelah memahami kekunci keybord).

Foreo – Dari kiri : saya (gitar utama), Jaja (gitar ritma/vokalis), Ari (dram) dan Ijol (bass).

Kami selalu pergi jamming curi-curi ketika zaman persekolahan di studio jamming Black Widow (Asia Jaya dan Jalan Gasing).

Dari situ, terimakasih kepada band ini, telah mencipta berpuluh-puluh buah lagu.

Saya abadikan sedikit karya kami di sini (dari kaset ini) : Foreo Soundcloud

 

 

Alam Dewasa (2000 – 2008)

Belajar ijazah perakaunan profesional (ACCA) di Dublin pada 2002. Sempat bekerja sebagai juruaudit di firma gergasi KPMG, tetapi berhenti 2 tahun selepas itu kerana tiada keserasian.

Mula bekerja sebagai tutor AddMah sepenuh masa selepas itu (sehingga kini), dan menubuhkan band TuLanG. Sempat melahirkan satu EP. Ini sekitar 2005-2008.

 

TuLanG : Dari kiri saya

    TuLanG : Dari kiri saya (gitar), Ken (vokalis) dan Jaja (bass)

 

Buat pengetahuan anda, Ken dan Jaja merupakan adik beradik, dan ini Jaja sama dari band Foreo di atas.

Saya abadikan sedikit karya kami di sini :

 

Selepas band ini dibubarkan, barulah Sajakiri Muzik ditubuhkan.

 

 

Sajakiri Muzik (2009 – sekarang)

Kini saya bergerak solo, tapi saya masih lagi aktif mencipta lagu. Lalu terbentuklah Sajakiri Muzik.

Ditubuhkan pada November 2009, tujuan asal SM adalah sekadar platfrom saya meluahkan karya-karya saya. Saya mendapati ilham sangat mudah (alhamdulillah) datang kepada saya, jadi saluran SM ini sangat penting.

 

 

Apa maksud Sajakiri?

Ini soalan biasa saya terima. Sajakiri adalah terdiri daripada 2 perkataan : Sajak dan Kiri. Sajak di sini bermaksud perkara seni, dan kiri adalah kidal.

Ini kerana saya membuat aktiviti seni (seperti bermain gitar, menulis lirik) menggunakan tangan kidal. Padahal saya dominan kanan.

 

Aktiviti Sajakiri

 

Sepanjang 2010 : Beberapa buah lagu berteraskan video dilancarkan. Sila lihat :

 

 

 

2011 : Menerbitkan beberapa lagu bersama Muhsin

 

 

 

September 2012 : bermula era SajakiriVokal

Setelah saya berkahwin pada Oktober 2011, aktiviti seni saya berubah lagi. Pada asalnya, saya ingin membuat band bersama Muhsin, tetapi pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi bermula tahun 2012, saya mula fokus pada penerbitan lagu sendiri di rumah.

Jadi setelah mempunyai banyak lagu, apa lagi boleh dibuat?

Saya mula menganjurkan pertandingan Sajakiri-Vokal

 

Logo Asal

Logo Asal

 

Sekitar September 2012 ke Mei 2013, kami menganjurkan 3 Musim. Anda boleh lihat Sajakiri Vokal dan tekan Arkib untuk lihat 3 Musim ini.

Inilah Juara 3 Musim :

 

 

Hujung 2013 – pertengahan 2015 : Tiada aktiviti

Setelah menganjur pertandingan tersebut selama 3 Musim, ia terhenti begitu saja. Ada beberapa sebab :

  • nampak seperti tiada poin untuk meneruskannya, kerana Sajakiri tidak memperolehi apa-apa pendapatan darinya.
  • pihak Juara juga seperti tidak berusaha mempromosikan single dimenanginya (kecuali Sam di atas).
  • dan pihak Sajakiri yang menanggung semua kos pertandingan, menanggung kerugian begitu saja.

Saya secara peribadi juga, ketika ini agak sibuk dengan kelahiran anak sulong dan kedua, disamping berpindah rumah.

Saya ada satu ketika, ingin bertukar profesion ke ‘Penasihat Kewangan’ demi menjana lebih pendapatan kepada famili.

Tapi apapun, saya masih aktif menerbitkan lagu sendiri, dan muat-naik ke soundcloud Sajakiri, tanpa ada tujuan yang jelas.

 

 

Hujung 2015 – sekarang : SajakiriVokal diwujudkan kembali

Setelah tidak ‘berjaya’ menjadi Penasihat Kewangan, saya mula mencari jiwa (soul searching) kembali. Saya kembali menjadi pelajar, dengan mengambil kursus online ‘Consciousness Engineering’ oleh Mindvalley, dan secara klisenya, memang saya diciptakan untuk mencipta lagu.

Saya juga mengambil kursus mengenai SEO dari Udemy, saya ‘baru’ menyedari yang laman Sajakiri-Vokal (sajakiri.com/vokal) ini masih menerima pelawat yang ramai, walaupun saya sudah menghentikan penganjurannya!

 

rsz_1search_console

 

Rupanya ramai yang mencari kata kunci ini :

  • ujibakat nyanyian
  • pertandingan menyanyi
  • ujibakat

dan sebagainya, seperti yang tertera di atas. Rupa-rupanya Google telah mengindekskan laman Sajakiri-Vokal (sajakiri.com/vokal) untuk mendapat tempat teratas dalam carian ini, walaupun saya sudah tidak aktif dalam masa hampir 3 tahun!

 

Epifani SV

Rupa-rupanya, ini adalah hasil usaha saya menganjur pertandingan tersebut, dimana Google sedar akan aktiviti ini, dan memberikan posisi carian yang baik dengan kata kunci di atas.

Terimakasih Google! Umpama saya mendapat prospek dengan percuma.

 

 

Mac 2016 – Kini

Sehingga hari ini (Julai 2016), sudah 300 orang mendaftar bersama dengan SV. Bermakna purata 2 pendaftaran setiap hari. Jika ini berlanjutan (harap-harap begitu lah), SV akan mendapat ribuan pendaftar dalam masa beberapa tahun lagi.

Jadi atas dasar inilah, pertandingan Sajakiri-Vokal adalah penting untuk kami teruskan. Ia adalah tulang belakang kepada semua aktiviti SV.
 

 

Kini, set minda saya bertukar. Kini tujuan Sajakiri-Vokal bertukar menjadi

  • mencungkil seberapa ramai bakat nyanyian tempatan,
  • SV adalah medan latihan nyanyian (bukan sekadar pertandingan semata-mata),
  • mewujudkan komuniti penyanyi amatur yang saling menyokong antara satu sama lain (grup Telegram Tetamu SV),
  • saya boleh terus fokus kepada bakat sebenar saya : mencipta dan menerbitkan sebanyak mana lagu!

 

Jadi, SV juga harus bersedia untuk menyediakan program atau servis berbayar kepada mereka yang serius. Seperti

  • produksi muzik – jika anda teringin merakam single, lagu akustik ke, cover ke, atau video klip.
  • seminar muzik – vokal, penciptaan lagu, atau instrumentasi
  • barangan (merchandise) – tshirt, topi, lencana.
  • temuramah bersama artis terkenal (untuk tujuan pembelajaran).

 

 

Jadi, apa seterusnya?

Apa lagi, marilah sertai Sajakiri Vokal!

16 komen

  • hisyam ahmad July 27, 2016   Balas

    nak sertaii…fuhhh nie la masanyaa..hehe

    • Zainal Zulia July 27, 2016   Balas

      Sila daftar Hisham.

      • nurzaraalisah January 3, 2017   Balas

        Assalam abg zainal zulia salam kenalan dari saya zaraalisahyusra ada kawan saya yang suruh saya daftar di kelas vokal jadi saya sanggat berbesar hati dapat berlajar di kelas vokal dengan abg zainal zulia saya sudah daftar yang tu nama saya tapi email [email protected] ini email yang saya guna daftar tunjuk ajar ku sifu

      • nurzaraalisah January 3, 2017   Balas

        Assalam abg zainal zulia salam kenalan dari saya zaraalisahyusra ada kawan saya yang suruh saya daftar di kelas vokal jadi saya sanggat berbesar hati dapat berlajar di kelas vokal dengan abg zainal zulia saya sudah daftar yang tu nama saya tapi email [email protected] ini email yang saya guna daftar tunjuk ajar ku sifu

  • nabilla August 21, 2016   Balas

    sekiranya kita menang boleh ke kita memilih lagu mana yang kita nak?

    • Zainal Zulia August 21, 2016   Balas

      Dah daftar?

      • Nabilla Azahari August 21, 2016   Balas

        Dah

      • schaeryn January 3, 2017   Balas

        assalamualaikum sye scha..tujuan scha dtg ke sini..cuma ingn meminta pndpt dripda awk..tentang lagu2 n lirik hasil ciptaan scha sndiri..scha adalah pnyanyi tmpatan dri srawak..n mmg dri kecik lgi umur scha msih dlm kitaran 2thun lbih ibu scha ckp scha minat scha dlm dunia muzik mula tserlah dri kecik lagi..smpailah skrg..scha mmpu mghasilkn lagu2 n lirik ciptaan scha sendiri tanpe mminta ptolongn dri mane2 pihak..alhamdullillah…berkat dri usaha yg gigih scha mampu mghasilkan lagu n melody yg baek n lain dari yg lain…smpai hari ne scha msih bgiat lagi dlm dunia komposer..wlaupn rmai pihak ingn meminta scha utk menampilkan diri dgn mbuat rakaman distudio tsebut..tpi scha menolak…scha mcipta lagu lirik hanya utk mngisi mase lapang je.tujuan scha dtg ke sini..scha ingin mcari seorg vokalis yg tbaek n mampu menyanyikn lagu scha dgn baek..scha cipta lagu bkn utk dijual.tpi scha btl2 ikhlas nk bgi slh 1 lagu hasil ciptaan scha…sbgai komposser scha sntiase jge hak hasil ciptaan scha dgn waspada skali..carila dimana2 media sosial skalipn..xkn ade..sjak Scha dpt Taw tentang Sajakiri ne..scha ingin skali mghulurkn 1lagu hasil ciptaan scha pda slh seorg finalist yg da mjuarai ptandingn ne bru2 ne…sbgai seorg komposser scha taw kualiti lagu scha ditahap mane.n utk pngetahuan awk jgk finalist yg mdpt gelaran juara bru2 ne nana san adalah kwn scha di smule…law pihak awk tidak keberatan scha bsedia bkejesama tanpe mgharap ape2 1 blasan pn dri pihak awk…akhir kata.,scha ingn undur diri dlu assalamualaikum… Id smule Schaeryn

        • Mohd Burhanuddin Abdullah April 19, 2017  

          Bena kah? kmk mok mun ktk sudi lh.. hihi.. id smule kmk _DeanRomanX_

  • RotiSardineBawang September 7, 2016   Balas

    Salam. Saya sudah mendaftar. Sy ingin bertanya, adakah sajakiri ini hnya fokus kepada [email protected]? Sy berminat utk pergi lebih mendalam dalam bidang musik, dan sy seorang pemusik amatur. Adakah sajakiri juga memfokuskan @ melahirkan pemusik? Terima kasih

  • Siti fatimah November 10, 2016   Balas

    Assalamulaikum saya disini ingin menjadi seorang penyanyi ingin tolong keluarga saya mencari rezeki yg halal untuk keluarga tercinta

  • Fatin November 12, 2016   Balas

    Saya student.. Kalau saya berminat..boleh ke saya daftar? Saya betul2 berminat nak jadi penyanyi.

  • nursyahirah atiqah December 18, 2016   Balas

    Tak boleh aktif pun ..

  • MAZSRAN BIN AB HAMID May 31, 2017   Balas

    Sya Dah daftar hnya tunggu dimasukkan ke group sahaja😅

  • Nurasyierah Asrika June 13, 2017   Balas

    saye nak ikuti pertandingan macam mana nk daftar

  • Fakarudin bin pauzi September 13, 2017   Balas

    Nak join jugak

Tinggalkan Soalan / Komen...