Pengalaman Menyanyi : Papa Kamal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya perkenalkan diri saya Kamal Hairy Abd Karim, ahli Sajakiri Vokal dari awal tahun 2016. Saya ingin berkongsi serba sedikit, bagaimana saya mula minat bernyanyi dari bangku sekolah.

Bangku Sekolah

Bermula dari bangku sekolah saya sudah minat menyanyi, tapi masih malu-malu..ha ha ha. Masa itu masih menyanyikan lagu-lagu kanak-kanak dan era-era 80’an, yang bergenre pop dan agak popular masa itu. Masih agak sukar untuk menerima lagu rock kapak yang sedang hangat (hits) ketika itu.

Bila berada disekolah menengah, saya cuba menjinakkan diri dalam dunia muzik rock dan ‘underground’ dan dari situlah bermulanya perjalanan hidup seni saya sebagai pemain gitar bass dalam grup adik-beradik yang dinamakan Black Suede pada masa itu. Empat beradik yang minat dalam muzik bersatu hati dan satu pemikiran. Muzik pilihan kami pada masa itu ialah ‘heavy metal hamster’ (Helloween) dan alternatif rock yang sedang hangat sekitar tahun awal 90’an. Yang menjadi ikutan seperti band Pearl Jam, Nirvana, RHCP, Ugly Kid Joe dan banyak lagi dari dalam dan luar negara.

Gitar Kapok

Kami bermula dari gitar kapok dengan membuat latihan dari rumah. Ketika itu saya masih gemar menyanyi lagu-lagu bergenre pop hingga lah kami sekeluarga berpindah dari Ulu Tiram, Johor ke Kg.Melayu Majidee, Johor. Disini lah saya mula minat bernyanyi secara lantang dari maksud lain suara yang kuat dan genre lagu pilihan saya pada masa itu adalah Rock Kapak..ha ha ha.

Mahu Belajar Gitar?

Bekerja

Ketika itu bekerja sebagai operator mesin disebuah kilang plastik di Tampoi, Johor. Berkerja 2 syif, 12 jam malam dan 12jam pagi. Ketika syif malam saya akan menyanyi sekuat hati dari 10 malam hingga 3 pagi sambil ikut lagu-lagu yang diputarkan melalui mini combo yang agak popular pada masa itu.

Dan pertama kali saya memasuki pertandingan karaoke pada tahun 1996 dan memenangi tempat pertama. Tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan, kaki menggigil bila pertama kali menyanyi diatas pentas, tuhan saja yang tahu. Lagu pilihan saya pada masa itu ialah Cempaka dirembulan – Kumpulan Spring. Yang buat saya bersemangat untuk teruskan menyanyi adalah kerana juri menyatakan suara saya mempunyai ‘tone’ yang sangat tinggi dan tajam serta nyanyian saya telah memukau semua orang yang berada dibawah pentas.

Ingin Miliki Mikrofon?

Pertandingan

Bermula dari itulah saya beranikan lagi diri untuk menyertai pertandingan serta persembahan diatas pentas dan aktif dalam kumpulan band saya adik beradik. Ketika ini kumpulan kami telah ditukar nama ke 4K’s kerana nama kami semua bermula dari ‘Kamal’. Untuk nyanyian dalam band, saya hanya ‘cover’ bahagian yang tinggi sahaja. Bahagian yang lain penyanyi utama nyanyikan. Tapi, bila masing-masing dah ada komitmen untuk famili, masing-masing dah kurang berjumpa serta kurang buat latihan.

 

Sertai Sajakiri-Vokal

Sehinggalah saya bertemu Sajakiri Vokal pada April 2016. Saya ingat sekadar pertandingan biasa, rupanya platform yang lain dari yang lain. Disinilah baru saya tahu julat vokal saya, apa itu lontaran suara, apa itu nada tinggi dan rendah.

Walaupun sebelum ni ada sedikit pengetahuan dalam muzik, tapi di Sajakiri Vokal saya dapat belajar lebih lagi dan boleh mendapat info-info berkenaan nyanyian, persembahan dan juga konfiden untuk diri sendiri. Di Sajakiri juga saya terima berbagai komen-komen membina dari rakan-rakan seperjuangan serta dari juri-juri yang terpilih.

Tips :

Dari pengalaman yang saya lalui semua ini hinggalah saya capai ketahap nyanyian saya yang sekarang, pada saya semua perlukan asas vokal yang betul.

  • Perlukan ilmu dalam apa-apa bidang pun dan berani mencuba untuk perbaiki segala kekurangan. Kena tekankan pada diri setiap komen atau cemuhan dari kawan-kawan , keluarga serta orang-orang yang pandai dalam bidang ini anggaplah satu suntikkan semangat untuk kita membuat yang lebih baik lagi.
  • Jangan mudah berputus asa, biarpun umur dah meningkat tua remaja ..ha ha ha…saya masih lagi bersemangat untuk menghiburkan diri sendiri serta orang-orang lain…sedap tak sedap belakang cerita…yang penting enjoy…
  • Jangan kita mudah mengalah, bila kita tak mampu lakukan yang terbaik. Yang penting semangat untuk perbaiki mutu nyanyian dan persembahan mesti kita kuatkan.

Mahu belajar vokal secara online?

  
      

PERCUMA!