Perjalanan Seni SV Juhairi Rasimin

Saya Juhairi Rasimin, berasal dari Keningau, Sabah. Berkelulusan Bachelor in Management ( BIM ) (H), Open Universiti Malaysia ( OUM ).

1. Pembabitan dalam bidang seni

Mula berkecimpung dalam bidang nyanyian dan muzik ketika berumur 12 tahun iaitu pada tahun 1983. Ketika berada dalam tingkatan 2 pada tahun 1985, saya menyertai pertandingan nyanyian buat kali pertama. Walau pun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut tetapi ianya merupakan titik tolak kepada saya untuk terus bergiat dalam bidang seni. Walaubagaimana pun kegiatan seni saya tidaklah begitu aktif disebabkan kekangan masa dan lebih menumpukan bidang pelajaran. Biar pun begitu saya sekali-sekala meluangkan masa untuk menyanyi di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, parti perpisahan dan sebagainya.

Ketika belajar di kolej di Kota Kinabalu, saya menyertai Koir tetapi tidak lama disebabkan saya berpindah dan belajar di salah satu Kolej di Negeri Sembilan selama 3 tahun. Kegiatan seni saya agak terhad disebabkan kesibukan belajar walaubagaimana pun saya sekali sekala menyertai tarian kebudayaan peringkat kolej.

Apabila saya menamatkan pengajian di kolej pada tahun 1995 dan memulakan tugas pada tahun berikutnya, boleh dikatakan kegiatan seni saya agak terhenti disebabkan kesibukan tugas. Sehinggalah pada tahun 2002 saya mula aktif menyanyi di majlis-majlis keramaian. Selepas 28 tahun barulah saya berpeluang semula untuk mengikuti pertandingan nyanyian. Hanya pada 2013 saya pernah menjuarai pertandingan menyanyi walaupun hanya di peringkat Komuniti.

2. Penciptaan Lirik dan Lagu

Bermula pada tahun 2015 saya mula mencipta lirik dan lagu. Lagi pertama ciptaan saya dirakamkan pada tahun 2016 berkonsepkan slowrock. Walaubagaimana pun melodinya saya ubah sebanyak 3 kali sebelum dihantar ke stesen radio tempatan untuk siaran. Percubaan saya untuk menghantar lagu ke stesen radio nampaknya berbaloi apabila lagu ciptaan saya itu disiarkan walau pun hanya disiarkan beberapa kali sahaja. Kejayaan ini memberi semangat saya untuk terus berkarya.

Tahun 2016 saya mencipta dua buah lagi iaitu lagu pop sentimental dan satu lagu etnik Dusun ( melodi dicipta oleh rakan ). Dua daripada lagu lagi ini berjaya dicalonkan dan masuk dalam carta lagu-lagu tempatan dan mampu bertahan dalam carta melebihi 20 minggu tahun 2017/2018. Tahun 2017 saya mencipta beberapa buah lagu disamping lagu yang diberikan oleh rakan-rakan yang berkecimpung dalam bidang seni suara. Salah satu lagu ciptaan oleh rakan saya masih dalam carta semasa artikel ini ditulis.

Ingin Mikrofon Mampu Milik? 

 

3. Jemputan menyanyi tak berbayar

Saya mula menerima jemputan untuk menyanyi tak berbayar bermula tahun 2017. Jemputan menyanyi ini kebanyakannya dalam lingkungan kenalan atau rakan-rakan. Maka untuk kesinambungan kerjaya sebagai penyanyi tidak salah saya menerima jemputan tersebut dengan hati yang terbuka. Berkarya dan memperdengarkan karya kita kepada umum satu kejayaan dan kepuasaan bagi saya.

 

 

4. Temuramah di Stesen Radio

Saya pernah dijemput untuk ditemuramah sebanyak dua kali oleh Stesen Radio Keningaufm, Sabah iaitu pada tahun 2016 dalam segmen bersama Anggota Keselamatan sempena Hariraya Aidilfitri dan merakamkan lagu Hariraya untuk siaran radio. Pada tahun 2017 sekali lagi saya di jemput untuk ditemuramah dalam segmen bersama artis ( Bahasa Dusun ).

 

5. Projek Album

Gambar: MTV Karaoke pertama

Saya mempunyai keinginan untuk memiliki album. Maka untuk merealisasikan impian ini saya telah berusaha untuk mencipta beberapa buah lagu disamping menerima lagu daripada rakan-rakan saya. Dari tahun 2016 sehingga kini saya telah merakamkan 11 buah lagu dimana 6 daripada lagu tersebut adalah ciptaan saya sendiri dan 1 lagu lirik ditulis oleh saya dan melodi oleh rakan. Manakala 4 lagi adalah hasil karya rakan-rakan saya. Saya juga telah mencipta satu lagu Hari Raya dalam etnik Dusun.

Buat masa ini saya telah membuat pengambaran 4 buah lagu MTV Karaoke. Sasaran saya, hujung tahun 2018 ini saya dapat menyiapkan Album sulung. Inshallah.

 

6. Kemahiran Muzik:

1. Boleh bermain keyboard.
2. Mempunyai sijil pengadilan asas Nyanyian /Teknik Vokal Nyanyian.

Ingin Belajar Gitar Sambil Menyanyi?

 

7. Pencapaian:

1. Lagu Wassap ( Versi etnik Dusun ) lirik – Juhairi Rasimin/Lagu: Ryzal Lind: Carta Bontugan Sinding Dusun Radio Keningaufm 2016/2017.
2. Lagu Tanpa Rasa Cinta – Lirik/Lagu: Juhairi Rasimin: Carta 13 Radio Keningaufm 2017/208
3. Lagu Sakot ( etnik Dusun ): Lirik/Lagu: Mohd. Fazli: Carta Bontugan Sinding Dusun Radio Keningaufm 2018 ( masih dalam carta minggu ke 24 ).

Selain menghantar lagu di Keningaufm, saya juga telah menghantar dua buah lagu ke Stesen Radio Kupi-Kupifm, Kota Kinabalu. Kedua-dua lagu ini telah pun bersiaran. Perancangan saya seterusnya ialah untuk menghantar lagu ciptaan saya dan rakan-rakan ke stesen-stesen Radio yang terdapat di Sabah.

 

8. Sajakiri Vokal ( SV )

Pada awal tahun 2018 saya mencari melalui google jika sekiranya ada mana-mana pihak yang menganjurkan pertandingan nyanyian online . Akhirnya saya jumpa laman Web Sajakiri Vokal (SV) yang mengadakan pertandingan online. Saya tak mengambil masa lama untuk menyertai pertandingan ini pada Musim 8 2018.

Tujuan utama saya menyertai pertandingan nyanyian ini ialah untuk mengetahui sejauh mana kemampuan saya untuk menyanyi. Kalau nak harapkan penilaian secara umum memang sukar untuk saya mencari kelemahan pada diri sendiri.

 

Jom Belajar Vokal Secara Online!

 

Saya berpendapat menyertai pertandingan nyanyian SV salah satu platform untuk mengembangkan bakat nyanyian samada yang baru atau pun yang sudah lama dalam bidang nyanyian kerana pihak SV menyediakan platform untuk mengembangkan bakat dengan menyediakan lagu single bagi mereka yang menjuarai pertandingan nyanyian yang dianjurkan disamping berpeluang untuk menyanyi secara Live. Pengalaman saya sepanjang bersama dengan SV memang cukup banyak terutamanya dapat mempelajari teknik-teknik nyanyian yang betul melalui komen-komen dari juri profesional disamping dapat bertukar-tukar pendapat melalui group Telegarm SV.

SV juga menyediakan jualan produk-produk melalui Affiliate SV online berkaitan dengan nyanyian/muzik kepada ahli dan juga para pengunjung SV. Bagi yang berminat untuk menyertai kelas Vokal bersemuka juga disediakan pihak SV. Oleh itu jom sertai SV dan serlahkan bakat terpendam anda dengan menyertai pertandingan anjuran SV. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian dari Sajakiri Vokal.

Follow: Facebook, Instagram, Twitter: Juhairi Rasimin

Inginkan aplikasi "Menyusun Muzik" (untuk praktis vokal / cipta lagu) ini secara PERCUMA?

Klik untuk besar

 

Sila Daftar / Log Masuk untuk Muat-turun:
Register