Pelacancaran MV Animasi : Kau Tak Pernah Tahu oleh Sam Muhammad.

Februari 2013

Sam Muhammad memenangi lagu pada awal 2013 lagi, iaitu sebagai Juara Sajakiri Vokal Musim 1.

Ini video pertama kami:

Terimakasih kepada Zukhri Mustapha, videographer yang menaja video ini.

Video ini mencapai tontonan sehingga 75,000!

 

6 Bulan Selepas Itu

6 bulan selepas itu, videographer perkahwinan terkenal, Cairell Marwan pula, mahu menaja video klip pertama lagu ini, atas alasan sangat menyukai lagu ini.

Ini teaser seminitnya :

Walaubagaimanapun, atas sebab tertentu, Cairel tidak meneruskan (mmgkin terlalu sibuk) dan hanya mendiam­kan diri, walaupun sering diasak oleh Sam.

“Penat je aku naik motor pergi balik Segamat-Shah Alam-Segamat dalam hujan”, keluh Sam.

 

Tahun 2017

Fathurazin, bekas pelajar saya (saya cikgu Addmath), kini dalam jurusan ‘graphic designer’, ingin menggunakan lagu ini untuk membuat projek animasi statiknya.

Inilah hasilnya ;

Walaupun hasil ini baik, kami tidak merancangkan untuk menerbitkannya secarasmi. Cukup sekadar Fathurazin dapat submit projek ini untuk pengajianya, dengan separuh lagu.

 

Tahun 2018.

Kai dari VibeArt, adalah kawan lama saya (kami pernah menghadiri kelas Home studio kendalian Oja, 5 tahun lepas), menyampaikan hasrat untuk menjadi pengedar digital rasmi lagu ini, setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk
bekerjasama dengan Sam.

Mengenang lagu ini tak buat apa, dan daripada terperap begitu saja, saya terus setuju serta-merta. Dan meminta Sam menyiapkan cover single dan video klip lirik.

Cover Single

Tetapi Shahril (Shahputra) mencadangkan agar saya menggunakan video animasi sebelum ini, kerana ia lebih segar, trendy dan menarik.

Saya menghubungi Fathurazin; katanya dia memerlukan masa sebulan dua juga untuk menghabiskan. Dan inilah hasilnya :

 

Penghargaan :

  1. Sam Muhammad : kerana terus percaya dengan SV sehingga sekarang.
  2. Shahril (Shah Putra) : kerana menghubungkan saya dengan Kai kembali, dan memberi cadangan  bernas habiskan video animasi ini.
  3. Kai : kerana percayakan Sam dan karya ini, dimana lagu inilah lagu pertama BUKAN produksi beliau yang menjadi edaran labelnya sendiri. Terimakasih.
  4. JD dan Rafik : JD, yang mengadun lagu ini sehinga menjadi ‘bunyi profesional’, serta Rafik yang memimpin vokal Sam sehingga menjadi cemerlang.
  5. Fathurazin : yang memilih dan bertungkus Iumus menghabiskan projek animasi ini, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Semoga murah rezeki.
  6. Zukhri Mustapha : yang mengambil video pertama kami, juga dengan penuh ikhlas. Terimakasih banyak juga.

 

Sajakiri Cover 1

Sebagai pelancaran video Animasi ini, kami mengajukan ‘Sajakiri Cover’, dengan menyanyikan kan lagu ini.

Mari sertainya!
Hadiah Utama : sebuah mikrofon kondenser beb!

  
      

PERCUMA!