Bagaimana Memiliki Single Sendiri?
Setiap penyanyi impian untuk memiliki single sendiri. Di zaman teknologi sekarang, impian ini lebih mudah untuk dicapai, berbanding era sebelum milineum (2000) dulu.
Sebelum ini, kos produksi rakaman adalah sangat mahal, dam kosnya hanya mampu ditanggung oleh label rakaman. Sangat jarang kita dengan pihak persendirian (independent) membuat rakaman sendiri.
Jika ada pun, ia sekadar ‘demo tape’, dengan tahap kualiti yang rendah. Dahulu setiap peralatan rakaman adalah berkos tinggi, seperti konsol, bilik kedap udara dan sebagainya.
Cara DIY : Studio Rumah
Zaman sekarang, peralatan rakaman adalah jauh lebih murah. Hanya perlukan komputer PC, dan beberapa peralatan rakamana seperti interface, monitor, perisian rakaman.
Kos semua ini, paling minimum adalah RM2,000. Dengan erti kata lain, anda boleh membina studio rumah sendiri.
Paling malas pun, anda boleh saja gunakan aplikasi Garage Band dalam gajet Apple anda. Anda sudah buat rakaman multi-trek!
Dan dengan sedikit usaha, anda boleh mencapai kualiti yang baik. Tapi semestinya, anda memerlukan pengalaman yang lebih luas untuk menjadikan produksi anda ke tahap profesional.
Perlukah anda melakukan ini? Ada cara lain kah?
Ok, bukan semua orang punyai minat dan masa untuk membina studio rumah. Tapi anda masih punyai impian untuk memiliki studio sendiri, bukan?
Cara Lain
1 : Memenangi Pertandingan
Kebarangkalian : Sukar
Tidak semestinyga AF dan Mentor, banyak juga pertandingan nyanyian kecil2an (seperti SV) ini menawarkan single percuma
Tapi seperti kita pernah bincangkan, kebarangkalian anda untuk menang juga kecil, dan juga tidak semua pihak menawarkan rakaman single sebagai hadiah.
Dan tidak semua pertandingan memberi hadiah rakaman single sebegini, anda harus pandai mencarinya (Google kan ada!).
Oh ya sekali saya ingatkan, pertandingan Sajakiri-Vokal memberi hadiah single ini!
2 : Hantar Demo ke Label
Kebarangkalian : Sukar
Ini adalah cara old School, anda masih boleh mencubanya sekarang, tiada masalah. Mungkin bakat nyanyian anda sangat hebat, jadi mereka akan terus terpikat dan menandatangani anda terus.
Bakat hanyalah satu faktor saja. Mereka akan lihat juga media sosial anda, berapa ramai peminat anda, berapa ramai yang menonton video anda.
Macam inilah, katakan anda punyai label. Inikan satu perniagaan. Mana yang anda pilih ; A-Penyanyi Berbakat, B-Penyanyi Berbakat dan mempunyai peminat ramai di laman sosial?
Mudah bukan? Pelaburan anda dalam Artis B adalah lebih selamat, kerana sudah ada peminat yang bersedia untuk membeli barangan anda.
Kerana inilah mempunyai profil di media sosial adalah sangat penting. Tiada jaminan semestinya, tapi adalah langkah yang penting.
3. Cara Berbayar
Kebarangkalian : Mudah jika ada kemampuan kewangan
Dalam pembuatan rakaman single, ia boleh mencecah harga ribuan RM, dan bergantung kepada tahap kualiti yang anda mahukan. Samada anda mahu kualiti demo, ataupun profesional.
Harga dalam RM500 (demo) sehingga ke RM7,000 (Profesional).
Biasanya mereka akan meminta 50-50, deposit pada awal proses rakaman, dan selebihnya bila projek tamat.
Pihak produksi TIDAK terlibat dalam promosi single anda.
4. Cara Berbayar Ansuran
Kebarangkalian : Semua orang bekerja boleh memilikinya!
Kami di SV ini, ada membuat servis ansuran ini. Kami mengambil sistem ‘EzyPayment‘, iaitu pembayaran ansuran tanpa riba (interest).
Ingin bantuan kami untuk membuat
demo akustik ciptaan anda?
Hanya RM67.70 Sebulan!
Demo Akustik
saya mahu juga jadi penyanyi tetapi masalah nya saya tak dapat pergi dekat jauh sangat tak ada duit saya ni orang miskin tak mampu.kalau pasal menyanyi memang saya suka sangat suka sehinggalah pelajaran saya abaikan tolonglah saya saya sangat mahu jadi penyanyi……tempat saya tinggal kota belud sabah..
Sila daftar di sajakiri.com.
Ada lagi tk ?
Ada. Sila daftar di Sajakiri.com
Nak buat demo untuk single and nak tau Harga paling berpatutan