Pelancaran Single Muadz Roslan : Ku Kan Pergi

Bermula sistem baru ini, label SV akan menerbit satu single untuk setiap musim (3 bulan).

Saya secara peribadi, mengenali Muadz pada final Musim 6, pada akhir Ogos 2017.

Ketika itu Muadz menawarkan diri untuk menjadi pengerus Majlis (MC).

Dari ketika itu lagi, saya nampak dia seorang yang sangat komited dan ‘passionate’, ciri-ciri seorang yang boleh pergi jauh.

Tak nampak bakatnya nyanyian lagi.

Sehinggalah ini, submisi mtnk musim 7 :

Teruskan Bacaan....»

Single SV : Mimpi oleh Arm Ariey

Setelah hampir 3 tahun, akhirnya pihak SV mengeluarkan single terbaru nyanyian Arm Ariey, berjudul Mimpi.

Ciptaan Zainal Zulia, dan lirik oleh Shah Aspura.

 

Profil Ariey Arm

Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian sejak kecil mendorong Ariey menyertai pertandingan pentas Bintang Kecil (2001),sekaligus mengaktifkan diri di peringkat sekolah dengan menyertai pertandingan nasyid dari usia 10 tahun & memenangi tempat ke-2 di peringkat negeri.

Teruskan Bacaan....»

Bidara Tak Berduri – Kupasan Lirik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Warga Sajakiri..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Komposer Zainal Zulia kerana sekali lagi memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis lirik dalam lagu beliau.

Yang kedua, terima kasih kepada seluruh Warga SV yang menyokong dan memeriahkan komuniti ini. Yang ketiga, jom layan lagu terbaru dari Sajakiri..

 

Bidara Tak Berduri

Dimanakah Kunci..Pintu-Pintu Ilham?
Ingin Aku Terbang Mencari Jawapan
Yang Membawa Aku Hampir Kepadamu
Dan Memujuk Waktu Untuk Menungguku

Mungkinkah Kau Sedang Menanti
Di Pohon Bidara Yang Tidak Berduri
Episod Terakhir Dalam Hidup Ini
Tak Akan Sempurna Andai Kau Tiada

Dimanakah Aku..Berdiri Menunggu
Di Ketika Waktu Tiada Penghujung
Dan Mungkinkah Aku Akan Bersamamu
Di Episod Akhir Dalam Hidup Ini

Dimanakah Kunci..Pintu-Pintu Ilham?

Lagu : Zainal Zulia
Lirik : Shah Aspura
Artis : ???

Teruskan Bacaan....»