Kenapa YouTube Penting untuk Artis?

Pada musim 1,2,3 dan 4, siapa Juara terus berpeluang merakamkan single. Tapi saya belajar, cara ini terlalu simplistik: tiada langsung promosi sendiri dari pihak mereka.

Silap saya sendiri kerana terlalu mengharapkan mereka sepenuhnya.

Selepas saya bereksperimen dengan cara biayasama (crowdfmding) juga tidak berjalancar kerana mendapati agar sukar meminta orang ‘duit’ kecuali Muadz Roslan, Juara Musim 6, dimana dia berjaya mengumpul RM2,000 ntuk singlenya.

Jadi dari situ saya nampak ia tidak diteruskan kerana ‘probability of success’ nya sangat rendah.

Jadi apa format terbarunya?

Saya berjumpa dengan beberapa pengedar digital, dan belajar bagaimana untuk menjana pendapatan di internet.

Saya juga belajar yang pengguna ‘dah tak beli CD’, malah mp3 sekalipun. Mereka lebih gemar melalui ‘streaming’ seperti Spotify.

lni pun taklah banyak artis dapat.

Jadi dari mana artis dapat pendapatan?

Salah satu cara yang popular, adalah menggunakan platform Youtube.

Dengan menggunakan pengedar digital bertauliah, bila anda muat-naik lagu original anda (lagu saduran tak boleh), anda akan mendapat ‘Content ID’.

 

‘Content ID’ ini berfungsi sebagai cap jari lagu anda.

Jadi bila ada orang lain nyanyikan lagu ori kita sebagai covennya, robot YouTube akan mengesan melodi tersebut (meskipun lain versi dan susunannya).

Jadi setiap pendapatan pengiklanan dari lagu tersebut, akan ke poket kita, walaupun video tersebut bukan hasil kerja kita.

Nota: semestinya video ori yang kita muat-naik pun akan menjana pendapatan ini.

Jadi cubayangkan jika lagu ori ini meletup dan hit (pendapatan terus kita dapat, dan jika pihak lain cover dan viral juga, kita akan dapat pendapatan besar).

Insyaallah, dari sini, radio sendiri akan memainkan lagu kita tanpa dipinta. Royalti MACP, dan permintaan persembahan juga akan meletup.

 

Oleh kerana, YouTube adalah “permulaan segalanya, di zaman internet ini.

Kerana itulah, saya mewujudkan pertandingan versus di antara Juara setakat ini.

Kesimpulannya, adalah penting kehadiran si Juara ini di media sosial, beribu pejabat kan YouTube.

  
      

PERCUMA!