SOP : Ajak Tetamu ke Temubual : Rahsia Lagu

1 – Pelawaan

Salam XX. Saya ingin mempelawa tuan untuk menjadi tetamu untuk rancangan temubual Rahsia Lagu.

Lagu: Tajuk dan Penyanyi
Platform : Riverside.fm (online)
Masa Jumaat 11 Malam [30 – 60 minit]

Tujuan : Membincangkan proses penciptaan, susunan, rakaman dan adunan dan rilisan lagu.

Sampel : https://www.youtube.com/watch?v=tBnMyma3Dsc

Soalan lazim: Mengapa gunakan Riverside.fm berbanding Zoom atau Google Meet?

Untuk memastikan kualiti rakaman video dan audio terbaik, kerana berbanding 2 perisian popular di atas, Riverside merakam dari gajet tetamu itu sendiri (berbanding rakaman di internet).

Saya juga mempelawa penyanyi/penulis lirik/pemuzik/jurutera muzik/penerbit untuk turut serta (maksimum 3).

Tapi asalkan anda (komposer) setuju, sudah memadai (paling kurang pun) untuk teruskan temubual ini.


2 – Sesudah Bersetuju

Terimakasih kerana menerima pelawaan ini.

Spesifikasi alatan untuk rakaman temubual :

  • mikrofon kondenser dengan menggunakan “phantom power’ (dari pre-amp/interface) / earbud biasa
  • webcam beresolusi 1080p / 740p
  • headphone (WAJIB) dan
  • persekitaran yang senyap.

atau

Aplikasi : Jika anda pengguna iphone, boleh juga muatnaik aplikasi Riverside, dan rakaman dari sini pun boleh.

Nanti kita akan buat periksa bunyi (soundcheck) 15 minit sebelum temubual bermula.

3 – Sesudah temubual.

Saya akan muatnaik video ke Youtube, dan audio keSpotify Podcast. Lagu anda juga akan dimasukkan ke Playlist Sahabat Sajakiri.

Saya akan berikan juga entri blog yang akan memuatkan semua pautan di atas.

Terimakasih diatas sokongan anda. sama-sama kita majukan seni kita.

Skrip Soalan

Komposer : Penciptaan Lagu

  • Bagaimana anda terinspirasi sehingga dapat mencipta lagu ini?
  • Adakah lagu ini dicipta khas untuk penyanyi, ataupun tidak?
  • Instrumen digunakan / kaedah mencipta lagu.

Penulis Lirik : Penulisan

  • Adakah komposer berikan kebebasan untuk menulis, ataupun ada panduan?
  • Adakah anda ada menanyakan kisah penyanyi untuk dijadikan inspirasi.
  • Apakah kisah sebenarnya lagu ini?

Arenjer : Susunan lagu

  • Adakah anda susun lagu ini mengikat julat suara vokalis/
  • Bagaimana anda menyusun dan merakam instrumentasi lagu ini?
  • Berapa ramai yang terlibat dalam instrumentasi?
  • Di mana studio rakaman?

Vokalis : Rakaman Vokal

  • Berapa lama masa diambil untuk merakam vokal?
  • Adakah anda benar selesa dengan lagu ini, atau ikutkan saja?
  • Apakah cabaran dalam rakaman vokal lagu ini?

Jurutera : Aduan dan Mastering

  • Siapa yang mengadu lagu ini?
  • Dengan karya mana sebagai rujukan

Rilisan

  • Siapa pihak yang membantu anda buat rilisan?
  • dah daftar MACP

Sambutan Lagu Ini

  • Bagaimana sambutan lagu ini setakat ini (bilangan tontonan)
  • Apa kisah menarik impak rilisan lagu ini?
  • Adakah korang akan bekerjasama lagi?

Penutup

  • Buka talian – jika ada pendengar.
  • Penutup: kata ucapan dari setiap tetamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *