Rayme Zainal – Juara SV Terbaru

Berikan ‘n’ tips (beserta penerangan) bagaimana anda mengharungi ujibakat dan tugasan sehingga dapat single ini.

A: Tips untuk harungi ujibakat Dan tugasan

1. Fahamkan peraturan ujibakat & syarat2 tugasan sebelum bertanding

Mengapa ia sangat penting? Sebab apabila saya faham peraturan & syarat2 pertandingan & tugasan, ia bermaksud saya tahu apa yang perlu saya Lakukan dan jangkaan terutama dari segi masa Dan komitment. Saya perlu bijak membahagikan masa saya kerana saya sendiri sibuk bekerja.
Apa yang perlu di fahami? Pemilihan lagu dan cara-cara submisi mengikut syarat-syarat pertandingan & tugasan yang telah ditetapkan.

2. Buat perancangan & Buat ikut perancangan ( minimum sejam sehari)

Perancangan saya sebelum submisi :
1. Hari 1 & 2 : Dengar dan pilih lagu yang dipertandingkan di Soundcloud Sajakiri / Smule Sajakiri
2. Hari 3 & 4 : Senaraikan 3 lagu yg dipilih & cuba menyanyi ikut cara tersendiri
3. Hari 5 & 6 : Pilih lagu dan record ( sehingga puas hati)

3. Tugasan

• Untuk Tugasan saya ada 5 tugasan solo, jadi Jika Ada masa saya akan record terus 3 atau 2 lagu memandangkan Kekangan masa.
• Jadual submisi akan diberikan lebih awal, jadi saya akan buat submisi mengikut perancangan yg saya sendiri buat, jadi tiada masalah untuk buat submisi setiap tugasan.

4. Tips saya yang paling berkesan ialah “ Buat jer”.

Kerana tindakan kita yang penting dari mengambil masa memikirkan untuk buat submisi .

B: Apa strategi u menghadapi cabaran promo single ini.

Strategi saya hadapi Cabaran-cabaran untuk promo:

1. Jangka masa pendek (Short term) – Fokus kepada social media

• Buat self promo setiap Hari / minggu / bulanan Di social media platforms ikut jadual posting media social yang dirancang untuk 3 bulan atau 6 bulan
• Buat kontent sendiri cover lagu terkini untuk naikkan followers Dan viewers
• Buat persembahan secara online/ offline / gig

2. Jangka Masa Panjang (Long Term)

• Menghubungi pihak2 produksi untuk perkenalkan single
• Kolaborasi dengan penyanyi lain seperti cover lagu
• Bekerjasama dengan PR untuk promosi dan pemasaran

  
      

MARI SERTAI!