Kelas Vokal SV

 

 

Anda Selalu Nyanyi Lagu Tak Sampai?

 

Anda Keliru : Kadang boleh menyanyi baik, kadang hancur?

 

Anda Tidak Mengenal Julat Vokal Sendiri?

 

 


 

 Format Kelas :

 

Maksimum :
4 Pelajar

 

  • Untuk lebih fokus kepada pelajar.
  • Untuk mengenal julat dan stail nyanyian anda.
  • Diiringi instrumen sebenar supaya anda boleh menyanyi secara live.

Durasi Kelas :
2 Jam

 

  • Purata : 24 minit berkumpulan,
    dan 24 minit solo.
  • Kelas akan diadakan di studio muzik.
  • Akan diadakan di sekitar Lembah Klang.

BONUS :
Latihan Vokal

 

  • Mengikut format pertandingan SV, cuma pilihan lagu adalah bebas.
  • Merupakan Latihan ‘follow up’ SELEPAS kelas.
  • Anda boleh menyertai 3 Pusingan,

 

 

 Kelas Vokal
oleh Shahrul di Studio. 

Persembahan Cikgu Shahrul !

 

Mengapa Anda Harus Hadiri?

– Dengan mengenali julat vokal sendiri,
anda akan menemukan lagu yang sesuai dengan vokal anda.
– Anda akan mengenali stail nyanyian anda sendiri, dan tidak lagi mengikut membabi-buta.
– Kami juga akan menekankan teknik persembahan live anda.

Jadual Kelas

 

Bila?

Ahad, 22 Jan
Ahad, 5 Feb
Ahad, 12 Feb
Ahad, 17 Feb
*sila pilih

11 pagi (2 Jam)

 

Kekerapan :
Sebulan 2 Kali

 

Di mana?
Audiolabs-Studio,

61-2, Jalan PJU 5/20,
ENCORP Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia

Bilangan Pelajar

4 per kelas

Format Kelas

– Kami akan mengenal kelas julat vokal anda setiap seorang.
– kelas akan diiringi gitar/piano oleh komposer SV, Zainal Zulia.
– anda harus menyanyi lagu SV dan lagu kegemaran sendiri.

Biodata Cikgu Shahrul :

 

rsz_shahrul

 

  • Umur : 36 (2016)
  • Pendidikan : Pemegang ijazah dalam Graphic Design
  • Objektif:
    Sangat berminat untuk membantu peserta2 di dalam SV ini bagi mengembangkan bakat yang sedia ada di dalam teknik2 nyanyian.

 


Pengalaman

 

  • Pengalaman lebih daripada 10 tahun.
  • Pernah menyertai kumpulan koir penyanyi terkenal tanah air Hazami di Anugerah Industri Muzik sebanyak dua kali serta persembahan di Hotel Istana
  • majlis bersama Tuanku Agong,
  • back up koir Fazli Zainal di Anugerah Juara Lagu ; lagu Harapan,
  • back up Mawi dan Ramli Sarip di Anugerah Industri Muzik ; lagu Iqra,
  • pernah membuat back up recording untuk satu lagu di dalam album mawi,
  • berpengalaman membuat persembahan maulid qasidah di beberapa negeri seperti Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu.
  • Persembahan terakhir di PICC putrajaya untuk back up kumpulan Inteam di dalam Anugerah Nasyid 2015 menerusi lagu baru mereka “iman dan amal”. Program tersebut dibuat secara langusng menerusi tv al hijrah
  • Pencapaian dalam SV:
    Menjadi juara di dalam pusingan P5 dengan menyanyikan semula lagu Sering Tertanya dan merupakan penyanyi asal lagu ini.

 

BONUS – Latihan Vokal Online 

 

Format

– Anda akan submit video nyanyian (lagu bebas).
– mengikut format pertandingan SV, nyanyian anda akan dikomen oleh peserta lain.
– anda akan dapat menyertai dengan 3 pusingan (1 pusingan adalah 2 minggu).

 

Bagaimana Latihan Ini Membantu Anda?

– Selepas mengikut kelas di atas, ini peluang anda untuk mempraktikkan.
– anda mempunyai 3 pusingan untuk menyertai, dan peluang untuk memperbaiki nyanyian anda setiap pusingan.
– dapat mengenali ramai rakan seperjuangan, dimana mereka juga akan membantu anda dengan memberi feedback yang membina.

 

 

 

 

Berapa Harganya?

Ingin Tahu Harganya? Sila

Belum Daftar?


Ada Soalan Lain?

Satu Komen

  • puteri norshamira June 3, 2017   Balas

    Saye ade belajar vokal sendiri di rumah tetapi saye keliru dengan suara saye sama ade sedap atau tak.boleh anda bantu saye.

Tinggalkan Soalan / Komen...