Pelancaran Single Terbaru SV : Anak Perang oleh Ryan Hussain feat Shauqi Ashad

Kami akan menerbitkan single baru setiap 3 bulan, berdasarkan i) bakat (mata dalam pusingan), dan komitmen (menyelesaikan tugasan mingguan dengan menerbitkan video YouTube).

Jadi ini adalah produk terbaru.

 

Kegigihan Ryan

Ryan menyertai Sajakiri pada April 2017 lagi, dan menyertai ujibakat sebanyak 7 kali :

Pencapaian
Ke-4 SVM9(B)
Naib Juara SVM9(A)
Ke-10 SVM8(B)
Ke-4 SVM7(A)
Finalis SVM6
Ke-3 P3M6
Ke-3 P2M6
Ke-6 P1M6

Beliau seorang yang sungguh rajin. Saya teringat katanya, dia menyertai pertandingan bukan untuk memenangi single sebenarnya, tapi lebih kepada belajar dan terus belajar dari komen SVian dan Juri Pro dalam setiap pusingan.

Mungkin dari situ Ryan mula mengenal julat vokalnya yang sebenarnya, iaitu tenor. Saya sebagai salah seorang juri pro juga sering menegurnya untuk supaya memilih key yang sebenarnya iaitu tenor, tapi Ryan pada mulanya tidak berkeyakinan untuk memilih tenor, kerana selesa dengan baritone.

Tapi masalahnya dengan Baritone, tona vokalnya tidak keluar. Boleh lihat di sini :

Teruskan Bacaan....»

Pelancaran Single Muadz Roslan : Ku Kan Pergi

Bermula sistem baru ini, label SV akan menerbit satu single untuk setiap musim (3 bulan).

Saya secara peribadi, mengenali Muadz pada final Musim 6, pada akhir Ogos 2017.

Ketika itu Muadz menawarkan diri untuk menjadi pengerus Majlis (MC).

Dari ketika itu lagi, saya nampak dia seorang yang sangat komited dan ‘passionate’, ciri-ciri seorang yang boleh pergi jauh.

Tak nampak bakatnya nyanyian lagi.

Sehinggalah ini, submisi mtnk musim 7 :

Teruskan Bacaan....»

Pelacancaran MV Animasi : Kau Tak Pernah Tahu oleh Sam Muhammad.

Februari 2013

Sam Muhammad memenangi lagu pada awal 2013 lagi, iaitu sebagai Juara Sajakiri Vokal Musim 1.

Ini video pertama kami:

Terimakasih kepada Zukhri Mustapha, videographer yang menaja video ini.

Video ini mencapai tontonan sehingga 75,000!

Teruskan Bacaan....»

Perubahan Format

Sebelum ini, juara kami terus menangi single, buat rakaman, muat-naik dan terus berlalu begitu saja.

Jadi apa beza format kali ini?

Format SV
(terkini pada 17 Julai 2018)

Teruskan Bacaan....»

5 Sebab Mengapa Anda Mesti Sertai Pertandingan SV

Apa faedah menyertai pertandingan SV?

Pada mulanya, Sajakiri ini ditubuhkan sebagai platform untuk saya berkarya. Apabila cukup 20 buah lagu,  saya terfikir, elok juga ya buat pertandingan nyanyian.

Lantas saya menukar nama laman ini menjadi Sajakiri-Vokal.

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penyanyi amatur di seluruh negara.

Saya tanya mereka, apa yang mereka dapat dengan menyertai pertandingan seumpama ini?

Ini jawapan komposit mereka.

Teruskan Bacaan....»