Anda Ada Lagu, Tapi Tak Tahu Bagaimana Untuk Masukkan Lagu Dalam Spotify?

Kategori 2 : Bagaimana Mahu Masukkan Lagu Dalam Spotify?

Sekarang, semua pengkarya boleh buat ini sendiri, tanpa mengharapkan label besar. Google saja ‘digital distribution‘ anda akan temui banyak syarikat (kebanyakkannya luar negara), yang dipanggil pengedar digital (digital distributor), antaranya DistroKid, CD Baby, Tunecore dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama).

Anda juga boleh merujuk artikel ini untuk perbandingan.

Saya tidak akan membincangkan mana satu lebih baik atau tidak, cukup banyak artikel atapun video Youtube sudah membincangkan ini.

Mana satu yang saya guna?

Saya sendiri menggunakan CD Baby, bukanlah kerana ia terbaik, tapi ada beberapa elemen yang sudah terbiasa.

Sekadar perbandigan ;
a) Pembayaran hanya SEKALI SAJA per projek, pakej paling asas USD10.

Tiada yuran tahunan seperti DistroKid ; iaitu USD20 setahun. Tapi kelebihan DistroKid, adalah kita boleh menghantar sebanyak mana lagu (tidak terhad), tapi harus bayar USD20 setahun sampai bila-bila.

Jadi ini sebenarnya terpulang kepada penggunaan anda.

b) CD Baby juga ada YouTube Partnership, dimana ia akan dapat mengesan pihak lain yang memuatnaik lagu kita, dan sekaligus akan membantu kita meraih pendapatan iklan dari video itu, jika ada.

Distrokid juga anda, tapi anda harus topap beberapa USD untuk tujuan sama.

c) Kekurangan CD Baby : Anda tiada fungsi CRT fon, tiada Joox yang popular di kalangan pendengar Asia Tenggara tapi nasibaik Tiktok ada.

Ia juga ada fungsi pengutipan royalti mekanikal (PRO PUBLISHING).

Tapi saya nasihatkan anda, daftar saja di MACP.

d) Jika anda mahukan Joox ataupun CRT, boleh daftar di sini: ONE STOP MUSIC.

Saya sendiri pun mahu gunakan khidmat ini, kerana ia bercirikan tempatan (pejabat di KL), boleh bina rangkaian (networking) dengan karyawan tempatan, serta banyak kursus percuma disediakan.

Adakah saya Menyarankan Anda menggunakan CD Baby?

Tidak juga. saya sendiri pun ada tergerak hati untuk berhijrah ke syarikat lain, tapi saya teruskan juga kerana sudah ada hampir 10 buah lagu di situ hendak kawalselia serta berasa senang dalam mengendalikannya.

Tiada ada isu besar setakat ini.

Ia juga adalah syarikat yang sudah lama ditubuhkan (tahun 1998 lagi, oleh Derek Sivers). Jadi ia cukup stabil.

Tapi biasanya syarikat lama ini, agak sekolah lama (old-school) dashboard nya.

Nasihat saya! teruskan buat kajian.

Dan bila sudah berjaya, boleh kembali di sini dan masukkan karya anda ke senarai karya Sahabat Sajakiri.

Ada apa2 soalan, ataupun idea tambahan?

Sila komen di bawah.

1 Comment Anda Ada Lagu, Tapi Tak Tahu Bagaimana Untuk Masukkan Lagu Dalam Spotify?

  1. Pingback: Anda Sudah Ada Lagu Dalam Spotify? - Sajakiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *