Tips : Bagaimana Mencipta Lagu Bermakna Untuk Diri Anda Sendiri

Anda seorang yang kreatif. Asal petik saja gitar, humming sikit, ada saja idea lagu baru yang akan terhasil.

Anda terus mencapai alat perakam anda, dan tekan butang ‘record’.

Dan anda sambung kembali jamming seorang diri anda tadi dengan kreatif dan rawak.

Ini adalah cara konvesional. Dipraktikkan oleh ramai komposer terkenal. Semestinya ini cara berkesan.

Saya sokong cara ini. Saya syorkan kepada anda untuk mencuba, terutama kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu.

Cara Lain 

Tapi saya tidak praktikkan cara konvesional ini. Bukan kerana degil, tapi rasa tidak selesa kerana sudah terbiasa (mungkin saya harus cuba juga cara ini satu hari nanti).

Sudah 20 tahun saya gunakan cara ‘lain’ ini, dan ia berkesan kepada saya.

“Jangan rakam apa-apa”

Ya betul. Main saja gitar anda. Humming saja melodinya, mainkan berulang-ulang. Biar ia meresap ke dalam tulang anda. Biar ia menjadi sebati dalam diri anda.

Ingat ya, mainkan berulang-ulang.

Kemudian, bila anda sudah bosan, letakkan saja gitar itu. Pergi buat aktiviti lain.

Aik, itu aje? Tak rugi ke melepaskan ia pergi, tanpa rakam?

Relaks. Biar saja ia ‘pergi’.

Tunggu sekurang-kurangnya 3 hari (paling baik seminggu), cuba mainkan balik irama anda itu. Ingat balik tak?

Jika ia ‘datang balik’, bermakna lagu itu mempunyai makna untuk diri anda.
Jika ia ‘hilang’, lepaskan saja ia pergi. Ia tidak menusuk ke jiwa anda.

Baru anda rakamkan demo kasarnya.

Analogi Cinta

Seperti bercinta, anda ‘lepas’kan si dia pergi untuk seketika. Mengikut kajian, jika anda masih teringat dan mencintainya lebih dari 9 bulan, itu benar-benar cinta, bukan sekadar ‘crush’ (ala-ala cinta monyet). Inilah analoginya.

Tapi, tanya anda, kalau idea tu betul-betul best, takkan nak biarkan saja?

Kalau ia betul-betul best, mesti anda ingatkan?

Tapi katakanlah anda memang tak ingat idea best itu, biarkanlah ia pergi. Sama seperti cinta, si gadis yang hanya indah pada rupa, tapi tidak semestinya melekat di hati kita.

Ideanya sebegini

Cara ini bukanlah untuk mencari idea yang terbaik yang boleh anda hasilkan, cuma untuk menghasilkan ilham yang paling bermakna untuk diri anda.

Dalam pengalaman saya, 80% idea yang best bagi saya, saya akan ingat.

Cubalah.

 

  
      

PERCUMA!