Nina – Juara Pusingan 1 Musim 4

Reviu Tim SV

8.67 / 10 Tim SV
{{ reviewsOverall }} / 10 Mata (15 Tamu SV)
Kelebihan
Penghayatan, lontaran vokal, sebutan, vibrato, pic, tempo, persembahanan, kesemuanya secukup rasa. Anda adalah Peserta favourite untuk memenangi Pusingan 1 Musim 4 ini. Rata-ratanya Juri SV juga bersetuju.
Kekurangan
Tiada kelemahan ketara, tapi ada kemungkinan anda mungkin bernasib baik kerana key lagu ini sangat sempurna dengan julat vokal anda. Maksud kami, bagaimana jika lagu ini dalam key lelaki? Bukan kata anda tidak boleh, hanya belum diuji.
Diharap Nina akan terus menyertai Pusingan seterusnya, kerana anda menaikkan kualiti persaingan secara sihat, dan kami mahu melihat anda menyanyi genre berlainan juga.
Pic & Tempo
Penghayatan
Persembahan

Latar Belakang

Nina Pelez adalah juara Pusingan 1 Musim 4 ini. Berasal dari Teluk Intan, gadis genit berusia 22 tahun ini, berstatus pelajar Unisel cawangan Bestari Jaya, mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, yang akan mengambil setahun lagi untuk habis.

Nina mendapat sokongan keluarga untuk menyanyi, malah ibunya sendiri yang menemukan laman Sajakiri Vokal ini untuknya, dan memintanya untuk mencuba nasib di sini.

Ditanya mengenai latar-belakang muziknya, katanya, dia tidak mendapat apa-apa pendidikan formal, dan hanya bersandarkan i) YouTube untuk mempejari teknik nyanyian asas, dan juga ii) maklum balas (feedback) rakan-rakan baiknya apabila menyanyi.

Aktiviti Muzik

Mengenai aktiviti muziknya, kini Nina agak kurang aktif berbanding tahun-tahun sudah, kerana ahli band yang mengiringnya sudah habis belajar di Unisel. Jadi untuk mencari anggota baru agak sukar, apatah lagi dia sendiri akan habis belajar tahun ini.

Anda boleh lihat Saluran YouTube di sini.

Cadangan Penambah-baikkan

Mengenai cadangan penambahbaikkan SV, Nina mencadangkan agar SV membuat ujibakat secara terbuka di studio. Kerana baginya, orang akan lebih mengambil serius jika ini diadakan, berbanding dengan 100% online.

Baiklah, ini kami akan fikirkan. Terimakasih atas cadangan.

Pandangan Mengenai Peserta Lain

Untuk Peserta lain pula, katanya mereka haruslah meneliti lagu yang sesuai, bukan sekadar ambil semborono sebarang lagu, dan terus rakam. Harus mengenal sendiri lagu mana yang paling kena dengan vokal.

Berbanding peserta lain juga, Nina menghafal lirik (berbanding membaca lirik), kerana baginya, ini lebih memudahkan penghayatan lagu. Tidak hairanlah persembahannya sungguh ‘feel’ sekali.

Rakaman Temuramah

 

Pautan

  
      

PERCUMA!