Pelancaran Kelas Vokal SV

Salam SVian semua.

Berkurun lama sudah saya tidak menulis secara peribadi. Hampir setahun lamanya. Blog sejak itu hanya terbit sekadar pengumuman, atau penulisan penulis jemputan semua.

Jadi apa khabar semua! Harap sihat-sihat belaka.

Almaklumlah raya sebulan hampir tamat, dan saya percaya ramai yang naik berat badan dek memenuhi undangan rumah terbuka.

Baiklah, moh kita ke inipati Sajakiri Vokal.

Kelas Vokal baru dilancarkan!

Saya baru membeli kibod yang akan digunapakai oleh Cikgu Muadz kita, cikgu vokal pertama SV.

Kelas akan diadakan secara individu, selama 45 minit parsesi, ada 4 sesi secara keseluruhan.

Kelas akan diadakan di LOKASI bysynth, Kota Damansara (WAZE: LOKASI BYSYNTH).

Harga kelas RM 367, atau boleh buat pembayaran3 kali chorus ada kad debit/kredit.

Berminat?

Kelas Vokal

Ini bukan kali pertama SV menganjur kelas vokal.

Kami ada menganjurkannya tahun lepas bersama cikgu Shahrul dan Jaja.

Berbeza dengan tahun sudah, dimana kita mengadakan dalam studio jamming yang besar, serta mengumpulkan semua pelajar dalam satu masa yang sama.

Kali ini lebih intimasi: bilik studio kecil, hanya ada bersama guru vokal dengan kibodnya.

Masa pun lebih lama: 45 minit persesi.

Berminat?

Kelas Vokal

Bonus: beraksi live di pentas Lokasi, dengan membawakan 3 lagu akustik, dibawah latihan kami.

Anda sebenarnya boleh beraksi di situ tanpa perlu ke kelas SV pun, tapi jika anda tidak biasa, saya syorkan dapatkan latihan bersama kami terlebih dahulu.

Satu siri, 4 sesi.

Selesai 4 sesi, anda boleh lagi mengambil siri lain dengan Cikgu vokal lain (selain Muadz, kita ada Shahrul dan Norazrina), jika anda mahukan mendalaminya lagi.

insyallah, kami akan memanjangkan tempoh Kelas ini berbanding sekarang, jika ada keperluan, dan permintaan.

Waktu yang fleksibel

Kelas akan dijalankan setiap Ahad (pagi ke petang). Dan kami mengesyorkan anda mengambil sesi 4 Ahad berturut-turut.

Tapi jika anda ada hal, tak apa, kelas boleh dibawa ke Ahad seterusnya.

Kemudahan pembayaran.

Anda boleh membayar terus Rm367, ataupun boleh buat ansuran mudah selama 3 bulan, iaitu RM 123, asalkan ada kad debit atau kredit.

Mari sertai.

Kelas Vokal

  
      

PERCUMA!