Pelancaran Single Muadz Roslan : Ku Kan Pergi

Bermula sistem baru ini, label SV akan menerbit satu single untuk setiap musim (3 bulan).

Saya secara peribadi, mengenali Muadz pada final Musim 6, pada akhir Ogos 2017.

Ketika itu Muadz menawarkan diri untuk menjadi pengerus Majlis (MC).

Dari ketika itu lagi, saya nampak dia seorang yang sangat komited dan ‘passionate’, ciri-ciri seorang yang boleh pergi jauh.

Tak nampak bakatnya nyanyian lagi.

Sehinggalah ini, submisi mtnk musim 7 :

Saya terpegun dengan tona Ctone), penghayatan (feel) dan teknikal nyanyian. Anda boleh dinilaikan sendiri dengan video di atas.

Semestinya, Muadz menjuarai Musim 7 dengan gayanya.

Biayasama.

Kecemerlangan Muadz tidak terhenti di situ.­Beliau berjaya meraih RM2,000 iaitu melalui proses biayasama (crowdfunding) iaitu menjual ­l00 keping CDnya (secara pra-tempah­) berharga RM20 sekeping.

Muadz berjaya meraih itu dalamasa 3 bulan­ saja. Sekitar Januari sehingga Mac 2018.

lni membuktikan Muadz seorang yang berusaha ­kuat dan sebenarnya ramai ahli keluarga dan ­rakan taulan yang menyokongnya.­

Buat pengetahuan anda, kami terpaksa membatalkan ­kaedah biayasa ini kerana hampir semua Juara lain gagal mencapai sasaran yang sama itu.|

­Tapi Muadz berjaya.

­Pelancaran Single dan Video : Ku Kan Pergi­­

Sebenarnya, lagu ini saya tulis mengenai ­zaman percintaan saya muda-mudi dulu, iaitu wanita
yang saya cinta pergi berkahwin dengan ­orang lain. Kisah cinta biasa-biasa saja.

Tapi Muadz membawa penceritaan lagu ini ke dimensi lain : mengenai adiknya sendiri yang mempunyai Down syndrome.

Bagaimana ia berkait?

Sebangai abangnya, satu kegusarannya mempunyai adik OKU adalah ‘siapa yang akan menjaga dia, jika dia pergi satu hari nanti?

lni persoalanan yang cukup personal untuk Muadz, dan saya sendiri menngalakkan mesej ini kerana saya mahukan artis itu sendiri berasa dekat dengan lagu ini.

Dan inilah hasilnya :

Hasil kerjasama dengan Fero (dari Lokasi), serta kawannya dalam video tersebut – Mohd Firdaus Hashim (ayah), Nur Atikah Abu Hassan (ibu) dan Muhammad Fawwaz Aidean (anaknya), video ini masih dalam kategori video lirik, berjaya memaparkan mesej yang ingin disampaikan Muadz.

  
      

PERCUMA!