Pelancaran Single Terbaru SV : Anak Perang oleh Ryan Hussain feat Shauqi Ashad

Kami akan menerbitkan single baru setiap 3 bulan, berdasarkan i) bakat (mata dalam pusingan), dan komitmen (menyelesaikan tugasan mingguan dengan menerbitkan video YouTube).

Jadi ini adalah produk terbaru.

 

Kegigihan Ryan

Ryan menyertai Sajakiri pada April 2017 lagi, dan menyertai ujibakat sebanyak 7 kali :

Pencapaian
Ke-4 SVM9(B)
Naib Juara SVM9(A)
Ke-10 SVM8(B)
Ke-4 SVM7(A)
Finalis SVM6
Ke-3 P3M6
Ke-3 P2M6
Ke-6 P1M6

Beliau seorang yang sungguh rajin. Saya teringat katanya, dia menyertai pertandingan bukan untuk memenangi single sebenarnya, tapi lebih kepada belajar dan terus belajar dari komen SVian dan Juri Pro dalam setiap pusingan.

Mungkin dari situ Ryan mula mengenal julat vokalnya yang sebenarnya, iaitu tenor. Saya sebagai salah seorang juri pro juga sering menegurnya untuk supaya memilih key yang sebenarnya iaitu tenor, tapi Ryan pada mulanya tidak berkeyakinan untuk memilih tenor, kerana selesa dengan baritone.

Tapi masalahnya dengan Baritone, tona vokalnya tidak keluar. Boleh lihat di sini :

Anda boleh dengar, tona vokalnya tidak menyerlah.

 

Penyertaan Kemenangannya

 

Video klip di Pekan Baru 

Video klip ini dilakukan di Pekan Baru, Sumatera, Indonesia. Ryan sendiri menaja keseluruhan video klip ini (termasuk membawa Shauqi ke sana) menghasilkan video klip bermutu tinggi ini.

Ini membuktikan komitmen tinggi Ryan yang bersungguh menghasilkan karya yang terbaik untuk semua.

(13 SVian)
6.97 / 10 Juri Pro SV
{{ reviewsOverall }} / 10 Mata (13 SVian)
Azhar Imran (Ketua Juri)
1st time sy dgr suara ryan, x pasti bila maybe 3 ke 4 musim lepas. Sy impress. Tone mcm ni mmg ada market. Tp sejak tu, awak pegi backwards. Makin lama makin sy x impress. Maybe awak semakin terlalu cuba nak impresskan org, dia backfired. Awak ada nasal rock tone. Kekalkan benda tu. Bila awak buat2 serak, dia dah jadi fake. Pendengar hanya boleh relate dgn org yg nyanyi melalui jiwa. Jiwa awak dh tersasar, awk cuba nak impress dgn mengeluarkan tone "rock serak". Bagi sy bunyinya mcm kartun jepun budak menjerit. Awak rasa x bila nyanyi lagu ni? Confirm tak. Org lain pon tak.
Ahmad Muadz (Guru Vokal)
Wutt wutt ryan. beb, aku jujur la ngan ko ye ryan. aku rase suara ko tak berat langsung. so pada aku on technical part ko mmg masalah buat aku. setiap attacking voice ko die tade impak. pendengar akan dengar then lupa dah ape yg ko nyanyi. semakin jauh sketch ko lontaran suara ko semakin sempit dan ketat. try to release your mouth/jaw more bigger, then try to lapangkan the way ko releasekan suara ko. ko boleh rase bile ko nyanyi dalam keadaan sempit tu. try tengok balik video ko ni, then cari penyempitan tu berlaku kt mane. aku rase aku ade komen pasal suara ketat n sempit kt penyertaan ko yg lepas, so harapnye ko dapat baiki style nyanyian sebegini. bukan tak sedap ryan, tapi ko boleh bg lagi sedap sekiranya ko dpt kuasai kelemahan yg ni. aku tahu, kite dah biasa menyanyi cara mcm ni tetapi dalam teknik vokal, kite mmg kene fahami teknik yg betul, baiki teknik yg terbiasa tu.
Bagi saya, persembahan ini sungguh baik, penuh penghayatan, boleh jadi sama atau lebih baik berbanding pusingan sebelum ini, dimana anda mendapat tempat ketiga (hampir naib juara juga). Tapi menghairankan, setakat ini Ryan menduduki tempat terakhir kali ini. Mungkin juga kerana saingan kali ini lebih kuat. Tapi apapun, syabas saya ucapkan, bagi pendapat saya, ini penyertaan terbaik anda (sudah 7 kali penyertaan! berkongsi tempat dengan Syakir, dimana korang berdua adalah pemegang rekod SV!).
Pic & Intonasi
Penghayatan
Originaliti
Komen Lain : Tulis Di Sini :
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

Show more
{{ pageNumber+1 }}
  
      

PERCUMA!