Single atau Album?

Zaman ini memperlihatkan, mengeluarkan single adalah trend terkini. Ia bukan sahaja berkesan, malah lebih menjimatkan. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Nielsen Soundcsan ,pada tahun 2011, daripada 1.374billion transaksi digital, hanya 103 juta, atau 7.5% untuk pembelian album. Iaitu secara nisbah, hanya 1:14 masyarakat membeli album kepada pembeli single.

Jadi, apa harus pengkarya muzik belajar dari sini?

Kelebihan Single

1 – Daripada pembacaan saya di Music Think Tank, kelebihan single, ialah ia boleh dijadikan bahan eksperimen.

Contoh terbaik adalah kumpulan tersohor Hujan. Pada awal kemunculannya, mereka hanya mengeluarkan single, atau demo semata. Lagu seperti “Bila Aku Sudah Tiada” dan “Pagi Yang Gelap”. Apabila mendapat sambutan peminat di Myspace ketika itu, barulah mereka merakam di studio rakaman dan mula menghantar lagu mereka itu ke radio. Mereka sempat mengeluarkan 2 EP untuk tujuan promosi.

Terus mendapat sambutan, terus mereka mengumpul sehingga 13 lagu dan meletakkannya di album sulung mereka. Peminat terus saja menyerbu untuk mendapatkan kerana ‘sudah tahu’ lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut dan sudah ‘menyukainya’ terlebih dahulu.

Dari strategi ini, pengkarya dapat mengenal ‘taste‘ peminatnya, dan fokus untuk mengeluarkan mengikut ‘taste‘ tersebut.

Dan sudah semestinuya, peminat lebih berpuas hati.

2 – Tidak berisiko tinggi

Untuk menerbitkan satu lagu, kosnya tidak terlalu tinggi. Antara RM3,ooo ke RM5,000 saja (kalau ada boleh produce sendiri, mungkin minimum Rm1,000). Dibandingkan dengan pengeluaran album sekaligus, dimana ia bole mencecah belasan ribu ringgit, tidak termasuk promosi.

Dari sudut bisnes, mengeluarkan album sekaligus kelihatan tidak bijak kerana ‘permintaan’ masih belum ada.

3 – Fokus promosi satu lagu pada satu masa.

Setiap lagu boleh dipromosi sama rata dengan kadar maksimum. Jika album mungkin satu atau dua lagu sahaja. Yang selebihnya terbiar begitu saja.

Stesen radio juga lebih menyukai single kerana mereka tidak perlu membuang masa mendengar seluruh album dan memilih lagu mana yang punyai nilai komersial terbaik. Memudahkan kerja mereka.

Kekurangan Single

1 – Sound diantara lagu-lagu mungkin tidak konsisten (kerana dirakam pada jarak waktu yang berlainan). Tapi ini boleh diatasi dengan proses mastering.

2 – Peminat sukar menilai pada permulaan. Katakanlah single pertama anda tidak mendapat sambutan kerana kurang sedap, peminat terus menganggap band anda tidak best. Ini kerana hanya ada satu lagu saja untuk dinilai. Cara mengatasinya, anggap ini satu feedback, dan terus berkarya.

Kesimpula

Saya menyarankan jika anda pengkarya muzik yang serius, terbitkanlah sekurang-kurang satu single yang dirakam secara professional. Hubungi kami jika anda mahu kami bantu. Untuk pembacaan lanjut, sila ke sini.

Apa konklusi anda pula? Kongsikan di bawah ini.

 

  
      

MARI SERTAI!