Asas Nyanyian

Apa Itu Nyanyian?

Nyanyian adalah sesuatu kegiatan ataupun perbuatan membunyikan suara untuk menghasilkan sesebuah irama. Secara amnya, setiap orang boleh menyanyi. Namun perbezaan dalam keupayaan menyanyi itu terletak kepada bakat seni dan usaha di antara setiap seseorang individu. Nyanyian merupakan salah satu cabang seni yang berdasarkan daya kreativiti seseorang penyanyi.

Asas nyanyian terbahagi kepada 5 komponen iaitu Nada (Pitch), Irama (Rhythm), Pernafasan, Suara dan Sebutan.

Apa Itu Seni?

Seni adalah suatu saluran komunikasi manusia yang berdasar pada pengalaman, perasaan dan naluri. Antara sifat-sifat dasar seni adalah Ekspresif, Abadi dan Semesta. Karya seni ditujukan kepada penghayatan sepanjang zaman. Terdapat 2 unsur dalam seni muzik iaitu Vokal dan Instrument. Vokal adalah alunan nada-nada yang keluar dari suara manusia. Instrument adalah nada-nada yang keluar dari alat muzik yang digunakan.

Apakah tujuan dan matlamat nyanyian?

Setiap manusia mempunyai keinginan dan hasrat yang berbeza. Ada yang minat menyanyi kerana tertarik dengan muzik dan lagu-lagu yang didengari. Ada pula yang cuba untuk menyampaikan luahan isi hati dan fikiran, yang sukar dijelaskan melalui percakapan biasa, seumpama bersyair, berpuisi, di samping bernyanyi. Ada juga yang ingin meneroka bakat ataupun mencabar kemampuan mengalunkan vokal. Dan banyak lagi sebab jika hendak diulaskan.

Apa Itu Vokal?

Vokal adalah suara yang dihasilkan dari mulut, yang mengandung makna atau erti tertentu. Teknik Vokal adalah cara mengeluarkan suara yang jelas, indah, merdu dan nyaring.Unsur-unsur teknik vocal terdiri daripada:

1) Artikulasi
2) Pernafasan
3) Phrasering
4) Sikap Badan
5) Resonansi
6) Vibrato
7) Improvisasi
8) Intonasi

Setelah memahami segala definisi mengenai nyanyian yang diberikan, ayuh ikuti tips permulaan untuk berlatih/memanaskan vokal yang berikut:

 

1. Buka Mulut Anda Ketika Bernyanyi (dengan jarak 2 jari)

Buka mulut selebar kemampuan anda, seolah-olah sedang menyebutkan huruf “A” secara ekstrim. Jaga posisi lidah tetap sejajar dengan baris gigi depan bawah. Majukan rahang bahagian bawah ke depan, kiri dan kanan.

 

2. Rileksasi Lidah

65% – 85% dari semua masalah vokal adalah ketegangan di lidah. Untuk mengelaknya, lihat di cermin sambil bernyanyi, pastikan hujung lidah anda dominan pada gigi depan bawah anda. Jika tidak ia bererti anda masih kurang rileks, Cubalah berusaha untuk lebih rileks dalam bernyanyi.

 

3. Pengambilan Nafas

1) Ambil nafas dari lubang hidung, masukkan seolah-olah ke dalam perut..
2) Diamkan selama 10 saat.
3) Buang udara melalui mulut, seolah-olah sedang menngucapkan huruf “ef”.
4) Berhenti selama 10 minit, kemudian ulangi dari langkah pertama dan seterusnya. Usahakn untuk latihan, jangan lebih dari 2 minit.
Jika anda mengambil nafas yang terlalu banyak, maka anda tercipta tekanan yang akan menghalang kemampuan bernyanyi anda secara bebas. Ini akan mencegah anda dari menyanyikan nada tinggi dan menyebabkan ketegangan di leher.

 

4.Laring (Larynx)

Laring berada pada leher anda. Ia berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan nada sambil
bernyanyi, maka anda harus melemparkan seluruh mekanisme suara anda yang mengarah ke komplikasi yang berbeza. Tempatkan mic anda pada laring ketika anda bernyanyi agar suara anda tetap stabil.

 

5. Buka Bahagian Belakang Mulut

Dengan ini secara tidak langsung dapat membuka mulut bahagian depan. Jika bahagian belakang mulut anda tertutup, maka suara anda seperti di tembak dan saya jamin anda sedang tegang. Apabila belakang mulut terbuka itu akan membantu anda menciptakan resonansi yang lebih indah.

 

6. Bernyanyi Dengan Tenaga

Menyanyi adalah kegiatan yang sangat fisikal. Anda harus bertenaga dan bersemangat pada saat anda bernyanyi. Bernyanyi dengan tenaga membantu anda menekan nada yang lebih tinggi dan membantu menjaga suara keluar dari kerongkong. Anda harus merasa selesa sebelum menyanyi.

 

7. Menghayati Ketika Bernyanyi

Muzik adalah bentuk ekspresi hidup dan memiliki pengertian besar untuk mempengaruhi pendengar. Tapi itu hanya berlaku bila anda menjiwai dan menghayati ketika bernyanyi. Cubalah bayangkan diri anda dalam lagu tersebut , itu akan sangat membantu anda untuk
menghayati lagu yang anda nyanyikan.

 

8. Alunkan Vokal Dengan Gaya Anda Sendiri

Menyanyi harus merasa seperti berbicara. Seharusnya tidak ada ketegangan, menekan, tegang,mencapai, atau ketika meraih vokal aktif. Apa yang kita lakukan waktu kita bernyanyi sebagian besar berdasarkan pada kebiasaan, jadi pastikan untuk berlatih secara konsisten.

Demikianlah perkongsian pengenalan mengenai nyanyian dan teknik-teknik vokal yang penting untuk diketahui dan diterap oleh setiap orang yang ingin mendalami nyanyian secara serius dan progresif. Penerangan yang lebih lengkap dan terperinci boleh didapati dari Webinar & Kelas Asas Vokal Sajakiri. Sila lungsuri ke:

 

Sila Pilih : 

  

      

PERCUMA!