Kepada Juara!

Senario Muzik Masa Kini

Sejak zaman internet bermula 30 tahun lalu, banyak industri berubah ekosistem. Kita menjadi lebih demoratik.

Dahulu, pilihan kita dikawal oleh orang tengah (gatekeepers).

Mereka inilah yang menyaring, membuat pilihan dan pakejkan barangan kepada umum.

Seterusnya, umum hanya akan dapat memilih apa yang tersedia sahaja.

Sekarang, internet telah mengurangkan kuasa ‘orang tengah’ tersebut, dengan memberi akses terus diantara pengeluar dan pengguna.

Pengeluar boleh berkomunikasi secara langsung dengan pengguna, dan ini akan menguntungkan pengguna untuk jangka panjang.

Bagaimana Ini Berkaitan Dengan Industri Muzik?

Sebelum internet, label rakaman yang bertanggungjawab mencari bakat baru, sebelum digilap dan dipersembahkan kepada umum.

Selepas internet, kaedah ini tidak lagi berlaku.

Label masih wujud, tapi peranan mereka semakin kecil;
sebagai pemangkin kepada karier artis tersebut sahaja.

Apa maksud pemangkin karier?

Label tidak lagi memandang (kekadang tak tengok langsung pun) bakat semata, mereka lihat pengaruh anda di media sosial.

Lebih ramai pengikut, lebih menarik anda di mata mereka.

Saya tidak kata ini adil ataupun wajar. Tapi inilah dia sistem sekarang.

Baru-baru ini ada isu pelakon bermutu tapi rendah pengikut Instagram, tidak dapat peluang berlakon sepertimana si pelakon yang hampeh, tapi punyai pengikut yang ramai.

Ini sebenarnya mudah difahami, mereka mahu ramai menonton cerita mereka, oleh kerana itu mereka mengharapkan pengikut yang ramai akan menontonnya.

Jika anda seorang pelabur, adakah anda akan memilih ;
i) produk yang sudah terbukti boleh dijual, ataupun
ii. produk yang tiada pembeli?

Jawapannya jelas, bukan?

Jadi, apa makna ini semua untuk anda?

Saya sudah menganjurkan Ujibakat SV ini sejak 2012 lagi, pelbagai ragam manusia saya jumpai.

Bakat atau tidak berbakat, ini boleh ditentukan dalam ujibakat.

Tapi ada satu perkara yang konsisten:

Peserta tiada pengikut yang ramai di media sosial.

Ini juga ielas; mereka yang sudah ada pengikut yang ramai tidak akan membuang masa mencari ujibakat dan single baru, kerana label ataupun penaja sendiri yang akan mencari mereka untuk dilaburkan, hanya kerana mereka punyai pengikut yang ramai.

Lebih cepat anda terima, lebih cepat anda boleh maju.

 

Bermaksud, dari perspektif pasaran modal ; anda dikira tiada apa-apa, selagi tiada pengikut, walau berbakat besar macamana pun anda.

 

Saya mahu anda baca penyataan attis 3 kali, dan pandang ke luar tingkap untuk hadam.

Apa yang selalu terjadi dalam ujibakat SV.

 

Sebelum itu, saya mahu ceritakan serba sedikit latarbelakang Sajakiri ini.

Kami adalah label muzik bersaiz kecil. Ini membawa maksud kami bukanlah label penuh, kami hanya sekadar platform yang menyediakan karya dan produk kepada penyanyi amatur.

Dengan erti kata lain, kami TIDAK menyediakan bajet untuk promosi dan pemasaran menyeluruh. Kami hanya menyediakan bajet untuk produksi semata.

Anda mungkin berasa menyesal sekarang (kerana menyertai Sajakiri). Bukankah label muzik harus menyediakan bajet untuk promosi sekali ke?

Saya tanya anda kembali; berapa ramai pengikut di media sosial anda?

Anda tidak boleh mengelak, suka atau tidak ;

ANDA WAJIB MEMBINA PENGIKUT MEDIA SOSIAL ANDA!

Saya tak kata anda harus bersama kami, (walaupun kita akan cuba bantu ke arah itu).

Buat sendiri pun takpe. Cuma saya berpendapat jika kita kerja berpasukan adalah lebih baik.

Yang penting buat.

Kesilapan majoriti Juara SV.

Setelah menganjurkan berbelas siri ujibakat, pengalaman saya menemukan ini majoriti berasakan pembinaan konten dan pengikut ini BUKAN TUGAS MEREKA,

Ini sepatut kerja label rakaman.

Ramai juga ‘terkejut’ dengan perkara ini.

Dan mereka memutuskan untuk keluar dari Sajakiri.

Ini tiada masalah jika mereka memilih jalan untuk membina pengikut sendiri.

Tapi yang tragis (ataupun lawak sebenarnya) : mereka mahu mencari label lain untuk dipertanggungjawabkan ini.

Ingat tak penyataan saya di atas?

“Tanpa pengikut, anda tiada nilai di mata label besar”.

Mereka akan meminta anda buat benda sama: bina konten dan pengikut.

Label besar? tak perlu berangan

Tak kira sebesar mana pun bakat anda!

Pilihan yang Anda Ada

Pilihan 1. Tidak Mahu Bina konten dan pengikut

Ini adalah satu pilihan yang baik. Ini menunjukkan yang anda menyertai uiibakat ini suka-suka, sekadar menguji sejauh mana tahap anda dalam bidang nyanyian.

Tahniah anda memang berbakat. Tapi itu sajalah.

 

Pilihan 2 : Anda mahu bina konten dan pengikut, tapi bukan bersama Sajakiri.

Saya faham jika anda tidak perlukan pihak lain untuk beritahu apa yang harus anda lakukan. Anda ingin kebebasan, dan buat sendiri semuanya.

Ini juga satu pilihan yang ada. Tapi sebelum itu, saya mahu anda tahu apa yang anda “miss” :

a)  Sajakiri ini tiada kontrak eksklusif  : ini bermakna anda bebas melakukan aktiviti seni tanpi diikat.
buat persembahan, sertai ujibakat lain, buat konten video-rakan single sendiri. ini semua tiada masalah
di pihak kami.

Malahan kami galakkan juga ini, kerana kami pun mahu anda aktif melakukan kegiatan seni.

b) Sokongan dari kami :Bukan saja kami tidak ikat anda secara eksklusif (bermakna tidak boleh bekerjasama dengan pihak lain), malahan saya sendiri akan adakan senarai periksa (checklist) untuk memastikan anda terus aktif.

c) anda berpeluang merakam single sendiri : jika mendapat tontonan / suka . komen tertinggi pada video saduran anda.

Siapa lagi mahu tak single kan.

Jika tak berjaya, anda boleh cuba dan cuba lagi. Produksi muzik ditaja oleh kami.

d) berpeluang membangunkan saluran Youtube sendiri : Kami akan beri panduan daripada segi pembinaan konten, dan akan menyerah anda, jika perlu.

e) Berkenalan dengan ramai orang : kami punyai ratusan pengikut, serta kerap mengadakan perjumpaan dari masa kesemasa, demi menguatkan silaturahim.

Kesimpulan – anda boleh bergerak sendiri jika anda mahu, tiada siapa menghalang.

Tapi untuk kebanyakkan orang, mereka perlukan persekitaran, sokongan dan dorongan untuk ke aras lebih tinggi. .

Pilihan di tangan anda. Terpulang.

 

Kami ada di sini.

Sila tonton video untuk langkah seterusnya.

  
      

MARI SERTAI!