Perasmian Single SV : Mutiara oleh Dana Aechido

Dana Aechido (atau nama sebenar Dana binti Jubidin), peserta menyertai ujibakat pada 2017 lagi, dengan lagu ‘Cinta Dua Dunia. Tapi tewas tipis dengan Pio Rusley.

 

 

Dana berasal dari (dan tinggal) di Ranau, Sabah. Berusia 22 tahun (2019) dan bekerja di butik milik familinya.

Dana tidak berputus asa, terus menyertai lagi pada tahun 2018, kali ini dengan lagu Mutiara.

 

Dalam ramai-ramai juara Sajakiri-Vokal, Dana merupakan Juara yang paling konsisten menghasilkan tugasan: submit 9 video tugasan dalam tempoh 9 bulan.

 

Rakaman Jarak Jauh

Ini kali pertama saya sebagai produser, melaku­kan rakaman vokal jarak jauh. Dengan erti kata lain, saya sendiri tidak pernah bersemuka dengan Dana.

Ini menimbulkan kesulitan, dan rakaman vokal pertama di Studio Loud Music di Kota Kinabalu (saya di Shah Alam), tidak jadi diambil treknya vokalnya terlalu rendah untuk julat vokalnya.

Ini sepatutnya tidak menjadi masalah sekiranya saya sendiri bersama Dana di studio.

Jadi rakaman vokal selama 3 jam dibuang begitu saja.

Ketika mahu melakukan rakaman pembetulan, kami dihimpit cabaran kerana studio Loud Music tidak beroperasi (ini saja studio yang saya jumpa melalui carian Google, dengan harga berpatutan dan masa studio yang lama iaitu 3 jam per sesi).

Saya hampir berputus asa, mengenangkan masa semakin suntuk. Jadi saya 2 pilihan saja ;
i) gunakan saja trek sedia ada. ini memudahkan kerja, tapi kesannya – impak nyanyian Dana kurang kerana di bawah julat optimum vokalnya.
ii) tranpos vokal ke key optimum (naik 2 semitone dari C Maj ke D Maj). Saya lebih suka ini kerana impaknya lebih baik, TAPI ia menyebabkan vokal kedengaran halus, ‘fake’, dan sedikit kartun.

 

Masuk : Amad Hamilin

Amad seorang operator studio muzik di sana, kebetulan tinggal berdekatan dengan Dana.

Mula mengenali Dana melalui YouTube, dan menawarkan diri untuk membantu merakamkan kembali vokal Dana dengan PERCUMA.

Bukan saja itu, Amad juga membantu saya dalam menjana idea dan bunyian untuk arejmen ini, muzik stail pop moden sebegini. Saya cukup berterima kasih kepadanya kerana genre sebegini bukanlah kemahiran saya.

 

Video

Sebagai juara, saya hanya menetapkan video lirik ringkas sebagai video rasmi. Tapi saya tidak menghalang jika juara melakukan lebih, asalkan masih dalam konteks lagu.

Sebagai peminat mengedit video, Dana mengambil peluang untuk melakukan video klip amatur berskala penuh.

WA-Dana

 

Ulasan saya

Saya sangat berpuas hati dengan konsep video ini kerana i) Dana memahami konsep lirik lagu, dimana mengenai perasaan gadis mulai jatuh hati dalam diam, tapi tidak pasti adakah mereka akan bersama atau tidak, ii) memahami konsep susunan lagu: biarpun begitu, susunan lagu ini agak ceria kerana ia mengenai cinta remaja, dan ini disampai dengan baik dalam video ini.

Trivia : Jejaka dalam video tersebut adalah tidak lain tidak bukan adalah Amad Hamilin!
Adakah mereka bercinta? Haha saya pun tak pasti sama-sama kita nantikan.

Tawaran :

Sebagai insentif untuk menaikkan tontonan video ini, saya menawarkan sebuah mikrofon kondenser untuk mereka yang mendapat paling banyak ‘like’ di komen sendiri.

Marilah sertai! Terbuka untuk semua.

  
      

PERCUMA!