Roti Sardin Bawang

Membina Sajakiri Music dan komunitinya adalah pengalaman berharga dalam hidup saya. Ramai kenalan baru yang saya kenal, dari serata Malaysia, hasil dari komuniti ini.

Entri ini khas saya tuliskan mengenai salah seorang ahli komuniti yang teristimewa: Sharil Akimi.

Sharil menyertai komuniti Sajakiri pada sekitar September 2016. Sharil ketika itu memakai nama gelaran yang agak melucukan dan mudah untuk diingati :

Roti Sardin Bawang.

Haha tak tahulah mengapa pakai nama itu. Tapi dah boleh nampak kreatif orangnya.

Sharil merupakan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli. Ada 4 pelajar (setahu saya) yang pernah sertai komuniti ini (termasuknya) iaitu Ain Shahidah, Maya Liyana dan Muiz Az4li.

Sharil sangat senyap pada mulanya, tapi sering disakat Shahrul (salah seorang admin ketika itu) dek kerana nama yang melucukan itu.

Seingat saya, Sharil walaupun agak teruk disakat, tapi dia tetap sporting melayan kerenah kami (admin yang nakal) dan tetap bersopan santun memanggil kami sebagai ‘abang’!

Menjadi MC

Melihatkan sportingnya Sharil, kami mengajaknya menjadi Pengerusi Majlis (MC) di final SVM4 di Klang, bersama Ahmad Shauqi pada 31 Disember 2016.

MC : Shauqi dan Roti Sardin

Sharil datang menaiki bas dari Kuantan petang itu juga. Dan seingat saya, dia mengendalikan dengan baik kerana melakukan ‘kerja rumah’ dengan mempelajari latar belakang Sajakiri.

Majlis belum selesai, tapi pukul 10 malam, Sharil meminta diri untuk bergegas pulang ke Kuantan. Rupa-rupanya, dia tiada perancangan pun untuk menginap di sini.

Kemudian hari saya tanya mengapa tidak menumpang saja rumah Svian lain.

“Tak mahu manyusahkan orang”, katanya.

Penciptaan Lagu

Dari situ, hubungan kami bersama lebih erat dalam komuniti Sajakiri. Sharil kerap berbual, dan melantunkan lagu melalui gitar akustiknya.

Sharil juga berbakat dalam penciptaan lagu :

Boleh dengarkan karyanya di sini : soundcloud.com/sharil-akimi 

Sajakiri Vokal Musim 5

Pada pusingan kedua, Musim 5, Sharil sekali lagi mengejutkan kami semua.

Buat pertama kalinya, Sharil memberanikan diri dengan menyertai ujibakat Sajakiri dengan lagu ‘Sarapan’.

Boleh tonton di sini:

Pada pusingan ini, ia dimenangi oleh Eiz. Walaupun begitu, persembahan Sharil yang menghibur berjaya memikat hati juri untuk memilihnya dalam kapasiti ‘wildcard’, ke final Svm5.

Boleh lihat juga komen lain:

Profil Sharil Akimi

 

Ke Final SVM5

Kita semua boleh lihat betapa kreatif dan berusahanya Sharil menghiburkan kita semua. Apatah lagi nama timangannya “Roti Sardin” sangat kena dengan judul lagu iaitu “Sarapan”. Hasil video diatas, Sharil layak ke peringkat final Svm5 (diadakan di Putrajaya), iaitu hanya 5 terpilih :

Saya, sebagai salah seorang juri, meletakkan persembahan adalah yang terbaik. Tapi malangnya, kita tiada kategori itu. Yang ada hanyalah kategori vokal terbaik (dimenangi Pio) dan juara keseluruhan (dimenangi Eiz).

Pertemuan kami tidak lama, tapi kami sempat ‘bro-hug’.

 

Finalis SVM5

 

Trivia Keropok Ganu

Pada februari 2017,  Shahrul (admin) sempat singgah dan tidur semalaman di rumah Sharil di Kuantan, dalam perjalanan ke kampungnya di Kemaman. Sharil sempat mengirimkan keropok ikan Ganu kepada saya melalui Shahrul. Saya sangat sukakannya, dan meminta Sharil bawakan lagi pada final SVM5 ini, iaitupada hujung April.

Tapi Sharil tidak mahu menerima wang, katanya pemberiannya adalah ikhlas, Teringat saya, dalam beg sandangnya, separuh daripadanya dipenuhi keropok ini saja.

Inilah Sharil yang aku kenali.

Menikmati keropok yang dibawa oleh Sharil bersama anak.

 

Penyertaan Terakhir

Dan pada Februari 2018, Sharil menghantar lagi video ujibakatnya yang kedua:

 

Ini merupakan penyertaan terakhir Sharil dalam Sajakiri.

Setelah itu, agak lama Sharil mendiamkan diri, sibuk dengan kerjaya barunya sebagai pegawai bank.

 

Berita Sedih

Sekitar Jun 2018, saya mendapat mesej dari Maya Lyana yang menyatakan Sharil masuk ke hospital PPUM kerana kanser. Ini mengejutkan saya, dan terus melawatnya pada minggu seterusnya.

Dalam perjumpaan ini, kami sesama “menangis jantan” mengenang nasibnya. Ujar Sharil, dia hanya mahukan kehidupan sederhana, berkahwin, berkarier dan berfamili.

Dan itulah doa kami hari itu. Sayu juga bila terkenangnya kembali.

 

Perjumpaan Kedua.

Beberapa bulan selepas itu, sekali lagi aku mengaturkan pertemuan. Kali ini bersama orang kuat Sajakiri, iaitu Shahril Gamblers dan Ahmad Shauqi.

 

Ketika ini Sharil kelihatan kurus, hilang 20kg jika tak silap. Menjalani proses komeoterapinya.

Kami berempat lepak minum di wang dalam PPUM, berbincang mengenai muzik. Nampak Sharil bertenaga dan ceria apabila berbicara mengenai minatnya itu.

Tak ku sangka, walaupun aku bersedia dengan sebarang kemungkinan, ini adalah pertemuan terakhir kita.

 

Sampai Masanya

Sehinggalah pada Jumaat 5 April 2019, aku dikejutkan dengan mesej dari Ain Shahidah ini.

Aku berasa kehilangan sangat: sahabat Sajakiri yang seringkali menanyakan ku mengenai muzik, kini hilang di muka bumi ini.

[Gambar mesej] – mesej dalam grup WA Maybank dari isteri ku yang bekerja di HQ Maybank. Orked Ahmad adalah adik kepada pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad.

Permintaan Terakhir

Sharil ada meminta aku mencipta lagu berdasarkan lirik ini :

Diberikan pada ku (hampir) 90 hari sebelum pemergiannya.

Selamat tinggal Sharil Akimi / Roti Sardin Bawang.

Alfatihah.

 

  
      

PERCUMA!