Interpretasi Lagu Gemuruh [Search dan Wings]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa pernah dengar lagi ni? Lagu ni cerita pasal ape yek? Mungkin ada yang perasan, ada jugak yang tak perasan, atau pun tak peduli pun sebab yang penting dapat melalak kat karaoke/smule sambil budget2 awieee..

Jom layan balik lagu ni, sambil menghayati liriknya. Ada beberapa versi tafsiran di google oleh orang2 yang berlainan. Boleh dikatakan hampir sama, walaupun ada sedikit perbezaan. Kali ni aku pulak nak menginterpretasikan lagu ni. Sebelum tu, aku nak cakap awal-awal yang artikel ini mengandungi unsur-unsur 18 SX..

 

Ingin Belajar Vokal?

 

Gemuruh [Search dan Wings]

Lagu : M Nasir
Lirik : Loloq

Di Dalam Gerimis Penuh Rahmat..Dia Tersentuh
Cendawan Akrab Sesegar Pagi..Nan Permai Damaikan
Tunggul Di Pinggir Rimba Lantas Mendambakan
Cinta Sempurna Dari Jiwa Bakal Surinya

Di Dalam Kelambu,Mendung Ungu..Dia Kesali
Hilang Kayangan, Pedoman,Ikhtiar Dan Arah
Persis Si Buta Mengangankan
Hidup Sederhana
Menjamahi Hari-Hari..Mimpi-Mimpinya

Sendiri Meratapi..Sekalungan Sengsara
Dan Menelan Sisa Pahit Maung Madah Pujangga
Terbukti Kasihnya Hanya Serampang Berbisa
Menguntum Gerigis Besi,Kaca dan Pawaka

Tak Tersedar Menyeresapi
Ke Pusar Keinsanan
Membibitkan Titis-Titis
Sepekat Warna Darah Dan Dosa

 

 

Tafsiran Lirik

Di Dalam Gerimis, Penuh Rahmat..Dia Tersentuh”

Di dalam gerimis, ketika hujan renyai-renyai, ada 2 orang yang sedang bercinta. Dan ketika berdua-duaan mereka dipujuk oleh syaitan untuk melakukan maksiat. Walaupun cuba menahan, akhirnya si lelaki “tersentuh” sesuatu kepunyaaan seorang gadis yang sebelum ini belum pernah “disentuh” .

 

“Cendawan Akrab Sesegar Pagi, Yang Permai Damaikan”

Bagaikan cendawan akrab(sepasang cendawan) yang segar di waktu pagi. Ia sememangnya satu pemandangan yang indah dan permai. Jarang sekali “bukit berkembar” milik setiap wanita itu gagal memikat mata lelaki. Perhiasan itu sepatutnya disimpan sebaik-baiknya kerana lelaki sanggup membayar harga yang tinggi hanya untuk melihatnya, apatah lagi untuk menyentuhnya.

 

Ingin Beli Mikrofon?

 

“Tunggul Di Pinggir Rimba..Lantas Mendambakan,
Cinta Sempurna, Dari Jiwa..Bakal Surinya”

Maka “Tunggul” a.k.a “Tongkat Ali” di pinggir rimba(barangkali sudah lama tidak ditebas) sudah tidak keruan lagi apabila tersentuh “Cendawan Akrab”. Lantas dia pun mendambakan “Cinta Sempurna” bakal surinya.

Ketika inilah dialog ini berlaku seperti yang sering kita dengar di dalam cerita-cerita melayu..

Ali : Betulke u cintakan i?
Tipah : Betul sayang..
Ali : Apa buktinya..
Tipah : I sanggup serahkan segala-galanya..
Ali : (Senyum Jahat) ada tanduk keluar..

Dan akhirnya tertewas juga mereka dengan pujuk rayu Syaitan.

 

“Di Dalam Kelambu, Mendung Ungu..Dia Kesali”

Bila dah diserahkan “segala-galanya”, barulah dia menyesal.

 

“Hilang Kayangan, Pedoman, Ikhtiar dan Arah”

Hilang dah mahkota yang selama ini dipertahankan.Bila sudah ditebuk, barulah dia menggelabah hingga tak tentu arah.

 

“Persis Si Buta Mengangankan, Hidup Sederhana
Menjamahi Hari-Hari..Mimpi-Mimpinya”

Masa depan dah gelap. Hingga dah tak mampu mengangankan saudagar kaya apatah lagi putera raja sebagai calon suami. Cukuplah seorang penggali kubur asalkan sanggup menerima dirinya.

 

“Sendiri Meratapi, Sekalungan Sengsara”

Time ni lelaki tu dah tinggalkan dia. Tinggallah dia sendiri meratapi kebodohannya.

 

“Dan Menelan Sisa, Pahit Maung Madah Pujangga”

Sekarang madah pujangga yang lelaki tu berikan dah jadi pahit. Kalau dulu lelaki tu beri puisi la, lagu la, pickup line la..sekarang dia dah kena tinggal. Kalau dulu macam-macam pickup line dia bagi..cia cia cia..sekarang bila dah dapat dia chow,chow,chow..

 

“Terbukti Kasihnya Hanya Serampang Berbisa
Menguntum Gerigis Besi,Kaca dan Pawaka”

Sekarang baru dia sedar bahawa dia telah terpedaya dengan manifesto seorang lelaki. Terbukti kekasihnya memang puaka. Sekarang dia yang kena tanggung akibatnya sendirian.
Tipah Tertipu Bang!

 

“Tak Tersedar Menyeresapi, Ke Pusar Keinsanan”
Membibitkan Titis-Titis..Sepekat Warna Darah Dan Dosa”

 

Ingin Buat Rakaman Single?

 

Tak tersedar mereka hanyut dalam pelayaran di lautan cinta sehingga tersesat ke “segitiga bermuda” milik gadis itu. Maka terhasillah titis-titis “darah putih” yang tidak terkira banyaknya.Diantara berjuta “darah putih” yang berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, ada yang berjaya meneruskan perjalanan dan menyeresap hingga ke Pusar Keinsanan. Maka terciptalah seorang lagi insan yang mungkin akan memulakan hidupnya di dalam mangkuk tandas.

Sekadar Interpretasi.Mungkin tafsiran ini ada yang betul dan ada juga yang silap.Maksud sebenar lagu ini hanya penulis lirik yang tahu.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Rosli Khamis a.k.a Loloq

Sekian,Terima kasih

-Shah Putra-

  
      

PERCUMA!