Kupasan Karya 1 – Rafik : Harapan (Hope)

Terimakasih kepada Rafik yang menjayakan Temubual Kupasan Karya 1 ini, mengupas karya terbarunya “Harapan’ (Hope), hasil kolaborasi bersama 9 rappers, bersama vokalis One Nation Emcees, Mimi.

Bertemakan KKP sempena Covid 19 ini, lagu ini membicarakan harapan dan semangat manusia mengharungi dugaan berkuarantin ini.

Aku seronok dapat mengupas cerita di sebalik lagu; bagaimana inspirasi terjadi, pemprosesan rakaman dalam talian, serta apa saja trivia berkaitan.

Buat pengatahuan semua, Rafik merupakan mentor aku, yang banyak membantu aku dalam membina studio di rumah, sekitar 2008 dulu. Dimana, secara tidak langsung, memungkinkan aku membina Sajakiri Music hasil dari studio itu.

Jadi, Rafik merupakan karyawan pertama yang aku temubual untuk siri ini, sebagai tanda penghormatan ini.

Nota kaki: Terimakasih kepada JD (Studio 2105) juga, kerana mengilhami aku untuk buat projek ini, kerana JD dulu berniat untuk menemubual aku untuk berbicara mengenai karya aku yang dibikin di studionya.

Diharap ini akan jadi permulaan yang baik untuk semua.

Teruskan Bacaan....»

Temubual SV : JD dengan ‘Direct Access’nya

Mengenali JD

Saya mengenali JD, semestinya dari band tersohornya, Pop Shuvit.

Tapi perkenalan peribadi adalah pada sekitar 2007, dimana ketika itu saya sedang menyiap single band saya, iaitu TuLanG, dengan lagu berjudul ‘Syahid’.

Baru menyiapkan rakaman di studio lejen, Kings Studio, Petaling Jaya. Pakej rakaman itu siap dengan adunan (mixing) sekali.

Tapi kami bertiga (saya, Ken dan Jaja) tidak berpuas hati dagan adunan tersebut, kerana ia berselerakan rock kapak 90-on.

Lalu Jaja mencadangkan JD, dimana hasil produksinya, ‘Itu Kamu’ oleh Estranged sedang meletup ketita itu (malah memenangi Anugerah Juara Lagu 2008).

Kami merasakan adunannya lebih ‘edgy’ (terkini), kemas dan moden.

Jaja, yang ketika aktif di forum Jamtank, memberitahu ia adalah hasil kerja salah seorang moderatornya, iaitu pemilik Studio 2105, JD Wong.

Ketika itu, tidak terlintas pun bahawa beliau adalah orang yang sama dengan gitaris Pop Shuvit!

Teruskan Bacaan....»

Temubual SV : Syahir Miswan dari Longan Garage Studio

Temubual SV muncul kembali!

Setelah 5 tahun terhenti, kini kami mewujudkan kembali Temubual SV (dulu bernama Temuramah / Interviu SV).

Kali terakhir ia dijalankan adalah pada Ogos 2013, bersama komposer tersohor Azlan Abu Hassan.

Kami ada menemuramah: Rafikoncept, Zulkif Headwind, Karl Cromok, JD Pop Shuvit serta Rosli Ahmad.

Ketika itu saya mencari pemuzik / konposer yang saya minati. Insyaallah selepas ini saya akan menemubual penyanyi pula (dah nama Sajakiri Vokal kan).

Apa yang berbeza kali ini juga, kami menaiktaraf formatnya dari sekadar audio, ke yideo dan audio berkualitinggi.

Kali ini saya bermula dengan rakan seperjuangan SV, iaitu Syahir dari Longan Studio.

Saya mengenali Syahir 5 tahun lalu, hasil intro daripada Abang Rosli Ahmad, sebagai seorang pemain gitar sesionis.

Setelah mengenalinya dengan lebih dalam, Syahir juga terlibat dalam VoxScape serta Malaysian Youtubers  sebagai penyelaras.

Kini Syahir fokus sepenuh masanya pada servis produksi muzik di studio miliknya, Longan Garage di Cheras.

Teruskan Bacaan....»

Temuramah : Zulkif Headwind [PERCUMA]

Abah saya yang memperkenalkan pada saya gitaris hebat ini ketika saya kanak-kanak lagi. Ketika itu Zulkif menerbitkan album gitar solonya.

Teruskan Bacaan....»

Perjalanan Seni SV Juhairi Rasimin

Saya Juhairi Rasimin, berasal dari Keningau, Sabah. Berkelulusan Bachelor in Management ( BIM ) (H), Open Universiti Malaysia ( OUM ).

1. Pembabitan dalam bidang seni

Mula berkecimpung dalam bidang nyanyian dan muzik ketika berumur 12 tahun iaitu pada tahun 1983. Ketika berada dalam tingkatan 2 pada tahun 1985, saya menyertai pertandingan nyanyian buat kali pertama. Walau pun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut tetapi ianya merupakan titik tolak kepada saya untuk terus bergiat dalam bidang seni. Walaubagaimana pun kegiatan seni saya tidaklah begitu aktif disebabkan kekangan masa dan lebih menumpukan bidang pelajaran. Biar pun begitu saya sekali-sekala meluangkan masa untuk menyanyi di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, parti perpisahan dan sebagainya.

Ketika belajar di kolej di Kota Kinabalu, saya menyertai Koir tetapi tidak lama disebabkan saya berpindah dan belajar di salah satu Kolej di Negeri Sembilan selama 3 tahun. Kegiatan seni saya agak terhad disebabkan kesibukan belajar walaubagaimana pun saya sekali sekala menyertai tarian kebudayaan peringkat kolej.

Apabila saya menamatkan pengajian di kolej pada tahun 1995 dan memulakan tugas pada tahun berikutnya, boleh dikatakan kegiatan seni saya agak terhenti disebabkan kesibukan tugas. Sehinggalah pada tahun 2002 saya mula aktif menyanyi di majlis-majlis keramaian. Selepas 28 tahun barulah saya berpeluang semula untuk mengikuti pertandingan nyanyian. Hanya pada 2013 saya pernah menjuarai pertandingan menyanyi walaupun hanya di peringkat Komuniti.

Teruskan Bacaan....»